Followers

Tuesday, 14 February 2012

Alhamdulillah :)

Baru dapat perkhabaran gembira ini 2 hari lepas. 

Mengikut perkiraan aku, 6/2 yang lalu aku sepatutnya datang bulan. Tapi sampai ke hari Rabu tak jugak datang bulan. Aku mmg tak pernah lewat datang bulan, selalunya genap 28 hari mesti dah datang bulan. Mmg aku kalau datang bulan tak pernah lambat atau cepat, mmg normal kitaran 28 hari. Kalau datang bulan pulak aku akan tick kat kalendar opis ni, jadinya aku akan senang tahu bila waktu aku akan datang bulan lagi.

Bila dah lewat, mulanya aku risau kalau pregnant sebab ikutkan naluri dan hati, aku mmg belum bersedia menerima kehadiran org baru. Tapi bila aku beritahu suami, suami kata anak tu kan rezeki yang Allah bagi, kita kena bersyukur kalau betul Allah dah bagi. Tak perlu kita nak rasa risau atau takut. Tawakal je inshaAllah akan dipermudahkan segalanya. 

Lepas tu suami kata ada orang yang kahwin dah lama bertahun2 masih tak dikurniakan anak, lagi kesian. Betul jugak apa yang suami aku katakan. 

Hari Khamis aku buat urine test sendiri, nampak mcm ada 2 line tapi samar2. Bila aku ingat2 balik, mase aku pregnantkan Dhia dulu pun mcm tu bila lewat datang bulan 4 hari, mmg samar2. Dalam hati mmg dah kuat mengatakan aku pregnant. Tapi aku diam je dulu. Lagipun kami ni rancang sendiri takde nak ambik pil ke atau apa, so kemungkinan untuk mengandung tu sangat tinggi. 

Hari Ahad baru aku pergi klinik untuk kepastian yang sebenar. Ternyata kali ni mmg terang dan jelas 2 line itu. So aku disahkan hamil 3 hingga 5 minggu. 

Bila suami dengar, dialah orang paling gembira sebab dia mmg suka anak ramai, meriah bila berkumpul katanya. :)

Tapi aku dah pun beritahu suami, lahir anak kedua ni aku nak merancang betul2. Ada 3 pilihan iaitu masuk alat, makan pil atau rancang sendiri. Itu akan difikirkan kemudian nanti. Buat masa skrg ni fikirkan kesihatan diri dan anak dalam kandungan. 

Belum lagi scan, mungkin dalam minggu ni aku akan pergi scan untuk tahu kedudukan bayi samada dalam atau di luar rahim.

Semoga selamat dan sihat hingga melahirkan nanti. Amin.

5 comments:

Unknown said...

tahniah sayang :) rezeki kau lagi. ramai anak baru besh!!..

Deqna said...

tahniah..... ramai lahh kawan2 blog yg dapat anak dan tgh preggy... syoknya...

Unknown said...

Tahniah! Anak tu rezeki Allah...InsyaAllah akan tambah berseri rumahtangga nanti. Adalah kawan buat dhia nanti...:)

PUAN THALHA : said...

alhamdulillah dear!! tahniah. anak itu rezeki :)

jaja_NorLiza said...

alhamdullillah...anak itu rezeki dr Allah...

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers