Followers

Friday, 17 February 2012

Dhia Suka Donat

Donat big apple dia suka, kalau donat yang sira gula tu tak pulak dia suka. Kan ibu dah hairan. Kenapa big apple pulak yang awak suka? 


Tapi lepas diperhati baru tahu jawapannya. Dhia suka coklat + kacang! Kalau donat sira gula tu ada gula je, Dhia tak suka. Kalau bagi big apple ni yang perisa coklat atau kacang, 1 biji tu pun dia boleh habiskan taw. 


Dah habis separuh dah

Ngap!!

Dah comot2 dia pegang pulak kusyen tu. Dah comot sekali.


Makan sampai comot. Bukan comot di muka dan tangan sahaja, malah di baju, di lantai dan di kusyen. Biarlah comot janji dia suka. Maklum lah, dia ni dah lah punya susah nak bagi makan. Kalau makan pun punyalah sikit kuantiti yang masuk ke dalam mulut dia. Bila dia nak makan makanan yang mcm ni pun dah kira beruntung. Kalau bagi nasi mmg bercinta. Kecuali kalau bagi dia makan n suap sendiri, masuk jugaklah nasi tu dalam mulut dia. Kalau kita nak suap dia geleng2 kepala siap katup mulut tu. Geram!


Lagi 1 dia paling suka aiskrim. Makan air batu pon kegemaran dia. Ikut tabiat ibu dia lah ni. Benda2 yang mcm tu yang disukai. Aiskrim tu kalau bagi dia 1 cawan, dia mampu habiskan. Tapi ni dah lama dah dia tak makan aiskrim. Sebab stok aiskrim dah habis kat rumah tu. Kalau keluar makan pulak dia suke ambik air batu kat air kita dia dok kunyah2, kemam2. Naik ngilu ayah dia bila tengok. Hehe


Bulan depan ni ada appointment untuk inject n timbang berat Dhia. Bab timbang tu aku risau jugaklah kalau berat dia masih di dalam garisan kuning. Takut kena pergi jumpa doktor pakar nutrisi pulak. Dah sememangnya anak aku begini. Adeh. Bab inject plak aku risau sangat ni sebab dia dah lama tak kena inject + nurse cakap kemungkinan anak demam bila ambik injection ni. Lagi sekali, adehhhh. 


Harap2 Dhia ok2 je. Mcm nk pesan suami hantarkan lah, boleh buat buku merah sekali. :)

1 comment:

Deqna said...

makan kalau baju tak comot memang tak sah kan...hehehe

marissa pun payah lah amat nak telan nasi.. lauk jer dia makan.. especially sayur... ngap2 gitu jer...

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers