Followers

Friday, 3 February 2012

Cuti CNY - Ke Zoo Melaka

Cerita cuti cny hari tu, tapi baru hari ni mampu dan sempat untuk mempublishkannya. 

Sebenarnya sebabkan cuti lama mase cny hari tu, aku jadi malas nak mengarang. Nak pergi kerja pun rasa malas, inikan pulak nak mengarang entry. Lama terperap gambar2 ni dalam folder. Tapi awal2 dah publish dekat laman muka buku. Ye lah, dekat fb tu tak payah mengarang, publish je gambar, so senang. Maka sebab itu sangat laju publish di laman muka buku berbanding di blog. Ekekeke

Pergi pada hari Rabu, 25/1/2012. Mula2 kitorang decide nak pergi hari Selasa, tapi bila fikir2 semula hari Selasa masih ramai yang bercuti dan kemungkinan untuk jammed sangat tinggi, makanya kami memilih hari Rabu pulak. Lagipun kami suami isteri masih lagi bercuti masa hari Rabu tu. 

Gerak pagi dalam pukul 9.30 sebab tak tahu sangat lokasi zoo tu, rupanya dah sampai sana je, kat tepi jalan je, senang sangat lokasinya ok. Perjalanan dari rumah ke zoo memakan masa dekat 2 jam. Tak jauh mana pun, cuma masa nak mencari zoo tu asben drive slow sebab takut tak nampak signboard. 

Sampai sana lebih kurang pukul 11.30, orang masih belum meramai, parking masih lagi banyak kosong, sebab tu muka gembira bila sampai sebab yakin orang tak ramai. Dan terus cakap kat asben "Nampaknya kita pilih tarikh yang tepat sekali".

Keputusan nak pergi zoo ni idea dari asben. Kalau ikutkan aku, aku nak duduk rumah je sepanjang cuti n malas nak keluar. Hari biasa dah habiskan masa dekat office kan. Tapi asben kata jomlah bawak Dhia jalan2 tengok binatang dekat zoo. Bila aku tanya tahu ke jalan nak ke zoo tu? Asben kata tak tahu zoo kat mana tapi tahu jalan nak ke Melaka tu. Dia kata kita ikut je signboard mesti sampai punya, Melaka kan kecik je kan. Terus aku setuju sebab semuanya di sponsor oleh asben. Dasarrrrrrrrrrrrr kan.... Hehe

Bayaran masuk dewasa RM10 tapi kanak2 bawah 5 tahun adalah free. Ok lah tu kan. Cuma dulu rasanya bayaran dewasa cuma RM7 tak silap aku. Dah naik dah sekarang. Tapi takpe sebab puas hati jugak dengan condition dan tahap kebersihan kawasan zoo tu. 

Eh mesti korang penat nak baca kan. Panjang ke aku menaip? Panjang ke tidak? Panjang ke tidak? Ye lah, jom lah layan gambar pulak. Banyak dah ditapis sebab malas letak banyak2. Nak tengok banyak, tengok kat laman muka buku saya. Tu pun sape yang fren dengan saya lah ye. :p

Gambar adalah tak tersusun. Malas aku nak susun semula. Taram je lah labuuuuuuuuuu....


Baru parking dah ambik gambar. Dasarrrrrrrr betul

Masuk2 je ada burung ni, penyambut tetamu ke kamu semua? :p

Dhia nampak bird je aseklah mulut dia "Bird bird"

Rasuahkan jajan sebab nak bagi dia behave

Dhia muka monyok pulak

Kuda padi. Aku takut sebenarnya.






Makan aiskrim nak sorang2 tak nak kongsi dengan ibu ayah

Jalan sendiri pulak

Mengejar bebayang sendiri

Happy bukan main di bagi berjalan sendiri

Tapi ayah kena pimpin, kalau tak menyimpang ke lain

Keluarga kecik saya


Rasuahkan jajan lagi sebab dah tak boleh dikawal masa ni
Walaupun penat tapi sangat best! Ada masa bolehlah pergi lagi. Dhia pun suka je tengok banyak binatang. Yang kelakarnya semua binatang dalam tu dia panggil gajah. Cuma yang dia tahu panggil bird. Lain semua dia gasak panggil gajah. Eh ada burung merak tu dia panggil kokok (ayam). Hahaha

Tempatnya pun ok, redup, banyak pokok, takdelah panas sangat. Binatang je kena perbanyakkan lagi kot. Yang lain semua aku rasa ok. 

Ok aku dah tak tahu nak membebel apa. Till then, bye!

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers