Cerita 3 minggu sudah.. Punya lama terperam. Lately ni aku malas sungguh nak menaip entry. Tak tahulah kenapa. Sebab tu lah buat entry pun pendek2 je. Semuanya kerana jari-jemari ku sudah menjadi femalas!
Sebenarnya tak rancang nak ikut ayah Dhia pergi memancing. Masa tengah sarapan dalam pukul 11 dia usulkan cadangan nak ajak aku ngan Dhia pergi sekali memancing dekat kolam ikan. Mulanya aku taknak ikut, tapi lepas asben bagitahu kakak dia ikut, aku pun ok ikut sekali.
Pergi dalam pukul 3.30 petang, pergi petang2 lah best sebab redup. Tak best pun kolam memancing tu tapi bagi kaki2 pancing mcm asben aku tu, dah paling best lah tu. Bayaran untuk 3 jam lebih kurang RM25++. Tak berapa pasti pulak bayaran sebenar. Bayar lepas tamat masa memancing, boleh nak samung masa tapi kena tambah duit jugaklah.
Masa dalam perjalanan nak pergi ke kolam tu Dhia tidur. Sampai dah tiba ke kolam memancing tu dia masih tidur takde tanda2 nak bangun. Maka aku pesan asben pergi je dulu memancing, aku tunggu Dhia tidur kat dalam kereta je. Nasib baik dapat parking kat bawah pokok, reduplah sikit. Aircond terpasang pun aku rasa panas. Dasar kulit buaya kan. :p
|
Tak sedar langsung |
|
Tenung mukanya kala tidur |
|
Lagi nyenyak |
Tunggu punya tunggu Dhia tak jugak bangun sampai dah pukul 4.35 petang baru dia bangun. Terpinga-pinga dia mase bangun tu sebab tengok sekeliling lain tak mcm kat rumah.
Sebelum tu tukarkan lampin dia dulu then pakaikan bedak wangi2 sikat rambut semua baru pakaikan kasut n bawak dia ke tempat ayah memancing. Nampak ayah, mak uda n kakak2 sepupunya terus kegembiraan. Nasib baik dia tidur lama, kalau tak aku agak dia akan mengamuk sebab mengantuk.
|
Hana |
|
Hani |
|
Bangun tidur mamam limau |
|
Ayah dan pak uda |
Sementara tunggu ayah memancing, aku dok ambiklah gambar budak kecik ni kan. Bukan main lagi dia berposing. Dah pandai bergambar dah skrg ni uolls. Kalau kita suruh senyum, dia akan sepet2kan mata dia tu konon2 dah paling cun lah tu. Geram aku tengoknya.
|
Sepetkan mate bila kita suruh senyum |
|
Posing membongkok |
|
Bukan main lagi dia ye |
|
Suka je Dhia ada kakak2 sepupu dia |
|
Dhia funny lah posing! |
Dalam mase 3 jam memancing tu, banyak jugak hasil pancingan. Asben cakap tak bayar pun sebab hasil pancingan tu dah over daripada amount yang perlu dibayar selama 3 jam memancing tu. Sebab ikan tu jual balik, pemunya kolam akan masukkan semula ikan2 tu ke dalam kolam. Tapi kakak ipar aku siap bawak balik 3 ekor, so maknanya mmg banyaklah ikan yang dapat dipancing hari tu. Semuanya pun ikan keli je. Dalam tu banyak ikan, tapi aku syak tuan punya kolam banyak letak ikan keli je. Mase tengah memancing tu ada sorang budak cina ni dapat ikan siakap besar betul. Aku cakap dekat asben aku, kalau dapat ikan siakap tu jangan jual balik, kita bawak balik masak 3 rase.. Pehhh sedap!
|
Ikan keli yang dipancing |
|
Besar gile! Aku pun geli kalau nak makan. |
|
Banyak ikan |
|
Ibu pun nak gambar tame2 |
Kakak sepupu Dhia 2 org ni mmg suka sangat kat Dhia. Kalau dia datang rumah mesti Dhia Dhia Dhia. Dhia tu je lah masalahnya merimas kalau org peluk2 dia. Kakak sepupu dia ni pulak sikit2 nak peluk, sikit2 nak dukung. Sampai menjerit2 anak aku. Kelakarlah mereka ni.
|
Dhia tu rimas dipeluk |
|
Ni bukan posing sayang, ni rukuk :) |
|
Baru reti nak senyum :p |
|
Mak uda Dhia |
|
Tetaplah membongkok konon posing lah tu |
|
Sampai mencangkung-cangkung |
|
Comel! |
Balik dalam pukul 6.40 petang gitulah. Sampai rumah ngam2 maghrib. Minggu ni nak jenjalan mane pulak ye? :)
1 comment:
alolo..comelnya dia senyum
Post a Comment