Followers

Thursday, 23 February 2012

Pembawakan

Mmg beginilah wanita mengandung, serba serbi jadi malas. Sebenarnya istilah yang tepat bukan malas tapi letih, penat, lemah. Macam tu lah yang aku rasekan sekarang ni.. Sejak dua menjak ni aku rase perubahan hormon dah mula terase. 


Pagi sampai ke waktu lunch aku rase loya, nk muntah tapi tak muntah, tekak pahit. Makanan pulak yang tertentu je aku boleh makan. Baru 7 minggu dah mcm ni.. Semoga aku tak seteruk mase first time pregnant dulu. Sampaikan ambik mc seminggu sebab langsung tak boleh angkat kepala, kena baring je. Bila bangun je berpusing2 dunia ni aku rasekan.


Ape yang aku start rase skrg ni, aku tak boleh nak dekat dengan suami, aku rase rimas sangat bila dekat dengan dia. Kalau dia nak peluk aku ke mesti aku rase rimas. Ada jugak pembawakkan budak mcm tu kan? Lagi satu, aku tak boleh telan makanan yang manis2. Mesti nak makanan yang pedas2. Aku makan roti jem coklat pun boleh loya nak muntah. Skrg ni beli roti sambal bilis je, baru tekak boleh terima. 


Dhia pulak skrg ni sangat amat lah super duper manjanya. Betul kata org, bila ibu mengandung, anak pun akan berperangai. Dhia skrg ni kalau aku nak masak ke basuh baju ke g toilet ke, dia mesti nangis, mesti nak berdukung. Tak boleh diletak. Ikut dengan ayahnya pun tak nak. Susah jugak nanti kalau perut dah membesar. Semoga Dhia memahami ibu nanti ye sayang. 


Bila kat opis pulak aku jadi malas. Malas nak buat kerja. Bangun pagi nak bersiap pergi kerja pun aku rasa malas sangat sampaikan ada cakap kat suami yang aku nak berhenti. Tapi aku kuatkan semangat, ini semua hanya pembawakan. Dulu masa mengandungkan Dhia tak pulak aku rasa sampai nak berhenti kerja. Mmg lain aku rase mengandung kali ni. 


Harapnya mase kakak aku kahwin minggu depan aku takdelah nak mabuk. Kalau tak susah. Rugi pun 1 hal. Tak dapat makan makanan sedap pulak nanti. Semoga aku diberikan kesihatan yang baik hingga saat melahirkan nanti. 


* Dah kena start minum susu anmum ni *

3 comments:

Irfa said...

hai ;)
akak pulak tiap kali peknen teringin sgt nak makan ketupat sotong(sotong yg ada pulut dalam tu)cari sana sini susah nak jumpa.last2 buat sendiri.makan sampai jemu

Pupel Liyana said...

hahahah. cam tu er.. aku lum rasa lagi so tak tahu tapi aku suka baca cite kau ni :) rajin menulis cam ni senang aku nak refer akan datang :)

jaja_norliza said...

hai yan...skrg ni akak pon rasa sama cam yan rasa...loya x menentu... tp yg bezanya hanya mende2 manis akak leh mkn...mknan yg berasaskan bawang mmg x leh telan...sambal apetah lg..nasi lansung x makan..gini la kekdah nya pregnen...mcm2 ragam....hhihiii

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers