Aku rasa aku tak pernah cerita tentang Danial masuk taska dalam blog ni kan. Danial aku dah hantar masuk taska dah. Aku masukkan bulan 5 lepas. Taska ni dekat je dengan rumah aku, jauh sikit dengan rumah tokmak. Aku masukkan halfday je sebab kesian sebenarnya dia pagi pagi tak ada kawan. Kakak sekolah, tokmak dah bz buat kerja rumah, masak bagai, dia sorang sorang tengok tv. So aku masukkan taska bagi dia berkawan lah. Lagipun dia mmg suka berkawan. Nasib baik dia ok je. First time hantar dia nak nangis jugak taknak ikut teacher, tapi teacher umpan mainan terus kejar mainan tak pandang ibu dia lagi dah.
So taska ni buat sambutan hari raya 1 Ogos lepas. Kebetulan aku mmg ambik MC sebab aku batuk menggila tu sampai hilang suara. Majlis start 5 petang mcm tu, aku datang lewat sikit pukul 5.45 mcm tu. Sebab cadangnya datang makan n terus balik hahahaha sangat tak senonoh, jangan contohi.. Takde lah, sebab kan aku batuk kong kong kong, malas la nak berlama lama kan. Tak selesa nanti batuk batuk je.
Owner Taska Citra Alam. Cik Ajib & Teacher Min. Sangat lah lembut n sopan teacher Min tu. Danial pun manja je dengan dia. Pandai memujuk anak anak yang dijaga.
3 orang teacher Taska Citra Alam yang sangat baik n sabar melayan setiap ragam anak anak. Tq teacher teacher menjaga, mengasuh dan mendidik anak anak taska menjadi yang lebih baik. Dari kiri teacher Farah, teacher Mas & teacher Ema. Teacher Ema tu sebenarnya anak jiran kitorang jugak, rumah sebelah je.
Sebelum majlis bermula, ada buat sikit doa selamat. Time ni aku belum datang lagi. Gambar semua dalam ni parents yang hantar dalam group wassap. Aku mmg takde keluarkan hp langsung time tu. Maklum lah, orang baru la katakan.
Famili kecik kami. Danial tu mentang mentang kat sekolah dia, bukan main dia buat mcm rumah sendiri. Keluar masuk keluar masuk taknak pandang ibu ayah lagi dah. Kakak follow je adik sebab kakak kata dia malu. Hahahaha
Ciknor ni lah jiran kami. Teacher Ema tu anak dia. Yang dia pangku tu baby kat taska ni jugak. Sebelah tu Quyun, anak yang dibela sejak baby. Dah jadi mcm anak sendiri dah pun.
Parents dan tetamu yang hadir petang tu. Meriah, semua berwarna warni dengan baju raya masing masing. Makanan sedap sedap tapi sebab batuk, aku jamah je makan kongsi dengan Lan.
Lebih kurang pukul 6.30 ptg, kitorang balik. Bulan 10 nanti taska ada buat rombongan pergi KL bird park & kidzania tapi kitorang tak dapat join. Takpelah, nanti ada masa kita pergi sendiri je. Lagipun bas disewa cuma 1, tak muat untuk semua parents n anak anak. Lagipun dorang pergi hari jumaat, so kitorang ambik keputusan tak join lah. Maybe ada rezeki next year pulak ke.. :)
No comments:
Post a Comment