Raya pertama haruslah ada part part sebab raya pertama mmg rutin kami setiap tahun, pagi sampai ke malam tak duduk rumah, berjalan raye saja. Pagi mmg beraya dengan keluarga aku, petang pulak beraya dengan kelaurga mertua aku pulak. Mmg mcm tu rutin raya kami setiap tahun. Sebab keluarga aku berjalan raya pagi, petang tunggu orang bertandang ke rumah je. Keluarga mertua aku pulak, pagi tak berjalan raya, petang lepas zohor baru berjalan raya. So begitu adil dan saksama sekali kami dapat beraya dengan kedua dua belah keluarga gitu. Itu la untungnya kahwin dapat orang dekat. :)
Lepas kaum lelaki balik sembahyang Jumaat, terus kami bersiap siap nak berjalan raya pulak. Belah keluarga mertua aku ni biasanya pergi ke 5 buah rumah termasuklah rumah mak ayah aku. Rumah pertama dituju dah tentu rumah atok.
Atok yang masih ada. Haah, patut panggil nenek kan tapi sini mmg lelaki perempuan pun kita panggil atok jugak. Comel jek atok bila aku ajak selfie. :)
Rumah atok ni kalau hari biasa mmg tak berpenghuni, sekali sekala anak anak balik n time hari raya je baru bermalam kat situ. Anak anak atok ada 12 orang tak salah aku. Atok ni mak kepada ibu mertuaku. Tapi banyak pokok buah buahan keliling rumah atok ni. Durian, rambutan, cempedak, duku, petai pun ada. Masa puasa hari tu aku ada cari durian dengan suami aku, banyak jugak dapat.
Kurang 1 famili je, dalam gambar ni ada 6 beradik je. Sorang lagi turn dia beraya rumah mertua. Yang lain ni sebab rumah mertua dekat je pun, so tengahari semua dah berkumpul sebab tu berjalan raya belah petang lepas solat zohor kot? Best kan mcm ni bila dapat jodoh orang dekat dekat je..
Tahun ni tak bergambar berlatarbelakangkan bilik air rumah atok ye. Hahaha awal awal semua dah cakap cari port lain. Ni berlatarbelakangkan pokok rambutan. Rambutan tu pun lebat cuma masa raya tu belum masak lagi, masih mentah. Ada yang dah separuh masak jugak, aku bedal banyak jugak. Tu pasal seminggu raya tu aku kena batuk menggila sampai ambik mc. Penangan rambutan la agaknya, makan tak ingat dunia. Time raya ni musim buah pulak kan, pergi beraya uma orang pun dihidangkan buah, haruslah aku makan. Aku pencinta buah buahan tempatan ok.
Beraya sampai pukul 6 petang. Last sekali rumah mak ayah aku lah. Lepas tu semua balik, aku stay lagi kat rumah mak sebab tunggu kakak aku dari JB sampai kampung. Pagi tu dia beraya dulu kat sana, tengahari lepas sembahyang jumaat baru dia gerak balik. Tapi lambat sebab dia cakap jalan jem. Kesiannnnnnnnnnn
Lepak lepak dekat rumah mak dalam 1 jam, pukul 7 gerak balik rumah sebab lepas maghrib nak berjalan raya lagi famili mertua aku tu. Dengan baju tak bergosok lagi, tak mandi lagi, dengan nak solat lagi. Mmg kelam kabut lah aku time tu. Mandikan n siapkan anak anak dulu baru gosok kami suami isteri. Mandi, solat, siap siap ala kadar terus zasss gerak ke rumah adik beradik abah mertuaku.
Ini budak namanya Faiqah Dayana, anak abang sulung Lan, abg Is. Aku mmg geram betul dengan budak kecik ni. Mulut dia je tau ngoceh mintak air mintak kuih. Kang sikit sikit dengar suara dia "Nak nak nak nak".. Gerammm aku dengar..
Bujang aku mmg pantang nampak tangga. Seolah olah keseronokkan berganda ganda bila dia dapat main dekat tangga. Walaupun tangga mata 3 je, ngeri jugak aku tengok dia naik turun naik turun, laju pulak tu. Dia tahu tak aku punya jantung cam nak tercabut je tengok dia titi tangga tu sipi sipi je tepi tu. Haishhh bujang bujang..
Sepupu sepapat - Kakak Sarah, Dhia, Aqif.
Bukan main lagi ko posing ye Aqif. Mama dia kata susah nak ambik gambar dia. Tapi dengan ibu dia ni ok je dia siap bagi posing peace yo lagi haha
Hahahaha padan muka ko Hana. Cik Yan suruh senyum betul betul, ini yang ko bagi ye. Haaa Cik Yan masukkan je dalam blog Cik Yan. Huahuahua (walaupun sebenarnya bukan ada orang baca pun blog ni)
Anak buah yang dah jadi anak dara. Syuhada yang sekarang dah form 2. Ramai yang berkenan kat anak dara ni. Tengok la kulit dia flawless sangat, putih melepak, menjaga kulit sangat budak ni. Kalah lah makcik ko, makcik ko mmg "geseng". Hahaha
Dengan kak Ina n mak mertuaku. Time ni dah rumah last ni, dah pukul 11.30 malam. Nak rabak mata aku ni sebenarnya. Mana taknya, tido 1 jam setengah je kot? Nasib baik tak pening kepala je, siang tu dah rasa sikit pening terus aku telan panadol. Kang raya raya pening kepala boleh hilang mood.
Kiri kanan ngadap hp, Danial tumpang tengok je, dia tak pernah rampas rampas hp dari tangan orang. Kalau dia nak tengok sekali, dia tumpang tengok je dari tepi. Good boy Danial. Muka ayah tu dah kepenatan sangat tu, dengan tidur tak cukup.
Hahaha last kopek.. Lepas ambik gambar ni pun terus lah semua pun bangun nak balik. Hahaha mmg dah penat sangat. Kalau tengok betul betul, mata aku sampai dah naik urat merah dah. Tahankan je mata tu padahal tak sabar nak balik tido.
Ok tu kisah raya pertama kami. Mmg sangat sangat penat tapi seronok. Nanti nak update lagi cerita raya. Belum habis lagi ok cerita raya walaupon raya dah sampai penghujungnya :p
No comments:
Post a Comment