Followers

Friday, 28 August 2015

Sambutan Hari Raya & Hari Lahir Mak Mertuaku

14 Ogos bersamaan 29 Syawal, rumah mertua aku buat sambutan hari raya. Mula mula just nak buat birthday celebration mak mertua je. That day 14 Ogos adalah hari kelahiran mak yang ke-59 tahun. Mmg every year buat sambutan hari lahir ni. Buat makan makan untuk famili je la. Lepas dah rancang gitu gini nak buat birthday mak, abah plak cakap nak buat openhouse jamu orang kampung, sedara mara n kawan kawan makan. So anak anak setuju je. Semua masak sendiri je, aku kena kerja so tak dapat tolong sangat. Khamis malam je aku tolong sekejap kopek ikan bilis.

Hari Khamis tu pun lepas maghrib aku lari kejap pergi Muar check Danial demam. Dia mmg selalu demam sebab dia ada masalah tonsillitis. Sampai rumah dah pukul 9.30 + mcm tu, semua pun dah siap kopek bawang bagai. Masa aku datang tu tinggal kopek ikan bilis. Jadi la tu menyumbang jugak kerja sikit haha

Jumaat tu aku kerja mcm biasa, matik lah rumah mertua sibuk sibuk aku pulak kerja. Nak buat mcm mana, 3 hari sebelum majlis ni baru diberitahu nak buat sambutan hari raya. Lagipun cuti aku dah banyak nak diperuntukkan untuk hantar Danial check-up bagai. Tapi mmg dah awal awal mintak maaf tak dapat tolong masak sebab aku kerja.


Dah siap awal sebab perut lapo nak serang makanan yang ada. Balik kerja tu pun aku terus mandi solat semua, pukul 8 malam terus pergi rumah mertua. Tapi tak terus makan sebab rupanya pukul 8 pun tetamu dah ramai. Takkan nak terus makan kan. Haruslah meramahkan diri salam tetamu n bertanya khabar gitu konsepnya.

Baju baru beli, konon nak pakai masa wedding kawan sekampung next month. Tapi sebab aku tak boleh nampak baju baru, terus aku sarung malam tu. Hahaha
Tu tengok tu, lawa kan dinding rumah aku? Hasil seni anak anak aku la tu. Hahaha


Selfie dalam bilik.

Owh majlis ni bermula dari petang pukul 3pm sampai la malam. Orang mmg tak putus putus datang. Aku tengok pun aku yang penat haha


Dan tiba tiba dah kenapa atas kek ada nama Cik Yan? Hahaha dorang ni sesuka suki je nak bubuh nama iolls taw. Birthday i bulan 2 lah, kenapa sampai nak sambut 2 kali ni? Hahahaha gelak je aku tengok ada nama aku atas kek. Gelojoh sangat taw nak bagi aku cepat tua :p


 Nak suruh mak potong kek tapi cucu n cucu sedara yang kerumun kat situ. Anak aku si Dhia lagi best, betul betul depan kek dia duduk. Tu sempat lagi dia jeling kamera ibu.


Tu diaaaa bukti Dhia duduk betul betul depan kek tu. Sebenarnya semua sibuk nak potong kek. Budak budak kan, birthday orang lain pun dorang yang sibuk nak potong kek.


Bujang kecik. Dia sebenarnya masih lagi demam. Belum habis majlis lagi aku dah terus balik rumah sebab suhu Danial terlalu tinggi. Tu nanti lain entry aku cerita.



Biras kesayangan, Kak Lin.

Aku pun tak sure majlis habis pukul berapa sebab aku dah awal awal cabut balik rumah bawak Danial. Mak ayah n adik adik aku datang pun tak dapat nak layan sangat, aku sibuk melayan Danial. Dia tak sihat ni mmg asek nak berdukung he taknak diletak.

Next entry nanti aku cerita kes demam dia sampai kena warded.

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers