Followers

Tuesday, 4 August 2015

Hari Raya Pertama 2015

Assalamualaikum wrt.....
Ya Allah lama betul tak masuk dalam blog sendiri. Rasa hampir hampir lupa password, nasib baik cari cari dalam notebook ada tulis. Kalau tak, menangis lah aku di sana kenapa menangis di sini. Ok tak funneh.

Bila lama tak menulis ni, rasa cam janggal pulak nak membina ayat. Padahal dulu dulu dulu, bila menaip je mcm taknak stop dah. Itu dulu..... Sekarang sudah berbeda. Entah le mcm malas makin menjadi jadi sekarang ni. Tapi takpe, kita mulakan sekali lagi. Kalau malas takde entry pun takpe, yang penting password jangan lupa. Haha

Raya pertama tahun ni tak semua adik beradik ada kat rumah mak aku. Kakak aku pagi raya pertama dekat rumah mertua dia dulu. Petang raya baru dia sampai kampung. Abang yang atas aku pulak bekerja di pagi raya, dia kan military police. Abang sulung aku pulak kerja catering, ada YB mana ntah tempah catering untuk openhouse. So pagi raya pun dia takde, petang raya baru dia ada. Yang ada pagi tu cuma aku sefamili, adik aku yang askar dok Perak nun & 4 orang adik adik. Tak ramai tapi meriah jugak sebab ada 2 orang cucu penyeri pagi raya. Sapa lagi kalau bukan anak aku jela, Dhia n Danial. :)

Sehari sebelum raya dah balik rumah mak dah, nak tolong masak ketupat rendang bagai. Tapi bila aku sampai je semua dah siap masak dah, ayah pulak tengah kacau dodol. Adik perempuan aku tengah buat biskut raya. Aku keje duduk je perati masing masing buat keje je. Dah petang sikit baru lah bungkus lauk nak bagi jiran tetangga. Orang sini panggil munjung. Mak aku mmg sehari sebelum raya munjungnya. Senang, sekali arung masak untuk lauk pagi raya nanti. Buka puasa malam tu pun makan ketupat dah. Hihi

Malamnya pulak melayan anak anak main bunga api. Pukul 1 pagi, aku n suami nak pergi ke expo, kalau pergi last last minit ni, dapat la harga murah murah. Dah 2 tahun berturut dah buat perangai pergi expo ni. Tunggu anak anak tido dulu baru pergi. Pergi pun kena naik moto je sebab nanti susah nak parking kalau bawak kereta. Sekali tu time nak pergi, Dhia boleh bangun pulak menangis cari ibu. Dah terpaksa bawak. Atas moto pun tido, aku peluk la dia. Danial tinggal dengan tokmak. Danial kalau tido mmg nyenyak tak sedar. Balik expo pukul 5 pagi. Hahaha pukul 5 pagi pun orang masih ramai. Kadang terfikir, dorang ni taknak beraya ke esok? Aku ni sebab tak sedar dah pukul 5 pagi. Hahahaha
So dapat tido sejam setengah je, tapi tak kelat pulak bijik mata ni tak cukup tido. Mungkin sebab seronok kot hari raya kan?


Mase kat rumah atok :)

Baju kain sari aku nampak kusam tak berkilat sbb sbnrnye tailor aku jahit terbalik.. Hahaha yang patut belah luar, dia jahit kat belah dalam. Yang kusam ni patut belah dalam. Tapi sebab dah last minit, pakai aje la. Tu jela pertama n terakhir aku pakai baju ni. Nak repair pun dah mcm mane kan? Sebab benang benang dia pun dah tertarik tarik dah. Kain pulak jenis senang pecah. Takpelah takde rezeki.. Nanti ada rezeki beli lagi buat lain ;)

Tudung tu patutnya kaler hitam jugak, instant shawl je aku beli, tapi mcm tak sesuai sebab ada awning lembut. So hentam je lah pakai kaler pepel.



Baju anak dara kecik ni pun sama terbalik jugak. Dia punya ada kaler oren sebab ni bahagian hujung kain sbnrnya. Ingatkan tak dapat bahagian dia, nak belikan baju siap je. Tapi tailor kata cukup untuk buat baju Dhia. Dhia punya boleh pakai lagi buat pergi ngaji nanti. :)



Selfie dalam kereta. Tapi bila dah bergambar baru perasan adik adik lelakiku pakai kaler pepel hihi
Dhia bkn main bergambar dengan ucu. Tapi sbnrnya dia selalu gaduh dengan ucu dia. Dah mcm mana, ucu suka dengki.



Ni je yang ada. Dapat pergi 3 buah rumah je sebab kan hari Jumaat? Masa pun pendek, nak sembahyang Jumaat lagi. So mana yang sempat je mcm rumah adik beradik ayah ni n rumah atok tu mmg wajibbbb.

Gambar blur sebab pakai front kamera. :)


Entah apa mak aku tu dok bercakap. Orang ajak selfie lah mak. 

Gambar ayah takde pulak, tak transfer sekali agaknya. Banyak sangat gambar, pilih pilih je. Ayah pun bukan suka bergambar, sama mcm suamiku. Susah nak diajak bergambar. Awak taknak sudah, biar saya selfie sorang sorang. 



Selfieeeeeeeee.. Sekali ada yang nak photobomb lak kat belakang tu. Ppppffftttt


Adik adik lelakiku semua berbaju melayu pepel.



Danial yang tak suka kena dukung, dia nak berjalan bebas kutip batu. Mmg takde la nak lepas awak dik, time ni tengah gerimis pulak tu.


Dhia skrg mcm mcm gaya dia kalau bergambar. Tu tengah makan rambutan. Rumah atok ada rambutan merah n kuning, tengah tunggu dorang petikkan rambutan la ni. Hihi

Rumah atok ni rumah last sebab jam pun dah pukul 12.15 tengahari, dorang nak balik nak siap pergi sembahyang Jumaat pulak nanti. Lepas sembahyang Jumaat, sambung beraya belah mertuaku pulak. Itu next entry, kang kejung kaku buat 1 entry. Hahaha

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers