Ok, marhaban kampung ni tiap tahun tak tentu raya ke berapa buatnya. Mcm tahun lepas tak silap aku hari sabtu ahad iaitu raya ke 6 n 7 hari. Tahun ni buat pada hari jumaat sabtu iaitu raya ke 8 n 9. Marhaban perempuan tak mcm marhaban lelaki. Kalau lelaki mmg dah set raya ke 2 n 3 tu marhabannya. Orang perempuan ni kan banyak tanggungjawabnya. Mcm kat Johor ni cuti sekolahnya hari jumaat n sabtu, sebab tu marhaban buat pada hari tu. Ramai kaum kaum ibu kan, nanti buat masa hari sekolah, nak uruskan anak anak sekolah bagai, leceh.
Aku kan dah naik kerja raya ke 6 tu, so aku ambik cuti lagi lah hari jumaat n sabtu tu. Hari pertama hari jumaat masa mmg pendek sebab nanti para suami nak sembahyang jumaat kan. Pukul 12.30 mcm tu dah dapat separuh blok dah. Kena separuh separuh sebab kan ada lebih kurang 40 lebih buah rumah. Buat dalam masa 1 hari mmg takkan siap punya. Lagi pulak hari pertama ni ada 8 buah rumah yang kita tak masuk sebab tuan rumah takde.
Ni kira masih awal awal pagi lagi ni. Owh aku bawak Dhia je, Danial kena tinggal dengan apaknya.
Geng marhaban. Dari kiri Kak Lin, Tuan Belog, Anom. Tahun lepas berlima kalau bergambar, tahun ni tinggal 3 je. Sorang kerja tak dapat join (kakak Ziela), sorang lagi dalam pantang (Ziela). Tahun depan tak tahu lah berapa orang pulak. Hihi
Tahun lepas pun bergambar dekat sini tapi berlima. Tahun ni sorang sorang aje sebab mengejar masa hahaha
Dhia dengan sepupunya, Auni. Tahun depan masuk pra sama sama lah 2 orang ni.
Ada bunga matahari palsu beso gedabak ni, terus laju laju nak posing kat sini. Ada gambar Anom jugak tapi malas nak letak hahaha
Ni kat rumah last, rumah pakcik Lan jugak, adik beradik abah. Ada pulak buai dekat bawah pokok rambutan, Lama tak main buai, syok jugak dapat naik. Gambar Kak Lin n Anom malas nak bubuh jugak hahaha keji betul.
Hari pertama ni habis marhaban 12.30 mcm tu, terus balik rumah. Lepas Lan balik sembahyang jumaat n pergi kerja, baru aku ajak anak anak masuk bilik n tidur. Penat ok marhaban ni, naik turun rumah orang ingat tak penat ke? Rumah kampung, banyak yang bertangga.
Hari kedua marhaban mmg takde ambik gambar sebab aku bawak Danial. Dah mcm mana nak ambik gambar bila aku sibuk perati Danial je kan. Lan dah start kerja, mak aku pulak takde kat rumah, so nak tak nak terpaksa lah bawak. Danial ok je cuma tak duduk diam. Penat sikit lah bawak dia. Tapi dalam pukul 11 mcm tu Lan ambik dia balik sebab dia dah balik kerja.
Ni je gambar yang ada. Kain sari ni agak mahal lah jugak tapi tailor aku jahit acuh tak acuh je. Eh betul ke acuh tak acuh? Hahahaha.. Hadiah pemberian Lan sebenarnya masa birthday aku bulan Febuari lepas.
Tailor yang sama jugak jahit sari hitam aku yang terbalik tu. Yang hitam tu takpe lagi la kan tak la mahal sangat, lagipun ni hadiah pemberian suami kot? Mesti lah rasa kecewa jugak. Sebenarnya tailor aku tu pun jahit dah last minit, tu yang kelam kabut jadinya mcm serabut sikit lah. Ini tak kena itu tak kena. Tapi nak buat mcm mana? Redha je la...
Sebab tu aku lebih suka beli baju siap sebenarnya. Tahun depan pun mcm dah takde hati nak hantar hantar jahit lagi. Beli siap lagi senang kan.. Tapi tu lah, nanti tak mathcy matchy dengan anak pulak.
No comments:
Post a Comment