Followers

Friday, 14 August 2015

Hari Raya Ketiga 2015

Raya kedua sebab tak ke mana mana pun sebab tu takde gambar takde entry. Raya kedua Lan ada marhaban kampung, aku pulak balik rumah mak aku lepak sana sebab lepak kat rumah pun boring jugak nanti laki takde. Kalau balik lepak rumah mak, dapat jugak jumpa pakcik makcik yang datang bertandang. Ayah n adik beradik lelaki pun takde kat rumah jugak masa raya kedua, ada marhaban jugak. Sini kat kampung kawasan Johor mmg kebanyakkan mcm tu lah. Tak tahu la kalau kawasan lain pun sama.

Tapi pun aku bangun agak lewat jugak pagi raya kedua tu sebab kan malam sebelum tu tidur cxuma 1 jam setengah? Lepas tu pulak berjalan raya dari pagi sampai ke tengah malam, mahu aku tak kepenatan sampai tidur pun tak sedar hahahaha. Nasib baik Lan tak terlepas marhaban.

Raya ketiga pun Lan masih bermarhaban ye. Mmg kampung aku tu marhaban kena 2 hari sebab rumah ada 40+, buat 1 hari je mmg tak cukup masa. Raya ketiga ni mmg turn rumah aku dinaiki rombongan marhaban ni. Aku gorengkan keropok lekor import dari Terengganu. Terima kasih Memek sudi belikan. Marhaban kampung ni ada 3 trip. Pertama orang tua n dewasa lelaki, kedua budak budak lelaki, ketiga budak budak perempuan. Nasib baik rumah aku rumah yang kelima pagi tu, so dapat la cepat siap, sebab aku pun nak balik rumah mak aku nak ikut marhaban perempuan kampung mak aku hikss. Tahun lepas join jugak tapi lambat sebab hujan, dapat join pun dah last kopek 5 buah rumah.




Ni trip budak budak lelaki, sikit pulak tahun ni budak budak yang ada. Aku pun mcm pelik je sebab selalunya mmg penuh kawasan ni dengan budak budak. Aku tanya dorang kenapa sikit je budak budak yang ada, jawabnya "Dah pupus"
Tu nampak tak bujang kecik aku tu sibuk sibuk jugak. Baru bangun tidur. Suka la dia nampak ramai abang abang dekat rumah. Kakak Dhia pagi pagi adik aku dah ambik sebab nak ajak ikut marhaban kampung mak aku tu la. Aku pergi kemudian sebab tunggu marhaban kampung aku siap naik rumah aku.


Bukan main lagi ko dik yang berbaju coklat posing ala ala model tu. Aku cakap nak ambik gambar je terus dia buat posing mcm tu.

Dan tiba tiba aku pun bz ni. Nanti sambung next entry. Bye bye!

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers