Followers

Wednesday, 24 July 2013

Iftar Ramadhan KeEmpat Belas

Lompat lompat pulak kan entry iftar ni.. Ye lah yang mana tak update entry iftar tu kadang sebab tak masak, atau tak ambik gambar. Bosan ek entry gambar makanan je? Tapi ko bosan mcm mana sekalipun, aku tetap akan publish entry iftar iftar ni. Hahahah

Ini semalam punya ni. Balik keje singgah pasar kejap tengok ikan. Tapi semua ikan tak seksi, so tak berkenan 1 pun. Nampak pulak ketam. Aiseymen dah lah besar besar tapak tangan laki aku, mahu ko tak geram kan.. Aku cakap besar tapak tangan laki aku sebab tapak tangan aku kan kecik.. (motipppp sangat)

Amek 3 ekor je sebab mmg besar. Lepas timbang bayar RM16. Murah ke tidak? Ok la ni murah bagi aku nak hilangkan rase teringin nak makan. Lame dah nak makan tapi tak beli beli ketam. Ni dah ade depan mate, kena pulak bulan puasa, mmg kena sangat la tu kan.. Beli santan kotak je sebab malas nak perah perah santan.


Mcm biase intro kena tunjuk makanan wajib aku di bulan puasa. Miahaha


Sawi yang laki aku beli hari tu banyak. Ada balance dia aku masak laa semalam. Lobak tu semua Dhia perabih sorang. Aku amek sawi tu terlekat lobak 2-3 ketul, dia g marah aku "ni kakak punyeeee laaaa" then tanpa rase bersalah terus amek lobak kat dalam pinggan aku dia ngap.. T___________T


Ehem besoo bukan main lagi sampai mangkuk aku pun tak muat. Maaf la, rumah aku takde mangkuk yang lebih besar. Itu pasal ketam tu sampai dah melebih lebih dari mangkuk dah tu. Now dapat bayangkan besarnya ketam yang aku beli? Mmg besar. Keempat empat sepit tu aku yang makan. Laki aku tak reti nak makan kat bahagian tu. Hihi

Oh ye ketam tinggal 2 ekor sebab lagi sekor aku bagi mak aku..

Ko tahu Dhia takut dengan ketam ni. Ade ke dia cakap ni labah labah. Adoii anak anak buat lawak je taw. Elok je mula mula dia duduk bersila sebelah aku ngadap nasi dengan telur. Lepas aku turunkan je ketam ni terus angkat kaki lepas tu nak nangis "labah labah..takuttt" hahaha lawak sangat mase tu. Aku dengan bapak dia makan pun dia just tengok je dengan muke geli geli. Mesti dalam hati dia "kenapa ibu dengan ayah makan labah labah". Hahahaha dia nampak kaki banyak banyak mcm tu kot dia pikir labah labah. Aku cubitkan sikit pun dia tak nak jerit jerit. Jangan sampai ke besar ko takut dengan ketam ni sudah laa ye nak.. Rugi kalau tak makan. Sedap giloooooo...

Hari ni teringin nak makan sambal belacan. Lame dah tak makan sambal belacan. Dap dap nyeeeee........... *lap air liur*

1 comment:

jaja_NorLiza said...

wah...lapo..lapo...errr..rajin yan ni ek...pandai masak nih..nati nak kena terjah raya ni..msk sedap2 tau!
-mukatakmalu-

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers