Hahaha orang dah masuk ramadhan ke 6, aku baru nak cerita pasal iftar ramadhan ke 4.. Pedulik hapeeeeeeee akuuuuuuuuuuuu..
Sabtu tu aku keje half day je.Pukul 1 dah balik dah. Tapi balik rumah mak kejap sebab nak g facial dengan opismate. Siap bawak Danial. Ko mampu nak g facial bawak anak kecik? Baby lagi taw.. Hahaha buat kerja gile. Ni semua gara gara Danial nangis nampak aku. Ikut mak aku pun dah tak mahu. Last last aku bawak je dia. Tapi kakak dia aku tinggal. Rasuahkan awal awal dengan aiskrim. Kalau dua dua aku bawak, lebih baik aku tak payah pergi.
Tapi mmg gile bengang. Sampai sane je tibe tibe je orang tu cakap kalau nak buat facial, kena buat appointment. Terus rasa kecewa. Dah booking dah 2 minggu lagi. Balik kerja half day je terus shoot lincah lincah ke sana. Lagi pulak dengan muka aku yang dah tak tahu nak describe mcm mana. Ahh malas cite. Ade mase ade kerajinan update lain entry.
Lepas tu jalan jalan kejap dekat mall sana. Dapat lah beli sepasang kasut raya utk Dhia. Kasut Danial dah awal awal bismillah hari tu aku beli. Lepas tu keluar mall, pergi bazar ramadhan jap dekat jubli intan sana. Mcm mcm makanan ada tapi aku sikit pun tak bernafsu nak beli. Apekah? Heibat betul..
Sampai rumah around 5 pm. Aku balik rumah aku dulu ye. Dhia aku ambik kemudian. Masak dulu apa apa yang patut semua baru ambik dia. Balik tu Danial mmg dah super duper mengantuk. Dia tu kat dalam kereta mana nak tidur kalau ngantuk sekalipun. Sampai rumah tak sempat mandikan.. Bagi susu, bukak baju, mase tengah menyusu tu dia dah pejam mata dah. Terus masukkan dalam buai. Haaa lincah terus aku ketung ketang dekat dapur.
Mula mula blur nak masak ape ni. Tibe tibe je ting keluar lampu dekat kepala. Ok ok kite masak yang simple je tapi sedap lalu kat tekak ni.
Dimulai dengan gambar sardin. Haha masak sardin je pun.. Haha eh tapi masak jugak ape. Daripada nak membeli dekat param sana kan. Ok ape ni walaupun sekadar sardin. Sedap ok sardin ni aku kasik hiris cili dekat 10 batang. Berasap telinga makan.. Hahaha
Ini teman sang sardin. Ewah.. Kailan tumis belacan. Aku kalau masak sayur mmg suka tumis belacan je. Tak tahu kenapa. Mcm sedap gilooooo babeng.. Feveret ok.. Aku siap boleh ratah ratah lagi sayur ni. Al maklum, aku kalau masak sayur mmg aku je yang makan. T__________T
Ini budak kecik sekolah tadika pun reti masak. Hahaha
Yang ni yang betul betul mabelesssssssss. Adoii mcm nak tis tis tis je air liur aku tengok gambar ni. Sedap kot! Kalau buat bersahur lagi laaaa ummppphhh siap tambah nasi. Selalu orang buat ikan bilis + cili hiris + bawang kan.. Aku topup 1 lagi bahan. Aku letak kentang.. Lepas tu bubuh laa kicap. Ya ampunnn makan ni je dengan nasi panas digabungkan dengan telur dadar tadi, dah cukup menyelerakan dah.. Sedapnyeeee..
Ni je yang aku beli dekat param. Malas beli banyak sebab mahal. Tempat aku 4 ketul singgit, kat sana 3 ketul singgit. Tu yang talam berlauk tu mak aiii dah la kedekut letak daging, daun sup je banyak. Lada pun sehiris tu je dia bubuh. Popia tu lagi laa nampak sedap mengancam seksi kan main lagi tapi sekali gigit je mak aiii tak kena langsung dengan tekak aku. Tak sedap. Tawar. Isi kureng. Ape pun tak boleh. Takpe ade kerajinan nanti aku buat sendiri. Lagi sedap kot. Kot je la kan.. Hahaha
Ape pulak nak masak hari ni yek? Google google google.. :p
No comments:
Post a Comment