Followers

Tuesday, 23 July 2013

Kalau Dah Tidur...

Danial ni kalau dah tidur, mmg stok mulut nganga nganga lah mcm kan penat sangat..

Dia ni kalau dah tidur mmg nyenyak kalau takde orang kacau dia atau buat bising.. Tapi kalau nak menidurkan dia punyalahhh susah.. Biasenye waktu malam laaa.. Mmg mencabar ok nak tidurkan dia di malam hari. Aku ni pulak dah laa nak keje esoknya, dia lagi payah nak tidur..

Kalau siang dia mmg tidur dalam buai je. Pakai buaian elektrik, haaa nyenyak ko dia tidur. Tapi dengan syarat, kena bedungkan dia. Ye, i still bedung him sebab kalau tak bedung nanti tangan dia dok gapai itu ini tak diam.. Menggaru laa korek hidung laa tarik baju laa ape laa.. Bile dah bedung mmg dia lagi nyenyak tidur..

Tapi kalau malam, ko masukkan laa dia dalam buai.. Kompem mengamuk dia.. Kalau malam dia mmg lagi suka tidur golek golek atas tilam.. Tapi fuhhh mencabar sangat nak tidurkan dia di awal awal tu.. Mata dah pejam tapi tangan tak reti diam. Nanti dah mengiring ke kiri tak kena, ke kanan pulak.. Lepas tu gosok gosok muka laa,  garu garu tangan laa.. Mcm mana laa aku ni tak geram kan.. Bila dia dah nyenyak tu mmg syukur sangat..

Malam malam pulak menyusu boleh tahan jugak kuatnya. Kadang kadang 1 malam aku bangun 3-4 kali jugak buatkan susu dia. Lambat sikit haa dengar laa dia punya jeritan n tangisan. Tak boleh lambat sikit taw bujang aku ni.. Kena buat susu pantas pantas.. Tu pasal kadang tercurah air termos atas tangan ni.. Huhuuuu T_____________T


Ni gambar minggu lepas masa nak hantar dia pergi rumah mak aku. Tak sedar langsung kooo aku angkat dia masuk dalam kereta.. Selalu kalau aku angkat je automatik dia akan terus celik mata.. Penat sangat ke apa tak tahu laa kan.. Sedap je dia tido..


Ko tengok mulut dia tu.. Hoiii mulut tu kan aku mmg kiss kiss kalau dia celik. Dia pun suka sangat buat duckface kan, mmg sedap laa aku mencium cium sampai dia naik rimas lepas tu dia lempang muka aku. Boleh? Ganas ok bujang sorang ni..


Amboiiii dia tuuu  tido pun bergaya ek dik.. Hehehe..
Tengok tu butang baju pun semua dah terbukak mcm tu. Mahu tidak, baju ni present masa dia baru lahir. Skrg umur dia dah 9 bulan, mmg agak sempit laa kalau pakai.. Tapi aku suke je pakaikan baju sempit n fit, nampak alaaa comel sangat sangat.. Hahaha

Tapi lepas sampai rumah mak aku, automatik ko terus dia celik mata.. Magic bukan? Danial Danial..

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers