Followers

Monday, 22 July 2013

Iftar Ramadhan KeDua Belas

Ehemm ehemm.. Berdehem laa sikit kan sebab gembira dapat berbuka dekat rumah mak selama 2 hari.. Hehehehe Lebar senyuman ni.. Ehhh walaupun rumah dekat tapi mmg baru ni dapat berbuka dekat rumah mak.. Salah satu sebabnya sebab tunggu akak aku balik kampung baru nk buka kat rumah mak sama sama.. Barulah rasa meriah sikit..

Sabtu lepas aku keje mcm biasa full day.. Boring gile sebab mmg dah terbayang bayang dah mak masak ape semua.. Biase laa kan, masakan ibu adalah yang paling sedap dalam dunia.. 5 minit sebelum waktu balik aku dah siap shutdown semua dah siap kemas meja dah pun tinggal nak tunggu punch je. Hahaha

Balik rumah amek suami dulu. Balik rumah je kakak ipar aku ada bagi berkat nasi impit kuah lodeh bagai. Kalau dekat sini kite panggil "munjung". Ko tak tahu? Munjung tu kite bagi makanan yang biasanya mmg ketupat / nasi impit dekat saudara mara @ jiran tetangga masa bulan puasa.

Oh ye aku skrg pergi kerja kan naik motor je kan. Lepas amek suami tu singgah laa beli air n murtabak nak bawak ke rumah mak. Naik motor kan so aku peluk erat laa laki aku kan. Ape de hal nye.. Suami aku kot kan?  Eh eh ada yang pandang sinis taw. Orang orang tua laa yang ada siap nak geleng geleng kepala. Alamakkkk kenapa begitu? Kami pasangan halal laa.. Tapi laki aku rilex. Dia cakap "Kite nampak mcm budak remaja kot sebab tu orang pikir kite couple..buat tak tahu je".. Hahaha

Balik rumah je mak dah siap masak tinggal nak masak sambal tumis. Dekat rumah mak, bulan puasa mmg wajib ada sambal tumis sebab adik adik aku mmg kejarkan sambal tumis je bulan bulan puasa ni. Sekali dekat atas meja ada lagi 2 plastik lauk abang sulung aku bagi. Banyak laa lauk hari tu sebab tu mak just masak sayur dengan sambal tumis je. Simpan balik ikan yang dah mak keluarkan. Hahaha

Tapi sebab aku leka dengan anak kakak aku si debab tu, aku terlupa nak ambik gambar juadah berbuka hari Sabtu lepas. Hehehe

Mujur semalam balik rumah lepas berbuka. So dapat lagi berbuka dekat rumah mak. Oh sangat ohsemmmmmm. Mak masak banyak lauk semalam. Sampai aku tak tahu nak makan mana 1. Jom kite leleh lelehkan air liur.. :p


Banyak tak banyak tak? Nampak tak ade kaki budak dekat situ? Itu budak kecik yang tak puasa tapi dah makan berbuka dulu. Tengok dekat pinggan dia ada bawang. Hahaha dia ambik dekat sambal goreng tu. Kan mmg ada bawang. Dia ni tak tahu laa, suke sangat makan bawang. Kalau masak sardin letak bawang pun sama dia mintak bawang je.. Sedap ke bawang tu sayang?


Sambal tumis udang campur kupang. Mabeles sangat sangat. Sambal tumis mak dari dulu sampai skrg mmg sedap giloooo. Ambik banyak banyak sampai berasap telinga tapi tak pernah masuk toilet pun lepas makan sambal tumis mak ni. Terbaik!


Ikan keli masak lemak cili api. Mak hiriskan daun kunyit banyak banyak. Aku mmg suke makan daun kunyit tu. Sedapppppp! Aku makan ni je semalam. Terbayang bayang lagi ni haa.. Alaaa sedapnya..


Asam pedas.. Ni aku tak usik pun. Aku kalau ko letak asam pedas sebelah masak lemak cili api, aku sambar masak lemak dulu. Asam pedas ni sebelah mata pun tak pandang. Hahaahaa.. Tapi ni laki aku sambar dulu. Dia tu pencinta asam pedas selamanya. Hari hari masak asam pedas pun dia takde hal. Tapi ape ke boring hari hari nak masak asam pedas. I is boring ok.. T___________T


Sambal goreng yang xde suhun. Mak tak suke letak suhun. Pun sedap. Just kentang dengan tempe je. Banyak jugak aku makan. Ni salah 1 makanan feveret aku ni. Kalau aku yang masak, aku mmg letak cili api bukan lada basah ni sebab aku kan mmg suke makan pedas pedas.


Sayur campur..


Makanan wajib aku masa bulan puasa.. Hahaha


Ikan goreng..


Nasi goreng.. Nasi lebihan sahur, so mak goreng la.. Laku jugak ok campur dengan nasi putih makan dengan lauk tu semua.. Sedappp.. (aku semua pun sedap takde istilah tak sedap)


Samosa.. Kakak aku bawak dari JB sana. Yang inti blackpepper sedap. Makan seketul je pun.


Ubi goreng.. Ayah aku cabut ubi dekat depan rumah. Cicah dengan sambal kicap mmg terangkat.


Kek batik yang kakak ipar aku bagi. Tak jamah pun. Perut dah sendat dah ketat.


Tembikai. Sempat petang tu laki aku ajak merempit pergi pekan hanya kerana ini buah. Tapi tak manis.


Air teh bunga. Buat sendiri ni. Rasenye tentulah sedap..


Tiga jenis minuman yang ayah beli. Air asam boi, air katira dengan air tembikai. Semua 4 jag tu licin habis. Aku pun minum sampai 3 cawan. Puasa puasa ni mmg kejar air je laa kalau berbuka. Makanan ni mcm tak kawan sangat.. Hahaha

Best sangat kumpul ramai ramai. Tu pun tak cukup adik beradik aku yang balik. Kalau semua balik mmg lagi meriah.

So how uolls punya iftar?

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers