Followers

Friday, 2 August 2013

Iftar Ramadhan 2013

Aku dah lupa ramadhan ke berapa sebenarnya. Dan sebab ada banyak jugak gambar lauk tak publish, eloklah kita buat 1 entry je tayang makanan. Aku pun mood nak menaip karangan mmg takde.. So tayang gambar je aci tak? Mood raya dah memanggil manggil oi. Rumah tak berkemas ape pun lagi. Mcm tak cukup masa pulak rase. Mahu tidak, aku kena kerja sampai Selase depan. Rabu mmg dah tak kerja dah duduk rumah je mengemas kali terakhir. Malam raya dah ada projek dah nak pergi expo ramadhan dengan kakak aku. Last year pergi dengan membuyung tapi seronok sebab malam malam raye laaa ko dapat harga murah.

Eh eh tadi kata malas nak menaip. Tapi bila dah menaip tak boleh berhenti pulak. Hahaha

Asam pedas ikan selar

Kacang panjang tumis belacan

Paling mabeles.. Sambal belacan berapi.. 

ABC

Budak tak puasa dah buke dulu
Ni menu iftar minggu lepas ni tapi aku lupe hari apa dan puasa ke berapa. Haha


Banyak bukan? Ni iftar hari Ahad lepas. Ada 2 orang bagi munjungan. Lepas tu dekat surau blok aku ada buat khataman Quran, dapat nasi minyak, ayam masak merah dengan rojak.. Lepas tu pulak ada lagi lebihan lodeh n sambal kerang aku munjung Sabtu tu. Banyak mcm ni ingat abes ke? Tak abes pun makan.

Udang goreng kunyit

Taugeh campur tauhu

Ketam masak lemak cili api
Ni iftar hari rabu lepas. Repeat masak ketam masak lemak sebab husband yang request. Tapi ketam dia beli kali ni kecik kecik tak mcm ketam yang aku beli hari tu. Tak suka ketam kecik kecik mcm ni sebab takde isi. Aku dah laaa suke mengorek ngorek lepas tu dok srottt sorttt isi dia. Tapi hampeh. Kecewa sebab takde isi pun ketam saiz mcm ni. Lagi lagi dekat sepit dia tu mmg paling yummih kalau dapat makan.

Dah hujung hujung puasa ni mood memasak mmg ke laut laa. Lagipun hujung hujung puasa ni la ramai orang hantar lauk munjung. Kalau aku balik kerja tu kadang kadang mmg dah ada dah orang bagi munjung. Sebab tu banyak hari jugak aku tak masak berbuka. Malam ni pulak mcm nak berbuka dekat luar.

Eh diam tak diam tinggal lebih kurang 5 hari lagi kita berpuasa kan. Rase mcm sekejapnyeee ramadhan dah sampai ke penghujung dah kan? Mood raye dah mari dah.. :)

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers