Followers

Saturday, 30 June 2012

Tentang Kandungan Kedua

Baru mula nak merajinkan diri menaip entry tanpa gambar.


Kali ni nak bercerita tentang kandungan keduaku ini. Berbeza betul dengan masa aku mengandungkan si kecil Dhia tu. Pregnant kali ni sangat senang. Tak mabuk, tak mengidam pelik2, tak mual, tak muntah, tak ada apa2 masalah.


Dulu masa mengandungkan Dhia, aku suka bermekap, suka wangi2, suka melawa, suka bergambar. Pregnant kali ni pulak, muka pucat, tak suka bermekap, tak suka bergambar, tak suka pakai perfume tapi terpaksa pakai jugak kalau pergi kerja n berjalan. Lagi 1, kalau tidur aku tak suka menghadap muka suami. Suami nak peluk pun aku tak suka. Rase rimas sangat. Walhal dulu mengandungkan Dhia n tak mengandung aku tak begitu. Lagi aku suka bila kena peluk2. :p


Lepas tu kalau pemakanan pulak suka yang pedas, suka yang manis, tak suka yang masam. Addict sangat dengan teh ais. Ketagih lain macam. Walhal aku bukan seorang penggemar teh ais. Dulu masa mengandungkan Dhia, aku addict soya. Mesti nak minum soya, sampai beli soya kotak tu berkotak2 letak dalam peti ais. Tapi aku nasihatkan jangan amalkan selalu minum soya mase mengandung ni. Setiap kebaikan akan menjadi keburukan kalau diambil dalam kuantiti yang banyak n kerap. Contoh macam Dhia tu, akibat aku yang addict minum soya masa mengandungkan dia, sekarang ni kulit dia sangat sensitif. :(


Ok berbalik kepada tajuk asal, kandungan kedua aku ni mmg berlainan dengan kandungan pertama aku dulu. Uolls rase2 lah, aku mengandungkan baby boy ke baby girl? Belum scan lagi ni.. Nak jugak scan tengok gender baby. Senang nak prepare barang dia nanti. Tapi tak banyaklah aku beli. Sebab baju2 baby Dhia dulu banyak. Dulu pun aku beli warna putih n bercorak je banyak, kiranya unisex boleh pakai. :p


Cuma nak kena beli set tilam dia je, set tilam Dhia masa baby, dia masih lagi pakai sampai sekarang. Mmg dia tidur sama 1 tilam dengan ibu ayah dia, tapi aku bentangkan jugak tilam dia masa baby dulu untuk dia. Dah terbiasa.. 


Pejam celik dah masuk usia 6 bulan dah kandungan aku ni. Berat badan totally baru naik 5kg since pregnant. Yang pasti, bahagian punggung sangat naik sekarang ni. Tak sabar rasanya nak shopping barang baby. Kali ni mesti lebih seronok sebab ada Dhia sekali tolong shopping same2.. Lepas raya bolehlah kot shopping. Buat masa sekarang ni kena prepare untuk raya dulu. :p

2 comments:

Deqna said...

jarang betul dah update blog sekarang eh.

tak sabar nak tunggu second baby nie.. girl ke boy yer.. boy kot....tapi tak kisahlah mana pun kan...

p/s: marissa pun nak dapat adik jugak nanti :P

Pupel Liyana said...

anak lelaki :)

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers