Followers

Monday, 30 April 2012

Ubatan Dhia

Seperti yang sedia maklum bagi yang membaca blog aku ni, aku ada mention yang anak dara aku tu seorang yang alergik + kulit sensitif kan.. Dia mewarisi jenis kulit aku yang alergik dan sensitif.


Mcm2 dah ubat n losyen yang aku beli untuk Dhia. But masa last dia kena alergik kulit merah2 gatal2, aku pergi klinik n doktor suggestkan aku pakaikan barangan sebamed untuk Dhia. So now aku mmg pakai gel mandian n losyen sebamed. 


Ubat minum aku bagi bila ruam merah dia muncul..


Alhamdulillah seminggu pakai dah mula nampak da perubahan. Dia dah kurang menggaru lagi pergelangan tangan dia. Ok, mmg stress sangat tengok tangan dia berbekas akibat digaru. Mungkin Dhia mcm aku, alergik pada habuk + cuaca sejuk n tak menentu. Aku takpe lagi sebab dah besar panjang, kesian kat anak dara aku tu. Mmg dia tak menangis cuma kesian sangat tengok dia tergaru2 gatal. 


Doktor pun ada bekalkan krim sapu kalau timbul gatal2 n ruam2 merah. Bila nampak dia sedap menggaru, aku akan cuci tangan dia n sapukan krim yang doktor bagi tu. Bila dah tak gatal, malam2 bila dia tidur aku sapukan bio-oil pulak. Ye, kulit anak dara aku kering bila dah gatal2. Sama mcm aku jugak tu, kulit kering. :(


Amat berharap supaya kulit Dhia kembali sihat mcm dulu dia baby. Cantik je kulit dia. Sekarang ni tengok bekas garuan dia kat tangan tu mmg aku stress tapi aku sapu bio-oil hari2. Bio-oil ni terbukti berkesan menghilangkan bekas parut kan? Mmg nampak perubahannya. Skrg dah mula nak menghilang dah bekas2 tu semua. Baru seronok hati si ibu ni tengok kulit dia dah sedikit pulih. Lepas ni mmg akan setia memakai sebamed + bio-oil. Laburkan duit sikit untuk anak, mmg aku tak kisah. Asalkan anak aku sihat2 selalu. Amin.

2 comments:

Huda said...

Macam anak saya zara la..ni baru lepas balik belikan sebamed untuk dia...so far tak serius tapi nak prevent dari jadi lebih teruk.

Zie Madini said...

uiii byknyaaa. Coming soon zie plak yg simpan barang cam gnie kan :P

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers