Followers
Monday, 31 December 2012
Pengalaman Bersalin Anak Kedua, Muhammad Afiq Danial
Anak dah 2 bulan lebih baru nak bercerita. Tapi tak menjadi masalah pada aku sebab aku masih ingat lagi peristiwa itu. Mmg nak coretkan di sini tak kira dah lama ke apa sebab akan datang bila anak aku dah besar boleh mereka baca dan tahu jerit perih seorang ibu melahirkan anak.
Nak mula dari mana ye..
Baby boy aku lahir pada 13/10/2012. Sebelum tu aku dah ambik cuti awal dah. Awalnya mmg taknak cuti dulu tapi sebab aku dah admit wad pada 24/9/2012, suami aku dah tak bagi pergi kerja lagi dah. Katanya takut something bad happen. So aku sebagai isteri, ikut je kata suami. Aku ambik cuti tanpa gaji. Admit wad pun bukan ada apa masalah, tapi sebab false labour @ kontraksi palsu. Tapi tak mahu lah cerita pasal tu sebab nothing yang nak dicerita. Entry ini untuk cerita tentang kelahiran my baby boy.
Subuh 13/10/2012 tu aku dah start rase sakit sikit2. Sakit mcm nak senggugut tu. Dalam hati masih tak pasti samaada kontraksi betul atau palsu. Aku tak bagitahu suami dulu sebab suami aku tu tak boleh kalau cakap sakit, mesti cepat2 nak bawak pergi hospital. Aku nak tunggu sampai sakit kuat baru pergi hospital sebab karang mcm hari tu masuk wad sebab kontraksi palsu.
Pagi tu aku masih boleh lagi basuh baju, kemas rumah semua. Kebetulan suami aku tak kerja pagi tu, cuti. Tapi dia dah boleh tahu aku dah rasa sakit sebab muka aku pucat katanya. Tapi aku cakap masih belum rasa sakit sampai ke belakang pinggang. Aku mintak tunggu dulu sampai sakit kuat. Tak suka kalau pergi hospital tapi tak bersalin lagi, tak suka duduk dalam wad lama2. Lagi pulak nanti kesian dekat Dhia.
Tengahari tu sempat lagi makan ABC & cendol. Sakit masih tak terasa sangat. Setengah jam sekali sakit datang. Oh ye, pagi tu lebih kurang pukul 10, adik aku datang rumah ambik Dhia. Mak aku dah rindu dekat Dhia, pesan adik aku datang ambik. Aku pun dah pesan adik aku, kalau aku dah sakit kuat & dah pergi hospital, aku tak ambik Dhia lah. Jadinya aku kat rumah dengan suami berdua je. Tonton tv, tidur, makan.
Lebih kurang pukul 4 petang, aku pergi pulak ke majlis hari jadi dekat rumah jiran aku. Dapatlah makan pari masak lemak cili api, kek, cupcakes, marshmallow, dan mcm2 lagi makanan. Time makan dah start rasa sakit kuat. Lepak kat rumah jiran aku ni lebih kurang setengah jam. Lepas dah rasa sakit kuat ke belakang pinggang, aku terus balik rumah. Tiba kat rumah masih duduk lagi tengok tv sekejap. Dalam lebih kurang 15 minit lepas tu mmg dah kerap sakit dan dah konsisten, 10 minit sekali. Terus bersiap & berkemas pergi hospital.
Bertolak dari rumah lebih kurang jam 5.30 petang, tiba hospital jam 6.10 petang. Terus daftar ke dewan bersalin. Masuk dalam bilik rawatan dulu sebab doktor nak check jalan dah bukak atau belum. Nerves masa tu Tuhan je yang tahu. Walau dah punya pengalaman, tapi hati masih rasa takut dan berdebar.
Masuk bilik tu tukar kain dulu semua then nurse check heartbeat baby dulu. Tak lama doktor masuk. Doktor perempuan. Dalam hati mcm2 yang aku baca. Doktor check bukaan, mujur tak sakit. Dah bukak 2 cm masa tu. Aku pandang jam, dah pukul 7 malam waktu tu. Doktor pesan aku masuk wad dulu.
Dah masuk wad yang sedih. Hospital govertment kan, waktu malam bukan waktu melawat. Suami hantar sampai ke wad je lepas tu dia turun makan. Tak lama dia naik semula belikan aku nasi tapi aku dah takde selera. Dia paksa aku makan, jadi aku makan dalam 4-5 suap. Suami dapat teman sekejap je kat wad. Lepas tu dia tunggu dekat dalam kereta je. Sedih sangat sebab masa nak bersalinkan Dhia dulu, dia ada teman dekat wad sebab kebetulan masa rasa sakit tu mmg waktu melawat.
Sakit kuat mula terasa lebih kurang pukul 9 malam. Time tu 10 minit sekali. Tak lama 5 minit sekali. Aku cuma genggam bantal n gigit towel kecik. Kalau ada suami, bolehlah aku genggam tangan dia. Sedih sangat mampu genggam bantal. Tapi aku kuatkan semangat. Sakit datang je aku gigit tuala n buat teknik pernafasan yang dah nurse ajarkan. Sakit datang je aku tarik nafas dalam2 n hembuskan perlahan2. Posisi pun aku kerap tukar. Sekejap mengiring ke kanan sekejap ke kiri, sekejap aku duduk. Tapi aku tak tertahan duduk, aku banyak mengiring je.
Pukul 10.30 malam doktor pakar datang check. Time tu mmg dah sakit sangat2. Doktor check, kepala baby dah masuk laluan keluar. Doktor anggar lebih kurang pukul 2-3 pagi aku bersalin. Tak lama tu nurse datang nak check tekanan darah pulak, masa tu dah tak tahan, aku cakap nak suruh doktor check bukaan. Sangat mengejutkan sebab jalan dah bukak 6 cm! Kelam kabut nurse ambik wheelchair semua. Aku terus call suami suruh naik atas. Sebelum tu aku sediakan baju, towel, selimut & lampin baby untuk dibawak masuk ke dalam labour room.
Masuk labour room je jam dah menunjukkan pukul 10.55 malam. Masa aku ditolak masuk ke dalam labour room, tanda baru turun. Keluar darah. Tak lama aku baring atas katil, doktor masuk untuk pecahkan air ketuban dan keluarkan air kencing. Ya Allah pedih sangat2 masa dia cucuk tu. Masa bersalinkan Dhia dulu tak pulak rasa pedih. Bila dah pecah air ketuban, barulah rasa sakit yang amat. Suami aku dipanggil masuk. Masa tu baru aku rasa bersemangat & berani sikit bila suami dah ada di sisi.
Sekejap je aku dah rasa nak meneran. Doktor nurse semua dah bersedia. Aku pun kangkang lah kan (sebab dah ada pengalaman, tak payah tunggu doktor & nurse suruh). Mase tu mmg aku dah tak tunggu doktor n nurse cakap, terus aku teran sekuat hati. Sebelum tu kan, aku ada menjerit taw. Malu betullah kenapa aku boleh menjerit. Automatik je mulut aku menjerit. Kuat pulak tu sampai nurse tegur "jangan jerit dik.. jangan jerit".
Alhamdulillah lepas meneran dalam 3 kali, lahirlah Muhammad Afiq Danial. Tepat jam 11.47 malam dengan berat 3.05 kg. Besar jugak kali ni, Dhia dulu 2.9 kg je. Yang untung, kali ni bersalin tak koyak pun, jahit 2 jarum je kat bibir faraj tu. Doktor pun hairan jugak tak koyak sebab tulang pinggul aku kecik & baby pulak besar, tapi tak koyak. Syukurlah semua dah selamat.
Baby keluar je terus doktor letak atas dada aku, tak sampai 5 minit baby terus kencingkan aku. Sabo je la.. Bukan sekali dia kencingkan, tapi 2 kali. Tengok muka baby, mcm tak percaya dah jadi ibu kepada 2 orang anak. Alhamdulillah kali ni bersalin pun mudah. Nurse pun cakap aku senang n sekejap je bersalin. Syukur alhamdulillah bahagian aku senang.
Lepas baby diambik untuk dibersihkan, aku diberi milo n susu panas untuk diminum. Tapi aku minum milo je, susu aku tak lalu nak telan. Dah siap jahit n baby dah bersih, dalam pukul 12.45 aku dirsorong masuk dalam wad semula. Sampai wad je aku terus mandi n suami jaga baby. Kakak ipar aku pun datang jugak masa tu. Lebih kurang pukul 1.15 suami aku n kakak ipar aku balik.
Malam tu alhamdulillah baby tak meragam tak menangis, elok je dia tidur. Menyusu pun sekejap je. Maybe dia lebih suka tidur. Subuh je baru dia merengek sikit, tapi sumbat tetek tidur balik. Dapatlah aku tidur sekejap walaupun tak nyenyak.
Esoknya tengahari aku dah boleh balik rumah. Dhia teruja ke tidak dapat adik baru? Entry seterusnya akan aku ceritakan reaksi Dhia bila aku bawak baby balik. :)
P/S : Lama tak menaip entry, ayat pun dah berterabur + dah tak reti nak bercerita. InshaAllah akan aktif kembali lepas ni.
Labels:
Afiq Danial,
bersalin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tahniah..Sebab sekarang saya pregnant anak ketiga jadik suka baca pengalaman orang bersalin..risau jugak walaupun dah ada 2 kali pengalaman..
tahniah yan..bestnya dah dapat sepasang!
Post a Comment