Followers

Wednesday, 9 May 2012

Gila Tempe

Sila jangan salah faham dengan tajuk entry di atas. 


Anak dara aku tu ha.. Suka benar dengan tempe. Lagi2 lah tok mak dia mmg pengusaha tempe, ape lagi dapat makan tempe free, suka dia. Tapi tidaklah selalu. Bila mana dia nak je dia akan mintak n makan.





Tempe yang belum dimasak atau belum digoreng lagi dia suka makan. Makan begitu sahaja. Jangan risau, tidak akan sakit perut. Kacang tempe tadi sebelum dibungkus sudah pun direbus sampai masak. So tiada istilah risau anak sakit perut. 


Aku pun tak pasti sejak bila Dhia suka makan tempe ni. 


Ada 1 hari tu nak ajak dia balik, asek lah bising "Pepee.. Pepeee" (baca = tempe). Mula2 mmg tak paham ape benda yang dia cakapkan. Tanya mak aku, mak aku kata "Oh dia nak tempe la tu". Mak aku ambikkan sekeping, terus dia makan. Siap cakap "Dappp dappp".




Anak n cucu jawa lah katakan. Mmg lidah pun suka makanan berunsurkan jawa ni. Aku pulak lagi suka tempe goreng. Kalau buat masak lain aku tak berapa suka. Suka yang digoreng n dicicah pulak dengan sambal kicap. Mmg terangkat! 


Ok balik nanti boleh lah angkut tempe beberapa keping n bawak balik digoreng. Lama dah tak makan tempe goreng. :)

3 comments:

jaja_NorLiza said...

akak masa besar2 ni baru kenal tempe...kesian kan??? hehhe...mmg sedap tempe goreng + sambal kicap...goreng ngn ikan bilis pon sodap!!!!

Deqna said...

wah dhia makan gitu jer....
bagus apa makan tempe ni byk khasiah dia.. org kata awet muda gitu... tapi marissa tak makan tempe... jenuh lah jugak kasi dia makan tempe goreng, tapi dia takmo..

Zie Madini said...

uiii...unik minat makanan dia. tempe tu. tak pernah tgk budak suka mkan tempe taw. heheheh.

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers