Followers

Thursday, 5 September 2013

Selamat Bertunang Suraya

Lama dah terperam cerita ni. Takpe kite slow slow ye. Lambat ke cepat janji ada. Hehe

Ok ni cerita pertunangan kawan sekolah merangkap kawan sekerja jugak ni. Majlis berlangsung masa minggu kedua raya, hari Ahad 18.8.2013. Sebelum pergi ke majlis tu mmg sibuk la berwechat dengan Sal, Anom n Zila nak pergi pukul berapa. Lepas tu bz pulak call Nazima. Susah nak deal dengan Nazima time tu sebab henpon dia rosak mase tu so tak dapat nak sms ke wassap ke wechat ke. Tunggu je panggilan dari dia. Tu pun nak dekat tengahari baru dia call. Ber sms pulak dengan budak Yod tu deal pukul berapa semua sbb mmg nak pergi saing saing.

Pung pang pung pang ye ye ooo je cakap nak gerak pukul 2 dan sampai ke majlis tu 2.30 ptg. Tapi janji melayu, ko percaya ke sharp sharp pukul 2 kitorang gerak? Nehiiii ok.. Pukul 2.45 kot baru gerak? Dah lah nak pergi beraya sekejap dekat rumah Yod tu dulu sebab dah alang alang. Balik majlis tu kang budak budak lain nak pergi open house.

Sampai rumah Yod pukul 3 jugak rasenye. Aku tak ingat tapi yang pasti mmg lambat. Beraya la sekejap kat rumah dia. Eh, bergambar jugak ok. Aku ni jangan dipelawa diajak bergambar mmg laju je. Aku tidak mampu untuk berkata tidak kalau ada orang ajak bergambar. Hewhewhew

Dimulai dengan budak moody pada hari itu. Ni mase ni dia ok lagi mood masih ceria lagi. Mase ni dekat rumah Yod.

Dia ni mmg trademark dia kalau bergambar pis manjang takde lain

Gwiyomi ke ape ni?

Pis lagi

Kakak muke sangat tak boleh bla taw, Danial merimas orang pegang dia sebab bawah ada karpet bulu.. Haha

Anom, Zila, me n Sal

Again.. Amboi kak rambut pelesu dah nampak mcm rambut ori dah.. 

Sampai ke rumah Suraya dah lewat kot? Rombongan pun dah sampai dah.. Dah sarung cincin semua. Suraya pulak tengah bergambar. Mmg lambat la kitorang sampai gamaknya. Tapi takpe asalkan sampai jugak ke majlisnya. Sampai sampai je terus gelojoh semua nak bergambar. Sabo je la aku tengok perangai sorang sorang. Haha yang cakap ni pun sama je padahal bawak 2 anak tu. :p

Tema tunang kaler pink. Mase tu Anom pun pakai baju yang sama warna dengan tema baju Suraya, asek kena bahan je la dengan kitorang "Kompius aku sape yang bertunang ni??" Wahahaha Nom, pastikan nanti mase kawen jangan nak ikut tema. Ko tu da la baju semua vouge the vas, kang tetamu kompius pulak mana pengantinnye. Hahahahaha

Pasangan yang bertunang.. Suraya dan Fairull Azmi..
Ikat pertunangan tak lama pun pasangan ni, bulan 11 ni kahwin la mereka. Masa mula mula aku tahu mereka ni bercouple, serius terkejut ok. Sebab kami mmg sama baya, 1 sekolah pun. Sebab tak sangka sangat masa sekolah rasanya mereka ni takde lah berkawan rapat ke ape ke kan. Atau mmg berkawan tapi pandai sorok tu aku task pasti la. Tapi dari kata kata Suraya, dia cakap baru je lagi bercouple. Kalau dah jodoh, tak ke mana ye tak? Mcm la ramai orang yang tak percaya aku kawen dengan suami aku. Kami 1 skola jugak dulu siap ber secret admire bagai tapi mmg tak pernah bertegur sapa. Masa jadi secret admire tu mmg suami aku tak tahu pun sape aku. Bila dah kawan n dah bercinta, aku cerita dekat dia ada terima surat tak dari aku dulu, dia terkejut n cakap aku rupanya ingatkan sapa. Dia kata dah baca je dia buang. Sampai hati. Sobss. Ye aku yang bagi surat dekat dia lepas tu sign bawah surat tulis "secret admire". Mmg la dia buang surat ko. Hahaha. Dia siap cakap kalau aku tulis nama mesti dia cari siapa aku dan mesti lepas SPM terus kawen. Bengong gile. Hahahahaha!! Tup tup jadi suami aku. Ramai laa kalau budak budak sama sekolah yang tak tahu kami da kawen n nampak kami akan kata "dia ni laki / bini ko?" Hehe jodoh itu rahsia Allah..




Hantaran aku lupe pulak nak tanya dan lupe jugak nak kire ada berapa dulang n berbalas berapa dulang, Tapi aku ada amek gambar hantarannya cuma tak pasti amek semua hantaran ke tak? Eh bukan aku yang amek gambarnya.. Budak budak ni yang amek. Aku mintak dari diorang je ni. Aku kan ibu 2 orang anak, bz dengan anak anak. Kawan kawan aku tu semua bujang lagi belum kahwin. Oiii cepat laa sikit makan nasi minyak tu, baru aku ada geng bawak 'beg tangan'.. Kehkehkeh


Aku yang bz bagi Danial susu.. Kena isi minyak dulu kalau tak dia mengamuk.. 

Yod, Suraya, Anom n Zila

Mase ni aku bz bagi Danial susu.. Dhia rilexx je dengan kawan kawan aku.. Dia mmg tak takut orang pun.. 

Yeahhh kami semua..

Danial time ni Anom kot yang tolong pegang..

Gambar tuan rumah kena la lelebih sikit hehe

Lepas dah bergambar tu duduk kejap bagi susu dekat Danial. Lepas tu anak dara aku pulak buat perangai. Hilang jugak sabar aku mase tu. Nampak ferrero rocher atas dulang hantaran dia nak amek. Aku pujuk pujuk cakap nanti beli, eh tak jalan kau. Nak jugak dia kata. Asek tunjuk coklat tu. Geram je aku tengok ha. Pastu terpaksa la tebalkan muke mintak dekat Suraya. Amek sebijik je. Bila turun ke kanopi nak makan, dia buat perangai lagi. Aku syak dia time tu dah mengantuk. Jadinya semua tak kena la. Nak duduk atas kerusi, nak bukak kasut. Tapi lepas tu semua tak kena. Nak itu nak ini dah di bagi geleng kepala pulak. Mcm mana aku nak bersabar. Mujur je Danial ok mood baik je kawan kawan aku pegang. Kalau sama sama moody, mahu aku yang bertukar jadi godzilla.

Danial bersama auntie Nazima. Nasib baik adik elok je hari tu taw. Kalau adik pun buat perangai, terus ibu cabut tudung semua angkat kain baju tinggi tinggi sambil dukung dua dua sekali kiri kanan.. Haha
Danial pun sama tak takut orang, senang la pass je kat diorang..

Lepas itu ini tak kena, Dhia pun ape lagi, menangis la. Eh nangis je takpe ni siap sedu sedan dia mcm betul betul kena marah / pukul. Pujuk elok elok tak jalan, makin menjerit jerit pulak dia. Eh dengan ibu dia boleh dia buat mcm tu ye. Haa lepas dah hilang sabar, jalan la aku punya penyepit ketam ni. Makin menangisi la dia. Aku dah pujuk elok elok tak jalan kan. Mahu aku tak geram. Haizz Dhia tu skrg mmg menggeramkan skrg perangai dia dan kadang kadang boleh buat aku hilang sabar. Mcm mase tu lah, buat perangai dia tu.

Lepas dah siap makan semua, terus balik sebab diorang semua nak rushing pergi open house. Aku asalnya nak join tapi tak jadi sebab dah geram dengan Dhia. Tak sanggup aku nak join. Masuk dalam kereta je tak lama terus tidur anak aku. Danial dipegang Nazima. Betul la, mmg dia mengamuk buat hal sbb mengantuk. Balik tu singgah kejap rumah Nazima beraya sbb belum lagi beraya ke rumah dia.

Sampai balik ke rumah Dhia tidur. Dekat nak magrib baru bangun. Tu pun bangun tidur je nangis lagi buat hal. Aku perhati dia ni kalau tidur n bangun lewat petang sangat mmg mcm tu, dia akan mengaruk. Semua tak kena. Jenuh aku dengan ayah dia nak pujuk. Budak makin membesar mmg begitu la kan.. As a parents, kena la aku n suami banyak bersabar..

Eh tercerita pasal Dhia pulak.. Haha!!

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers