Followers

Tuesday, 10 September 2013

Kakak Dhia

Hari ni rase nak bercerita tentang Dhia. Sebab hari lahir dia kan around the corner. Nak menginjak umur 3 tahun ni mcm mcm dah perangai dia. Ada yang menggeramkan, mencuitkan hati, membuat aku selalu urut dada. Haizz kakak ni name je perempuan tapi lasaknya mengalahkan lelaki. Mahu taknya aku urut dada kan..

Dia skrg ni kuat betul menangis. Tak boleh kita silap sikit nanti mula la drama airmata. Kalau tidur pun sama tak boleh bagi dia tidur lama sangat terutama petang petang. Kalau dia tidur dah petang sangat, kena kejutkan dia sebelum 6.30, sebab kalau lebih dari tu dia mesti mengamuk dan buat hal tanpa diketahui punca. Huhu
Dah lama aku buat kajian ni (kajian sangattttt), aku perhati kalau dia bangun lewat lewat petang mesti dia akan mengamuk. Bukan setakat tu je, kalau dia tidur lama sangat melebihi 3 jam pun sama. Tidur siang ye. Kalau tidur malam dia mmg queen, tidur dari pukul 10 malam boleh jejak sampai 10-11 pagi keesokan hari. Fuhhh mcm mana nak sekolah mcm ni?





Sekarang ni dia suka follow apa yang aku cakap atau marah dia. Dia akan pratikkan dekat adik dia pulak. Amboii bukan main lagi. Kadang kadang geli hati aku tengok. Mcm Ahad semalam kan aku tak keje kan. Dia panjat panjat meja. Aku dah pesan turun nanti jatuh mcm mana. Dia cakap "tak tak jatuh".. Lepas tu tak cukup tu, dia lompat lompat pulak. Bergumbira laa dia lompat lompat atas meja tu kan. Aku lirik je dengan ekor mata ni dia siap cakap "bestnyaaa bu". Lepas tu aku dah malas nak layan, aku sambung main candy crush. Tibe tibe dengar something jatuh diiringi tangisan. Kan dah kate jangan jangan tapi dia buat jugak, itu laa dapatnye. Terus aku pergi dekat dia, dukung dia, aku kata "haa kan dah kena dah kan.. nak lagi tak? nak buat lagi??". Sambil menangis sambil geleng kepala dan cakap tak nak. Tapi aku tak percaya pun. Dia tu insafnya sekejap je, nanti sakit dah hilang dia buat lagi perangai yang sama.
Ok lepas dah ok tu aku pergi laa dapur nak buatkan susu adik dia. Dah pesan tengokkan adik kejap taw kakak, ibu nak buat susu adik kejap. Dia angguk kepala je. Tengah kat dapur tu tiba tiba je dengar dia marah adik dia. "haaa kan dah atuh.. nak uat agi tak?".. Amboiiiii dia tuuuu follow ape yang aku marah dia.. Aku ke depan bawak susu adik dia je dia mengadu cakap adik dia panjat berdiri dekat sofa n jatuh. Tapi adik dia tak nangis pun. Baru nak belajar berdiri, tak dapat berdiri dia tergolek la. Yang tak tahan dia nak marah adik dia ikut sama mcm aku marah dia. Mase aku ke depan tu dia siap bercekak pinggang dekat depan adik dia. Kakak ni dah menunjukkan ciri ciri kakak yang garang taw.

Ade lagi cerita lucu. Minggu lepas laa kot. Nak makan malam time tu. Dah siap masak semua ni aku hidang tinggal nak makan. Dhia tengah sibuk tengok kartun. Danial aku letak dekat walker then aku suruh husband makan dulu. Tak lama si Dhia ke dapur. Dia tengok ayah dia dah makan dulu. Boleh dia marah ayah dia "ayah ni dah akan dulu plak".. Ayah dia cakap laa kakak lambat kenapa ayah makan dulu lah.. Lepas tu dia cakap "ace o'a (doa) dulu arrr".. Siap suruh kami tadah tangan. Bila dah tadah tangan je, dia bersungguh dan begitu konfiden nak bace doa makan.. "Bismillahhirahmannirahimmm".. Lepas tu dia sambung "ABCDE....." Hahahahaha!! Aku sambil taip pun boleh tergelak ni bila ingat balik. Adoii lawak betul.. Punya laaa konfiden ni nak baca doa siap dah marah ayah dia, sekali boleh ABC pulak.. Lepas tu bila dia tahu dah silap bace, boleh pulak dia sebut "eh" siap buat muke terkejut sebab dah rase salah dan terus dia amin.. Hahahaha lawak la ko kakak..

Kalau bab amek gambar, dia dah pandai dah sekarang. Tapi bila dah pandai ni, kejenya asek nak amek gambar orang je sampaikan folder dalam phone aku ni penuh dengan gambar gambar yang tidak penting. Ada gambar kaki lah, tayar kereta lah, kucing lah. Hari hari keje aku memadam gambar gambar yang tidak sepatutnya je.




Sekarang ni sikit sikit membodek ayah dia. Sebab tiap petang balik keje ayah dia akan bawak dia main dekat taman permainan dekat kolam panas sana. So dia mmg berbaik baik dengan ayah dia je skrg. Kalau ayah dia balik keje je mesti ajak main taman. Nasib baik dekat je kan taman tu. Bila dah membodek ayah dia je, dah tak menjaga perasaan ibu dia dah. Kami suami isteri ni mmg suka bergurau kalau dekat rumah tu. Suami aku plak suka menyakat aku. Kang aku menjerit jerit laa kan, Dhia tengok je lepas tu aku pura pura nangis dan cakap "tak nak kawan ayah kan kakak", tapi dia bekap ayah dia baik punya, dia pergi dekat ayah dia siap peluk leher ni n cakap "jangan kawan ibu".. Pppffftttttt

Last week jugak masa pergi warung nak makan malam, kira ngeteh la kan. Aku order teh tarik. Dia sibuk nak jugak. Ok bagi dia minum. Aku nak pegangkan dia tak bagi, nak jugak pegang sendiri. Lepas tu ntah mcm mana masa nak letak cawan tu semula letak atas meja, dia tersalah letak kot, terus tumpah kena dia. Muka mula mula takut. Takut kena marah. Lepas tu tak lama baru nangis sebab panas. Nasib baik teh tarik, kira tak laa panas sangat. Dah lepas tu aku terus bukak seluar dia sebab takut kot kot merah ke apa sebab walaupun air tak berapa panas, still worry. Ok tak merah, tapi tak pakaikan semula seluar sebab basah. Baju pun basah jugak tapi takkan nak bukak baju kan? So baju biarkan je dia pakai. Lepas dah pujuk pujuk baru ok. Dah diam dari menangis tu dia mintak phone. Ok aku bagi sebab ingat nak main game ke ape kan. Daripada nak dengar dia bising, aku bagi je. Tapi rupenya dia bukak kamera lepas tu pass bagi aku "bu amek gambo kakak". Pppfffttt aku cakap nanti laa kat rumah, eh nak nangis plak. Ok la ok la meh sini ibu amek gambo kakak. Bila hala je kamera, ewahh buat aksi kengkonon nangis laa merajuk la. Sangat tak boleh blaa taw kakak ni. Ada ada jeeee peel dia ni. Lepas dah capture gambar dia sibuk nak tengok lepas tu cakap "tengok ni kakak nangis" siap geleng geleng kepala. OMG kakak kakak.. T___T




Tolong laa jangan percaya dengan gambar gambar dekat atas ni. Nampak tak baju dia dah kena air teh. Habis setengah cawan jugak air teh aku. Nasib baik ada lagi saki baki setengah cawan. Ni dia berlakon dan buat semula aksi dia menangis masa tertumpah air teh tu. Tak caya tengok pulak gambar bawah ni...

-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-


Mane ade orang menangis siap buat pis??

Pejam celik dah besar dah anak ibu ni. Sekejap je dah menginjak 3 tahun. Tak lama lagi, sekolah dah. Alahai baby besar ibu dah makin big big girl. Rindu dia mase baby.. Ibu sayang kakak sangat sangat.. Love u so much kakak!

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers