Followers

Thursday, 12 September 2013

Selamat Menempuh Alam Pertunangan Mimi, My Cousin

Awal bulan hari tu majlisnya. Mula mula dapat tahu nak tunang mase tu raye lagi kot. Lepas tu tak pasti lagi free ke tak mase tu kot kot ada sedare belah suami kenduri ke ape ke kan, susah jugak. Dah last last minit baru dapat putuskan pergi ke sana.

Sebelum ke jb, aku bermalam dekat Mersing, rumah abang suami aku. Pergi 1 family suami. Abang dia tu komando, duduk dekat Kem Iskandar Mersing nun. Perginya Jumaat malam lepas maghrib. Kelam kabut ok mase tu sebab pagi tu aku keje mcm biasa, around 10 pagi mcm tu suami aku call. Dia tanya nak join tak family members dia pergi rumah abang Is. Aku cakap la kenapa tak bagitahu awal awal, aku dengan tak packing apa apa lagi sebab kan asalnya nak bertolak ke jb hari Ahad pagi. Ini tiba tiba je call cakap balik keje lepas maghrib nanti pergi Mersing. Mula mula malas nak pergi tapi akhirnya pergi laa jugak sebab nanti dari Mersing je aku ke jb terus, da dekat da tu so ok la tak penat sangat nanti.

Pukul 8.30 malam gerak. Pergi malam merdeka kan, nice sangat. Jem dekat area bandar sana. Singgah makan dekat Parit Raja. Berhenti makan je dah 1 jam. Sampai Mersing sana dah lebih pukul 12 kot? Tuan rumah pun dah mengantuk dah menunggu kitorang sampai. Anak anak pulak dalam kereta lagi dah tidur dah. Senang angkat je naik letak atas tilam sambung la nyenyak dibuai mimpi. Tapi anak anak buah yang lain pulak sebab dah kenyang tidur dalam kereta, terus bangun dan tak tidur tidur sampai 5 pagi. Budak budak ni dah ramai ramai mana ingat nak tidur. Pulak tu dah tidur dalam kereta kan. Boleh pulak orang lain bangun solat subuh, budak budak ni baru nak tidur. Tu pun tidur pukul 5, pukul 8 dah bangun. Pening aku tengok budak budak ni.... Mujur anak anak aku tidur dari dalam kereta tu sampai pagi esoknya pukul 9 pagi baru Danial bangun. Dhia pulak dekat pukul 10 baru bangun. Dia tu kat mana mana pun tidur mmg akan bangun lambat.

Kat rumah abang Is tak buat apa apa aktiviti pun selain makan, tengok tv, makan tengok tv. Mula mula dah rancang nak pergi mandi pantai bawak budak budak ni tapi apekan daya cuaca pulak agak mendung dan ubah plan nak pergi pantai waktu petang. Tapi dah lepas makan asam pedas ikan merah, semua terus laytan mate. Masing masing ketiduran. Aku je yang tak tidur. Mcm mana nak tidur.. Waktu Danial dengan husband tidur, Dhia pulak tak tidur. Puas dok pujuk tak jugak tidur. Susu dah 2 botol minum pun masih tak nak tidur. Sibuk dengan sepupu sepapat dia tu semua. Bila Dhia dah tidur, Danial pulak bangun. Waktu tu pun dah dekat asar dan semua orag dah bangun, ape ke hal aku nak tidur pulak? Sangat tak bertatasusila nanti pulak. Bila masing masing dah bangun, ehh terus bersiap nak balik pulak. Tak jadi mandi pantai. Kecewa. Tapi aku ok je sebab kami tak terus follow mereka balik, kami terus ke jb.

Sampai jb dalam pukul 8.30 malam gitu la. Tu pun tak tahu nak pergi rumah kakak aku ikut jalan mana. Waze pun tak membantu. Hahaha. Last last call husband akak aku soh pikap dekat pandan. Dokat joo pandan dengan rumah dia kat kampung melayu majidee sana. Malam tu pukul 11 sempat lagi keluar pergi bazar karat jb balik pukul 2.30 pagi. Phewwww!



Mase tunggu suami kakak aku datang amek kami dekat Pandan. Kasi budak dua ni duduk atas bonet. Danial happy je tengok kereta lalu lalang. 

Kenapa begitu panjang mukadimah aku? Lari sangat dengan tajuk..

Esoknya aku bangun pukul 10 pagi. Ko mampu menumpang rumah orang bangun bila matahari dah terbit?? Serius aku penat gile sebab bila sampai Mersing tu aku tidur pukul 2 pagi jugak la borak dengan diorang semua lepas tu esoknya 6 pagi dah bangun dah. Siangnya pulak tak dapat tidur, malam sampai jb pulak berjalan sampai 2.30 pagi. Gitu gini dekat 3 pagi baru tidur. Mahu tak penat + sedap aku tidur sampai terlajak pukul 10 pagi. Nasib baik anak anak pun memberi kerjasama jugak tidur sampai pukul 10.30 pagi.

Mak aku pulak dah berkali kali call aku tak dengar. Hahaha. Mak aku dah sampai rumah makcik aku dah pun, aku pulak baru nak bersiap. Sangat laaa menepati masa. Hahaha. Tapi takpe asalkan majlis tak mula lagi i is ok je datang lambat dan lebih lambat dari mak yang bertolak dari kampung tu. Hewhewhew

Sampai sampai je salam salam semua terus makan. Sangat senonoh perangai adik beradik. Kahkah. Ye la, dah tengahari kot mesti laaa laparrrkan nasi. Lauk pulak banyak dan semuanya sedap. Walaupun sebelum tu dekat rumah akak aku dah makan roti canai dengan nasi goreng, makan tetap makan. Karang rombongan dah datang, dah tak feel nak mengadap makanan sebab aku kalau makan mmg agak lama. Sebab tu kat rumah pun mcm tu, suami aku dah habis makan, aku masih lagi menyuap nasi ke dalam mulut. Mungkin aku mengunyah 40 kali?

Danial masa ondaway pergi rumah makcik aku ni dah ketiduran dalam kereta. Angkat bawak masuk pun tak sedar. Bagus. Senang mak ko nak makan. Letak dekat depan pelamin sebelah dulang hantaran. Tak lama pastu dia bangun laju laju dia nak capai dulang hantaran tu semua. Mujur sempat aku selamatkan.. 

Dhia yang captured gambar ni.. Wafia tak keruan.. Bonda ko over kan.. 

Ni pun Dhia yang captured. Ucu dan auntie I.

Rock bebeh

Siap makan terus lepak di luar di beranda rumah. Dekat dalam dah penuh dengan saudara mara yang lain. Duduk luar ok sikit dapat angin sepoi sepoi bahasa. Tak lama lepas tu hujan turun kooo uolls.. Wahh nikmat sejuknyaaaa terasa. Tapi kesian dekat rombongan yang baru sampai, kena bawak payung n pergi ke kereta amek ahli rombongan 1 by 1. Susah laa kan sebab bawak dulang hantaran lagi. Nasib baik hujan tak lama lepas tu renyai renyai je. Kalau lebat menggila mmg susah la. Tu pun habis lauk pauk atas meja dekat kanopi tu kena tempias hujan, kena alihkan ke meja tengah.

Sepupu kupu kupu

Danial buat hal sendiri je. Pinjam toys orang padahal ade same toys mcm tu. Biase la, kalau hak orang tu yang dia lagi suke. 

Dah pakaikan baju singlet pun dia berpeluh peluh. Naik rashes semua. Dia kan tak boleh panas atau peluh sangat, karang naik la ruam ekzema dia tu. Aku mmg siap siap standby ubat dia dekat dalam handbag.

Tetamu yang datang. Mase ni hujan belum lagi turun.. Wafia gendutt nak pegi mane tuuuu?

Kami sefamili lepak tepi ni je

Rase nak lempang muke aku?

Ok sile la lempang T_____T

Siap bawak bekalan ubatan, pempes, bedak, bubur n wet tissues kat dalam bakul tu..

Budak zaman skrg, kecik kecik lagi dah pandai tengok video dekat henpon.. 


Masa perbincangan tengah dibuat, aku mmg dekat luar je. Lepas hujan dah teduh, terus aku duduk sama dengan husband dekat kanopi air. Pandai laki aku cari port lepak ye, agak haus tinggal capai cawan n tuang air. Dah bosan, amek la gambar. Anak dara aku mana boleh nampak, dia kan nak jadi photographer. Ok la sayang amek la gambo gedik ibu bersama auntiemu.. Layan yeh gambar gedik kami.. Semua ni Dhia yang captured. Kami layankan je dia nak amek gambar kami..

Eh ni aku yang captured

Ini pun aku jugak.. Danial suke sangat tengok boboiboy.. Agak agak kalau kat kedai makan dia dah start nak meragam, bukak je video boboiboy kompem senyap dan tekun dia tengok sampai habis. Video alifbata, the animal songs dengan twinkle little star pun dia suka jugak.

Dah besar dah anak bujangku.. Bulan depan dah 1 tahun.. 

Start dari gambar ini mmg Dhia yang amek semua.. 

Amboii bkn main lagi pandai Dhia amek gambar angle cmni.. Boleh buat cover novel ni.. Muahaha

Ko nampak tak aku birah senyum dekat blkg tu? Aku pikir Dhia nak amek gambar aku, rupenye tidak.. Pppffftttt

Senget pun senget laaa janji ade

Ibu belum nak sedia lagi dia dah captured dah

Pandai sangat Dhia amek gambarrrr.. Holoh pandai pun lakiku senyum.. Ni muke asek nak masam je manjang kalau amek gambar dah lagak mcm taiko tai.. 

Ibu : Danial tengok depan tu kakak nak amek gambarrrr
Danial : Saye bkn mcm ibu..  (- -')

Ini semua poyoooooo!

Gerammmmm dengan awakkkkk!

Poyoooooo 2

Aawww feeling ayu sangat posing cmni.. Puiiii

Dah dah, penat dah.. Posing senonoh sikit.. 

Uncle kesayangan Dhia yang poyoo jugak
Ahli rombongan, sedara mara dan tetamu yang hadir.. Mujur hujan dah teduh..

Lepas rombongan dah balik, aku amek kesempatan makan lagi. Haha makan nasi impit pulak dengan kuah rendang. Sedap nomnomnom makan sorang sorang tak pelawa sesiapa. Haha elok sungguh perangai. Siap makan ajak pulak yang bertunang tu amek gambar same same. Aaawww serahkan je pada kami kalau bab bab bergambar ni, kami relaaaaaa jee..


Eh eh ni kenapa? Tidak mahu publisiti? Mahu belajar dari ibumu?? 

Nak mintak makan penampar barangkali

Ok dah get ready jom layan gambar gedik kami lagi.. Hewhewhew



Tak cukup dekat luar, moh le kite masuk dalam pulak amek gambar dekat atas pelamin mini pulak ye..



Ok ini mmg gedik betul.. Nasib baik Dhia maintain cute di tengah tengah.. Tertutup la sikit kegedikkan ibumu itu.. Haha
Habis majlis je kami balik la. Kakak aku dekat je la baliknya kan. Aku dengan family aku je yang nak menempuh perjalanan yang jauh. Sampai uma pukul 8 kot sebab sempat menyinggah makan malam sekali. Dah penat menguasai diri, malam tu tidur mmg lena betul tak sedar. Anak anak aku pun sama nyenyak betul tidur takde mintak susu ke ape.. Esoknya keje plak tu. Phewwww!

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers