Sabtu 7 September yang lepas majlis kahwin ni berlangsung. Pagi tu aku keje mcm biasa tapi pukul 1 dah punch balik dah. Siap siap dari rumah pakai baju kurung. Tak pernah pernah aku pergi keje pakai baju kurung selain hari Jumaat.
Pergi dengan Sal la siapa lagi. Aku ni kawan boleh dikira je. Kawan mase sekolah dulu pulak semua lelaki sebab dulu sekolah sekolah aku tak berapa nak campur kawan perempuan sebab zaman aku dulu budak perempuan ni sikit sikit nak merajuk lepas tu tak kawan tak kawan. Eh tak kuasa la pulak aku kalau dah merajuk dan nak memujuk. Tak semua la ye, tapi mmg itu hakikatnya. Sbb tu aku lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan. Tapi bila dah kahwin ni, lost contact dah dengan kawan kawan lelaki aku.
So kawan perempuan aku mmg boleh dibilang dengan jari. Aku berkawan dengan Sal sejak tingkatan 4 lagi. Terus menjadi rapat dan sangat rapat. Dan nak dijadikan cerita, keje pun 1 company tapi lain opis. Walaupun begitu masih lagi di dalam kawasan yang sama, selalu lunch bersama dengan sorang lagi kawan, Anom. Kesian sangat orang mcm aku ni kan yang kekurangan kawan. Nasib baik dah kahwin, so takde rasa forever alone bila kurang kawan ni.
Ok melalut sangat dah ni.
Sampai ke rumah Famizza tu mmg aku tumpu pada meja makan dahulu. Lapar derrrr.. Sambil makan sambil mata pandang kiri kanan depan belakang, takde pulak kawan kawan sekolah yang lain. Lambat ke atau dah balik barangkali. Sedap lauk ayam masak merahnya. Tapi aku amek seketul je, nak amek lagi rase segan walaupun meja lauk tu belakang aku je boleh capai dengan tangan. Tapi sangat tak senonoh kalau capai pakai tangan je tanpa perlu angkat bontot. Jadi abaikan untuk menambah.
Siap makan baru kite naik ke atas rumah cari bilik pengantin. Owh pengantin dah siap dah pun. So sweet kombinasi warna pink dan biru. Pelamin pun cantik. Hati aku terus berbunga bunga. Ada harapan nak menggedik atas pelamin cantik itu. Hahahaa dasarrrrr :p
Layan je gambar kat bawah ni, biarkan gambar yang bercerita walaupun gambar adalah tunggang terbalik, lantak sana...
Pengapit adalah rakan sekelas jugak, Izzati. Pun dah lama tak bersua muka. Makin cantik masing masing ye. Cuma bila kahwinnya tu tidak laa dapat dipastikan.. :p
Bila dah puas menggedik, mintak diri untuk pulang sebab mak aku dah call suruh balik cepat sebab mak aku pun dapat jemputan dari tuan rumah yang sama. Anak anak aku kan mak aku yang jaga, sebab tu mak aku suruh balik take over pulak. Kat rumah tu anak anak aku bukan nak sangat dengan adik adik aku.
Salam dekat mak pengantin, mak pengantin tanya nama aku sebab katanya familiar mukaku ini. Aku dah bajet dia bace blog aku *tolong laa jangan perasan ko femes sangat, puiiii*
Jokes! :p :p :p
Aku cakap duduk kat mana dan nama mak ayah aku, terus je mak pengantin sebut nama penuhku. OMG makcik kenal saya?? Ye begitu sekali reaksi aku sebab makcik tu boleh kenal aku dan dapat menyebut nama penuh aku dengan betul, Wan Juwati. Ramai sangat orang keliru sebut Wan Juwita. Hello, selalu sangat terbalik kedudukan huruf I dengan A tu. T_______T
Bila nak melangkah ke kereta, ternampak pulak kelibat sahabat lama yang mmg dah lama tak jumpa. Terus gedik nak amek gambar dekat situ jugak. Sangat gamble dengan tetamu lalu lalang memerhatikan gelagat kami. Takpe aku mmg tak kisah pun orang nak pandang sebab dah biasa sangat dah diperhatikan begitu kalau bergambar.
Rindu uolls sangat taw! Berdoa saja lepas ni kita boleh berjumpa lagi dan akan melepak bersama lebih lama lagi. Muahhhsss!!
Untuk pengantin, selamat pengantin baru didoakan untuk kalian. Selamat melayari alam rumahtangga yang sebenar.. Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin. ;)
No comments:
Post a Comment