Followers

Monday, 2 September 2013

Hari Raya 2013 : Marhaban

Hari raya ke-5 & ke-6 tu kampung aku buat marhaban untuk kaum kaum ibu atau kaum wanita. Aku masuk tahun ni dah 3 kali dah joint marhaban ni. Best sebab pergi ke setiap rumah dekat kampungku. Makan sedap sedap. Mmg gembira perut aku sepanjang bermarhaban tu. :p

Marhaban tahun ni buat 2 hari sebab sepanjang 2 kali aku pergi sebelum sebelum ni, masa mcm tak mencukupi kalau buat 1 hari. Tapi ok je bagi aku kalau buat 1 hari. Sebab mcm penat sangat buat 2 hari. Awal pagi lagi aku dah bangun sebab rumah aku adalah rumah yang awal awal jugak akan dinaiki kumpulan marhaban. Bancuh teh o je 2 jag besar. Yang lain aku just letak soya kotak dengan air gas. Ko mampu pagi pagi hidang air gas untuk tetamu? Hahaha

Ikut pengalaman aku selama 2 tahun aku ikut kumpulan marhaban tu, aku perhatikan diorang ni tak makan / minum sangat. Ko paham paham la, perempuan kan mana nak makan banyak sangat. Cukup sekadar merase. Ingat 1 hari tu ko makan dekat 1-2 rumah je ke? Blok kampung aku ada lebih dari 40 buah rumah (kot?) :p
Tak ingat lah sebab aku pun baru duduk situ tak sampai 4 tahun. Nanti lepas dah jejak 10 tahun aku mahir lah kot. Mungkin mase tu jugak aku siap hafal nama orang orang kampung. Buat mase skrg masih belum lagi kenal semua orang kampung tu tapi semua orang kampung kenal aku. Nampak tak kat situ? Hahahaha

Sudah, hentikan kepoyoan ini semua. Ayuh aku share gambar masa kejadian tersebut. 2 hari marhaban aku buat dalam 1 entry sebab aku malas nak pecah pecahkan. Lagipun banyak lagi gambar terperap dalam draft tu. Aiyoo bila ada idea nak mengarang, gambar takde. Bila gambar punyalah banyak, mood pulak malas memanjang. Ini bukan penangan mabuk mengandung ok.

Dhia dah excited dah bila nak pergi berjalan raya sebab dia mmg suka kalau ada orang hulur duit raya. Bila kita cakap nak pergi beraya, dia akan cari beg dia tu dan terus dipakai sebab dia tahu raya tu adalah masa untuk mengumpul duit. Amboii kecik kecik lagi dah pandai ni. Cuma yang seronoknya dia ni sebelum ke selepas orang dah bagi duit, dia akan salam tangan dan cium lepas tu dia akan ucap terima kasih.

Tq Dhia amekkan gambar ibu

Baru bangun tidur, mood belum nak sampai lagi

Tak kasi peluang langsung ibu nak bergambar sensorang

Asalnya tak nak bawak anak dara kecik ni. Mase aku bangun mandi tu dia masih tidur. Sebelum orang marhaban tiba ke rumah aku, ada lagi 4 buah rumah untuk dinaiki. Tu aku follow lah sekali pergi ke 4 buah rumah tu. Tu yang bila sampai turn rumah aku, aku balik je dia dah bangun dah siap mandi tapi berbaju basahan. Bila dah nampak aku, takde can kalau dia nak duduk rumah dengan ayah dan adik dia. Tu yang salinkan baju dia dan bawak dia. Dia dah besar, senang jugak kalau dibawak cuma kemanjaan dan mentel sangat. Suruh pakai kasut biasa tak mahu, sibuk jugak nak pakai kasut raya dia yang #susahnakpakaikalaudahbukak. Jadinya keje aku ni bila keluar dari rumah orang, nak menyarung kasut dia je. T_______T




Gambar di atas ni semua Dhia yang snap. Best sangat dah boleh diharap suruh amekkan gambar. Bergembira laa ibu lepas ni. Maklum je laaa ye.. Hehehehe


Dengan kakak sepupunya, Hani. Kenapa buat muke begitu kak?

Gwiyomi


Marhaban hari pertama ni pukul 3.30 kot baru habis. Kira awal jugak laaa.. Petang tu ada masa lagi untuk berehat rehat. Penat tapi seronok. Perut lagi laaa terlebih seronok. Kahkah.. Tapi lepas tu menangis di depan cermin bila tengok perut. Mcm ibu mengandung 3 bulan. T_______T

Eh ada lagi gambar hari pertama marhaban. Tengok gambar je la ye. Ni pun aku curi curi masa mengupdate. Kalau tak sampai ke raya tahun depan pun aku tak cerita lagi tentang marhaban raya tahun ni.



Ni pun Dhia yang amekkan gambar. Ada senget senget ke takpe laa kot. Ini proses pembelajaran. Yang pasti dia dah pandai nak tekan capture. Sukeeeenyeeeeee ibuuuu!! (Nampak sangatttt gembira punya makna)


Dhia dengan mama, birasku..




Geng marhaban. Semuanya suka bergambar. Biarkan mereka mereka yang meluat melihat telatah kita asalkan kita gembira dan tak kacau mereka. Haha. Bawah tu ketawa sakan sebab dah senyum dah posing cantik sekali ada orang lalu depan kami dengan slumbernya. Mahu tak gelak. Tapi aku tak la over sangat ketawa tu kan. I kan forever sopan.. Hehehe





Kalau disuruh bergambar dengan sepupu dia ni mesti nak peluk peluk. Tengok la orang tu nak betulkan seluar dia pun dia pedulik hape. Tapi bila bergaduh atau berebut toys, nak tercabut jantung aku ni kadang kadang. Cousin dia ni pun boleh tahan jugak suka menyakat. Yang disakat pulak tu mentel, kang sikit sikit nak menangis.

Settle hari pertama.

Hari kedua marhaban sama jugak mcm hari pertama tu. 8.30 pagi baru start. Oh hari kedua bertambah tambah lemak badan. Mahu tidaknya, hampir semua rumah bagi makanan. Takde yang just hidang kuih raya je. Semuanya makanan agak berat. Dan kau mmg tidak mampu untuk berkata tidak makan sebab semuanya sedap sedap. Sebut je nak apa, mee kari, nasi goreng, mee goreng, mee sup, tom yam, soto. Paling best ada 1 buah rumah tu siap order kfc ok. Berebut rebut orang makan. Aku tak la rebut, dah biasa makan kfc dah. Berlagak betul statement padahal masam masam muka sebab dapat seketul je. Yang kelakar siap ada orang tu panggil anak dia datang sebab ada kfc. Dah siap makan dia suruh anak dia balik. Hahahaa

Dah takmo menceceh lagi, layan je gambar. Otak dah tepu nak menaip apa.


Bini orang ni kalau aku tak ugut dia, bukan dia nak ikut marhaban ni. Hari pertama dia tak follow. Hari kedua dia follow pun time tu dah dapat 10 buah rumah kot. Rumah mak dia sebelah rumah aku tapi payah gile nak jumpe kalau dia balik kampung. Dia skrg duduk Jempol dengan suami dia.

Farah, kalau ko baca ni aku nak ko tahu walaupun aku selalu kacau ko ke panggil ko Gogeng ke, tapi aku sayang ko. Sayang sebagai seorang sahabat. Walaupun usia perkenalan kita tak begitu lama (2006-2013) tapi aku harap ko menghargai persahabatan kite ni. I sayang u taw beb! (Panggilan Gogeng tu ada sejarahnya.. Hehehe kan Farah kan??)


My biras dengan my mom in law. Budak Puteri pun sibuk nak interframe. Takpe Put, meh sini Cik Yan amekkan gambar kau sorang..


Lebar senyuman bila aku offer nak amek gambar dia. Budak ni kuat berangan ok. Kalau tengok music video siap boleh nyanyi nyanyi dengan tangan menggayakan kengkonon pegang mikrofon. Muka pulak feeling gile mcm dia yang betul betul nyanyi high pitch. Belum lagi ko bukak kamera papa dia. Semua gambar dia berangan sendiri amek gambar sendiri. Feeling ayu. Kelakar taw ko ni Puteri..


Nak capture sendiri guna kamera belakang sbb kamera depan adalah sangat tidak terang. Sebelum capture siap tanya orang depan ok tak, nampak tak, senget tak. Sengal bukan? Suruh je laa orang depan tu amekkan gambar kan senang.. Orang yang ditanya pun takde offer diri nak amekkan acaner? Hahaha


Yang ni orang depan tu yang amekkan gambar sebab aku yang suruh. Tu pun sebab gambar aku capture kat atas tu senget. Mulut siap bercakap. Time bercakap boleh plak aku tekan butang capture tu. Tu yang jadi gitu. Pinjam anak orang sebab tak bawak anak sendiri. Lupa nak bagitahu yang marhaban hari kedua ni aku tak bawak Dhia. Tinggal je dengan ayah n adik dia kat rumah. Aku sms suami pukul 10.30 pagi pun kata Dhia tak bangun lagi. Mmg hari hari dia bangun antara pukul 10-11 pagi. Tak kire dia tidur awal ke lewat, mmg waktu bangunnya mcm tu la.. Skrg tengok mcm nak menurun ke adik dia. Bukan main dah pandai bangun lewat dah anak bujang aku tu. Angkat masuk dalam kereta pagi pagi nak pergi kerja tu pun dia tak sedar. Bagus la anak anak. Menurun perangai kuat tidur ibu ko ni ha.. Hahaha



Makan kfc di rumah terakhir. Rumah baru juga. Orang kampung lama tapi rumah je baru. Dua dua ketul bukan aku punya. 1 ketul tu milik biras aku. Kami kongsi pinggan je. Bersyukurlah dapat makan seketul je. Kan dah selalu sangat makan kan.. Hewhewhew
Lepas amek gambar ni terus wassap suami aku dengan caption "masa awak marhaban ada makan kfc tak? kite adeeeeee"
Suami kite reply "tak heran, hari hari makan"
Kong hajo.. Lagi berlagak dia siap hari hari makan kfc. Hahahaha

Marhaban hari kedua awal gile dah siap. Sebelum zohor dah siap dah. Hebat bukan?

Habis dah cerita marhaban aku. InshaAllah tahun depan joint lagi. :)

1 comment:

jaja_NorLiza said...

tak penah join marhaban...huhu..jakun kan??
kat kg akak takde marhaban cani..hukhuk

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers