Lompat lompat pulak kan entry iftar ni.. Ye lah yang mana tak update entry iftar tu kadang sebab tak masak, atau tak ambik gambar. Bosan ek entry gambar makanan je? Tapi ko bosan mcm mana sekalipun, aku tetap akan publish entry iftar iftar ni. Hahahah
Ini semalam punya ni. Balik keje singgah pasar kejap tengok ikan. Tapi semua ikan tak seksi, so tak berkenan 1 pun. Nampak pulak ketam. Aiseymen dah lah besar besar tapak tangan laki aku, mahu ko tak geram kan.. Aku cakap besar tapak tangan laki aku sebab tapak tangan aku kan kecik.. (motipppp sangat)
Amek 3 ekor je sebab mmg besar. Lepas timbang bayar RM16. Murah ke tidak? Ok la ni murah bagi aku nak hilangkan rase teringin nak makan. Lame dah nak makan tapi tak beli beli ketam. Ni dah ade depan mate, kena pulak bulan puasa, mmg kena sangat la tu kan.. Beli santan kotak je sebab malas nak perah perah santan.
Mcm biase intro kena tunjuk makanan wajib aku di bulan puasa. Miahaha
Sawi yang laki aku beli hari tu banyak. Ada balance dia aku masak laa semalam. Lobak tu semua Dhia perabih sorang. Aku amek sawi tu terlekat lobak 2-3 ketul, dia g marah aku "ni kakak punyeeee laaaa" then tanpa rase bersalah terus amek lobak kat dalam pinggan aku dia ngap.. T___________T
Ehem besoo bukan main lagi sampai mangkuk aku pun tak muat. Maaf la, rumah aku takde mangkuk yang lebih besar. Itu pasal ketam tu sampai dah melebih lebih dari mangkuk dah tu. Now dapat bayangkan besarnya ketam yang aku beli? Mmg besar. Keempat empat sepit tu aku yang makan. Laki aku tak reti nak makan kat bahagian tu. Hihi
Oh ye ketam tinggal 2 ekor sebab lagi sekor aku bagi mak aku..
Ko tahu Dhia takut dengan ketam ni. Ade ke dia cakap ni labah labah. Adoii anak anak buat lawak je taw. Elok je mula mula dia duduk bersila sebelah aku ngadap nasi dengan telur. Lepas aku turunkan je ketam ni terus angkat kaki lepas tu nak nangis "labah labah..takuttt" hahaha lawak sangat mase tu. Aku dengan bapak dia makan pun dia just tengok je dengan muke geli geli. Mesti dalam hati dia "kenapa ibu dengan ayah makan labah labah". Hahahaha dia nampak kaki banyak banyak mcm tu kot dia pikir labah labah. Aku cubitkan sikit pun dia tak nak jerit jerit. Jangan sampai ke besar ko takut dengan ketam ni sudah laa ye nak.. Rugi kalau tak makan. Sedap giloooooo...
Hari ni teringin nak makan sambal belacan. Lame dah tak makan sambal belacan. Dap dap nyeeeee........... *lap air liur*
Followers
Wednesday, 24 July 2013
Tuesday, 23 July 2013
Kalau Dah Tidur...
Danial ni kalau dah tidur, mmg stok mulut nganga nganga lah mcm kan penat sangat..
Dia ni kalau dah tidur mmg nyenyak kalau takde orang kacau dia atau buat bising.. Tapi kalau nak menidurkan dia punyalahhh susah.. Biasenye waktu malam laaa.. Mmg mencabar ok nak tidurkan dia di malam hari. Aku ni pulak dah laa nak keje esoknya, dia lagi payah nak tidur..
Kalau siang dia mmg tidur dalam buai je. Pakai buaian elektrik, haaa nyenyak ko dia tidur. Tapi dengan syarat, kena bedungkan dia. Ye, i still bedung him sebab kalau tak bedung nanti tangan dia dok gapai itu ini tak diam.. Menggaru laa korek hidung laa tarik baju laa ape laa.. Bile dah bedung mmg dia lagi nyenyak tidur..
Tapi kalau malam, ko masukkan laa dia dalam buai.. Kompem mengamuk dia.. Kalau malam dia mmg lagi suka tidur golek golek atas tilam.. Tapi fuhhh mencabar sangat nak tidurkan dia di awal awal tu.. Mata dah pejam tapi tangan tak reti diam. Nanti dah mengiring ke kiri tak kena, ke kanan pulak.. Lepas tu gosok gosok muka laa, garu garu tangan laa.. Mcm mana laa aku ni tak geram kan.. Bila dia dah nyenyak tu mmg syukur sangat..
Malam malam pulak menyusu boleh tahan jugak kuatnya. Kadang kadang 1 malam aku bangun 3-4 kali jugak buatkan susu dia. Lambat sikit haa dengar laa dia punya jeritan n tangisan. Tak boleh lambat sikit taw bujang aku ni.. Kena buat susu pantas pantas.. Tu pasal kadang tercurah air termos atas tangan ni.. Huhuuuu T_____________T
Ni gambar minggu lepas masa nak hantar dia pergi rumah mak aku. Tak sedar langsung kooo aku angkat dia masuk dalam kereta.. Selalu kalau aku angkat je automatik dia akan terus celik mata.. Penat sangat ke apa tak tahu laa kan.. Sedap je dia tido..
Ko tengok mulut dia tu.. Hoiii mulut tu kan aku mmg kiss kiss kalau dia celik. Dia pun suka sangat buat duckface kan, mmg sedap laa aku mencium cium sampai dia naik rimas lepas tu dia lempang muka aku. Boleh? Ganas ok bujang sorang ni..
Amboiiii dia tuuu tido pun bergaya ek dik.. Hehehe..
Tengok tu butang baju pun semua dah terbukak mcm tu. Mahu tidak, baju ni present masa dia baru lahir. Skrg umur dia dah 9 bulan, mmg agak sempit laa kalau pakai.. Tapi aku suke je pakaikan baju sempit n fit, nampak alaaa comel sangat sangat.. Hahaha
Tapi lepas sampai rumah mak aku, automatik ko terus dia celik mata.. Magic bukan? Danial Danial..

Monday, 22 July 2013
Iftar Ramadhan KeDua Belas
Ehemm ehemm.. Berdehem laa sikit kan sebab gembira dapat berbuka dekat rumah mak selama 2 hari.. Hehehehe Lebar senyuman ni.. Ehhh walaupun rumah dekat tapi mmg baru ni dapat berbuka dekat rumah mak.. Salah satu sebabnya sebab tunggu akak aku balik kampung baru nk buka kat rumah mak sama sama.. Barulah rasa meriah sikit..
Sabtu lepas aku keje mcm biasa full day.. Boring gile sebab mmg dah terbayang bayang dah mak masak ape semua.. Biase laa kan, masakan ibu adalah yang paling sedap dalam dunia.. 5 minit sebelum waktu balik aku dah siap shutdown semua dah siap kemas meja dah pun tinggal nak tunggu punch je. Hahaha
Balik rumah amek suami dulu. Balik rumah je kakak ipar aku ada bagi berkat nasi impit kuah lodeh bagai. Kalau dekat sini kite panggil "munjung". Ko tak tahu? Munjung tu kite bagi makanan yang biasanya mmg ketupat / nasi impit dekat saudara mara @ jiran tetangga masa bulan puasa.
Oh ye aku skrg pergi kerja kan naik motor je kan. Lepas amek suami tu singgah laa beli air n murtabak nak bawak ke rumah mak. Naik motor kan so aku peluk erat laa laki aku kan. Ape de hal nye.. Suami aku kot kan? Eh eh ada yang pandang sinis taw. Orang orang tua laa yang ada siap nak geleng geleng kepala. Alamakkkk kenapa begitu? Kami pasangan halal laa.. Tapi laki aku rilex. Dia cakap "Kite nampak mcm budak remaja kot sebab tu orang pikir kite couple..buat tak tahu je".. Hahaha
Balik rumah je mak dah siap masak tinggal nak masak sambal tumis. Dekat rumah mak, bulan puasa mmg wajib ada sambal tumis sebab adik adik aku mmg kejarkan sambal tumis je bulan bulan puasa ni. Sekali dekat atas meja ada lagi 2 plastik lauk abang sulung aku bagi. Banyak laa lauk hari tu sebab tu mak just masak sayur dengan sambal tumis je. Simpan balik ikan yang dah mak keluarkan. Hahaha
Tapi sebab aku leka dengan anak kakak aku si debab tu, aku terlupa nak ambik gambar juadah berbuka hari Sabtu lepas. Hehehe
Mujur semalam balik rumah lepas berbuka. So dapat lagi berbuka dekat rumah mak. Oh sangat ohsemmmmmm. Mak masak banyak lauk semalam. Sampai aku tak tahu nak makan mana 1. Jom kite leleh lelehkan air liur.. :p
Banyak tak banyak tak? Nampak tak ade kaki budak dekat situ? Itu budak kecik yang tak puasa tapi dah makan berbuka dulu. Tengok dekat pinggan dia ada bawang. Hahaha dia ambik dekat sambal goreng tu. Kan mmg ada bawang. Dia ni tak tahu laa, suke sangat makan bawang. Kalau masak sardin letak bawang pun sama dia mintak bawang je.. Sedap ke bawang tu sayang?
Sambal tumis udang campur kupang. Mabeles sangat sangat. Sambal tumis mak dari dulu sampai skrg mmg sedap giloooo. Ambik banyak banyak sampai berasap telinga tapi tak pernah masuk toilet pun lepas makan sambal tumis mak ni. Terbaik!
Ikan keli masak lemak cili api. Mak hiriskan daun kunyit banyak banyak. Aku mmg suke makan daun kunyit tu. Sedapppppp! Aku makan ni je semalam. Terbayang bayang lagi ni haa.. Alaaa sedapnya..
Asam pedas.. Ni aku tak usik pun. Aku kalau ko letak asam pedas sebelah masak lemak cili api, aku sambar masak lemak dulu. Asam pedas ni sebelah mata pun tak pandang. Hahaahaa.. Tapi ni laki aku sambar dulu. Dia tu pencinta asam pedas selamanya. Hari hari masak asam pedas pun dia takde hal. Tapi ape ke boring hari hari nak masak asam pedas. I is boring ok.. T___________T
Sambal goreng yang xde suhun. Mak tak suke letak suhun. Pun sedap. Just kentang dengan tempe je. Banyak jugak aku makan. Ni salah 1 makanan feveret aku ni. Kalau aku yang masak, aku mmg letak cili api bukan lada basah ni sebab aku kan mmg suke makan pedas pedas.
Sayur campur..
Makanan wajib aku masa bulan puasa.. Hahaha
Ikan goreng..
Nasi goreng.. Nasi lebihan sahur, so mak goreng la.. Laku jugak ok campur dengan nasi putih makan dengan lauk tu semua.. Sedappp.. (aku semua pun sedap takde istilah tak sedap)
Samosa.. Kakak aku bawak dari JB sana. Yang inti blackpepper sedap. Makan seketul je pun.
Ubi goreng.. Ayah aku cabut ubi dekat depan rumah. Cicah dengan sambal kicap mmg terangkat.
Kek batik yang kakak ipar aku bagi. Tak jamah pun. Perut dah sendat dah ketat.
Tembikai. Sempat petang tu laki aku ajak merempit pergi pekan hanya kerana ini buah. Tapi tak manis.
Air teh bunga. Buat sendiri ni. Rasenye tentulah sedap..
Tiga jenis minuman yang ayah beli. Air asam boi, air katira dengan air tembikai. Semua 4 jag tu licin habis. Aku pun minum sampai 3 cawan. Puasa puasa ni mmg kejar air je laa kalau berbuka. Makanan ni mcm tak kawan sangat.. Hahaha
Best sangat kumpul ramai ramai. Tu pun tak cukup adik beradik aku yang balik. Kalau semua balik mmg lagi meriah.
So how uolls punya iftar?

Saturday, 20 July 2013
Iftar Ramadhan KeSepuluh
Sekejapnyaaaa dah masuk hari ke 11 kita berpuasa hari ni kan..
Semalam punya lauk berbuka.. All made by myself ok. Yummihhhh sangat sangat!
Aku balik keje je balik rumah terus masak dulu baru pergi amek anak anak dekat rumah mak aku. Tenang je aku memasak mcm selalu.. So mmg sampai penghujung Ramadhan lah aku kena balik masak dulu baru amek anak anak aku. Kalau tak mcm puasa hari ke 9 tu, pengsan aku nak layan si kecik lagi, nak masak lagi.. Mencabar sangat.. Kalau dekat rumah mak tu ada adik adik aku tolong tengok tengokkan diorang kalau mak aku tengah masak.. So mak aku pun ok je lagipun kalau dekat rumah atok dia, diorang ok je taw mak aku kata.. Kalau dekat rumah aku je saja nak buat aku geram ke ape tak tahu laa tu.. Macam macam..
Kacang panjang disulami lobak.. Mcm biase laa kan, lobak tu untuk my sweet lovely daughter yang mentel lagi manje dan mengade ngade tu (amboiii banyaknya istilah untuk kakak). Dia nk mmg penggemar lobak.. Kalau bubur adik dia ada lobak pun dia makan jugak.. Tapi takpe aku lagi suke sebab dia ni susah sangat nak makan nasi..
Kacang panjang campur lobak aku tumbukkan bawang merah bawang putih dengan belacan lepas tu tumis.. Bubuh garam sikit, biarkan sekejap, siap! Aku mmg suke kalau masak sayur letak belacan je.. Sedapppppp sangattt sangattttt!
Ehemm sambal tumis aku yang buat laki aku kahwin dengan aku. Hahahaha poyoooo! Laki aku kan mmg penggemar sambal, so aku kena masak sambal ni betul betul kena dengan tekak dia.. Dia tak suka sambal yang ada rasa manis manis.. So kurangkan gula.. Lagi dia ni tak kuat masin.. Kena kurangkan garam.. Asam jawa pun kena balancekan tak nak masam sangat.. Just nice gitu..
Cerewet tak? Ye itu adalah suamiku.. Tapi alhamdulillah selama hari menjadi isteri dia, segala masakan aku dia suka.. Kadang kadang siap request suruh masak lagi.. Kalau ko tak happy ke suami ko puji masakan ko? Aku sampai kembang hidung stok nak koyak bila dia puji masakan aku.. (tipu)
Lebihan sotong tadi aku goreng tepung.. Feveret Dhia ni.. Aku pun suka gile sotong goreng tepung.. Kena pulak makan dengan sambal tumis tadi tu, pehhh mmg menangissss sambil makan.. Hahahaha
Hari ni berbuka rumah mak.. Tido rumah mak jugak malam ni sebab kakak aku yang duduk dekat JB balik hari ni.. Tak sabar ok nak berbuka ramai ramai.. Lame dah tak merasa berbuka ramai ramai.. Mesti meriah sangat kan.. Ntah ape yang mak masak untuk juadah berbuka hari ni.. Di saat aku menaip entry ini, aku masih lagi di opis.. T_______________T

Friday, 19 July 2013
Iftar Ramadhan KeSembilan
Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 10 kita berada dalam bulan Ramadhan. Sekejap je rase kan? Nanti tup tup dah tiba penghujung Ramadhan dah.. Lepas tu Syawal pulak. Dah tua dah ada anak ni pun masih lagi rasa tak sabar nak beraya..
Hari ni aku terlajak bangun. Adeh.. So tak bersahur laa aku hari ni. Gile betol. Tak tahu kenapa. Walhal malam tadi tidur pukul 10 mlm. Tapi sokay, aku mmg dah biasa pun kalau time puasa jarang bersahur. Kalau bangun pun just teguk air je dengan kurma. Tahun ni tak beli kurma, jawatankuasa kampung aku ada bagi kurma. Rezeki kan, alhamdulillah..
Semalam aku balik kerja je terus amek anak anak. Nak try laa kan boleh tak kalau aku amek anak anak dulu lepas tu memasak. Ok, mmg sangat mencabar. Ko tahu, si Danial duduk dalam walker menangis nangis dekat kaki aku mintak dukung. Geram aku dibuatnye. Kakak dia pulak sibuk main kuali periuk belanga ketang ketung ketang ketung. Aku suruh main dengan adik dia, selambe je dia siap sound "kakak nak masak laaaa" lepas tu makin kuat ketuk ketuk kuali periuk tu semua.. Mmg mencabar laa.. Dah la lakiku lambat balik keje semalam.. Walaupun begitu dapat jugak aku masak sebelum masuk waktu berbuka.. Tu kadang aku fikir, mcm mana ek orang yang anak ramai nak handle anak lagi, nak masak lagi.. Mmg tabik springgggggggggggggggggggg laaa!
Balik rumah je semalam bukak peti dulu tengok ikan apa yang suami aku beli. Ohh ikan selar.. Ok.. Lepas tu tengok sayur.. Dia beli sawi dengan kacang panjang. Ok aku capai sawi.. Keluarkan lobak jugak..
Dan setelah 1 jam lebih bertungkus lumus (sangatttt), dapat laaa masak kenyangkan perut kami laki bini..
Hehehe ini mmg agak wajib untuk menu berbuka dan bersahur.. Aku dan telur dadar tak dapat dipisahkan di bulan Ramadhan.. Hahahaha
Lobak membanjiri sawi sebab Dhia penggemar lobak. Dia suka ratah ratah je lobak tu, sebab tu letak banyak banyak.. Sawi tak payah potong, biar je gitu mcm dekat kedai. Lagi sedappp makan dari hujung daun tu.. Yummih!
Mabelesssss.. Ko kata rupa tak mengancam takpe.. Ape de hal.. Yang penting laki aku makan bertambah nasi ok.. Sedap je tengok dia makan.. Ikan selar masak asam pedas.. Kalau letak serai ni lagi ummmppphhh! Tapi sebab serai takde, takpe kurang 1 bahan penting.. Hehehe
Oh aku masak jugak bubur Danial. Itu mmg wajib hari hari masak untuk dia.. Blender dulu beras kasi hancur sikit, letak atas periuk bubuh pati ayam sikit, bubuh lobak bubuh brokoli.. Suke dia makan..
Hari ni aku balik rumah dulu masak baru amek anak anak dekat rumah mak. Ade kang kalut mcm semalam.. Ape menu berbuka uolls hari ni? Aku dah fikir dah pun.. Hehehehe

Wednesday, 17 July 2013
Wordless Wednesday 17 Julai 2013
Budak kecik ni mmg la kan, kalau nampak motor pun dah getik getik tangan kaki tak diam. Dapat duduk atas motor lagi dia suke. Eh lagi dia sukeeee gile kalau motor tu berjalan / bergerak. Mulut mmg tak diam.. Amboiii dia tuuuuu
Monday, 15 July 2013
Iftar Ramadhan KeEmpat
Hahaha orang dah masuk ramadhan ke 6, aku baru nak cerita pasal iftar ramadhan ke 4.. Pedulik hapeeeeeeee akuuuuuuuuuuuu..
Sabtu tu aku keje half day je.Pukul 1 dah balik dah. Tapi balik rumah mak kejap sebab nak g facial dengan opismate. Siap bawak Danial. Ko mampu nak g facial bawak anak kecik? Baby lagi taw.. Hahaha buat kerja gile. Ni semua gara gara Danial nangis nampak aku. Ikut mak aku pun dah tak mahu. Last last aku bawak je dia. Tapi kakak dia aku tinggal. Rasuahkan awal awal dengan aiskrim. Kalau dua dua aku bawak, lebih baik aku tak payah pergi.
Tapi mmg gile bengang. Sampai sane je tibe tibe je orang tu cakap kalau nak buat facial, kena buat appointment. Terus rasa kecewa. Dah booking dah 2 minggu lagi. Balik kerja half day je terus shoot lincah lincah ke sana. Lagi pulak dengan muka aku yang dah tak tahu nak describe mcm mana. Ahh malas cite. Ade mase ade kerajinan update lain entry.
Lepas tu jalan jalan kejap dekat mall sana. Dapat lah beli sepasang kasut raya utk Dhia. Kasut Danial dah awal awal bismillah hari tu aku beli. Lepas tu keluar mall, pergi bazar ramadhan jap dekat jubli intan sana. Mcm mcm makanan ada tapi aku sikit pun tak bernafsu nak beli. Apekah? Heibat betul..
Sampai rumah around 5 pm. Aku balik rumah aku dulu ye. Dhia aku ambik kemudian. Masak dulu apa apa yang patut semua baru ambik dia. Balik tu Danial mmg dah super duper mengantuk. Dia tu kat dalam kereta mana nak tidur kalau ngantuk sekalipun. Sampai rumah tak sempat mandikan.. Bagi susu, bukak baju, mase tengah menyusu tu dia dah pejam mata dah. Terus masukkan dalam buai. Haaa lincah terus aku ketung ketang dekat dapur.
Mula mula blur nak masak ape ni. Tibe tibe je ting keluar lampu dekat kepala. Ok ok kite masak yang simple je tapi sedap lalu kat tekak ni.
Dimulai dengan gambar sardin. Haha masak sardin je pun.. Haha eh tapi masak jugak ape. Daripada nak membeli dekat param sana kan. Ok ape ni walaupun sekadar sardin. Sedap ok sardin ni aku kasik hiris cili dekat 10 batang. Berasap telinga makan.. Hahaha
Ini teman sang sardin. Ewah.. Kailan tumis belacan. Aku kalau masak sayur mmg suka tumis belacan je. Tak tahu kenapa. Mcm sedap gilooooo babeng.. Feveret ok.. Aku siap boleh ratah ratah lagi sayur ni. Al maklum, aku kalau masak sayur mmg aku je yang makan. T__________T
Ini budak kecik sekolah tadika pun reti masak. Hahaha
Yang ni yang betul betul mabelesssssssss. Adoii mcm nak tis tis tis je air liur aku tengok gambar ni. Sedap kot! Kalau buat bersahur lagi laaaa ummppphhh siap tambah nasi. Selalu orang buat ikan bilis + cili hiris + bawang kan.. Aku topup 1 lagi bahan. Aku letak kentang.. Lepas tu bubuh laa kicap. Ya ampunnn makan ni je dengan nasi panas digabungkan dengan telur dadar tadi, dah cukup menyelerakan dah.. Sedapnyeeee..
Ni je yang aku beli dekat param. Malas beli banyak sebab mahal. Tempat aku 4 ketul singgit, kat sana 3 ketul singgit. Tu yang talam berlauk tu mak aiii dah la kedekut letak daging, daun sup je banyak. Lada pun sehiris tu je dia bubuh. Popia tu lagi laa nampak sedap mengancam seksi kan main lagi tapi sekali gigit je mak aiii tak kena langsung dengan tekak aku. Tak sedap. Tawar. Isi kureng. Ape pun tak boleh. Takpe ade kerajinan nanti aku buat sendiri. Lagi sedap kot. Kot je la kan.. Hahaha
Ape pulak nak masak hari ni yek? Google google google.. :p

Happy Wedding Day Yod
Lame dah terperam cerita ni.
Kawan sekelas masa zaman sekolah menengah kahwin. Kahwin pada 29 Jun 2013 yang lalu.
Dah 2 minggu jugak lah terperam cerita ni kan. Takpe selagi boleh, kita cerita je. Gambar pun ada walaupun sekeping dua je. Hihi
Pagi tu aku kerja tapi tengahari dah balik laaa. Aku pergi dengan kawan aku, Nazima. Around 2 pm baru gerak dari rumah. Sampai rumah pengantin je pengantin dah siap siap nak pergi bersanding dah. Tapi ku tahan pengantin itu jebat. Datang wedding orang kalau tak ambik gambar tak sah lah kan. So kita tarik pengantin ambik gambar dulu sebelum dia pergi ke pelamin.
Gelojoh taw pengantin ni. Tak menyabo nak bersanding. Kelakar je aku tengok gelagat dia ni. Kalau ko bukan pengantin kan Yod, aku dah tunjal tunjal dah ko taw. Hahaha
So sweet ok. Lawa gorjes ko Yod mase tu. Suke dengan solekan ko, baju ko.. Perfecto!
Belum lagi tengok dekorasi meja makan dia n kanopi semua. Oh semua aku like juta kali. Lawaaa ok.. Tu yang dekat ig aku kata dah mcm pergi majlis kahwin VIP pulak rasa. Hahaha
Lauk pun semua sedap sedap. Penuh jugak pinggan aku. Haha. Mase tengah makan tu pulak pengantin lelaki sampai. Tak dapat nak ambik gambar. Aku kalau dah jumpe makanan, lupekan yang lain. Semua dah tak nampak dah di mata aku kalau dah makanan depan mata. Gile... :p
Lepas makan duduk kejap lepas tu terus balik. Aku tinggal Danial. Bawak Dhia je. Kalau bawak Danial kompem makan pun tak tenang. Cuaca pun panas terik, better tinggal je dia. Bukan lama pun aku pergi, tak sampai 1 jam kot.
Oh ye sebelum balik, aku ambik gambar dekat pelamin. Naik naik pelamin je bau semerbak harum. Oh rupanya bunga bunga dekat atas pelamin tu semua bunga hidup. Macamkan nak curik bawak balik! Lawaaaaa.. Belakang pelamin siap air mengalir. Ewahh mmg standard VIP dah Yod majlis kahwin ko.
Anyway buat pengantin aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal bahagia sehingga ke jannah. Cepat cepat bagi Danial n Dhia kawan ok. ;)
Lepas ni sape pulak nak kahwin? Jangan lupa jemput aku yang mmg suke sangat pergi kenduri kahwin orang sebab dapat makan sedap sedap. Hahaha dasarrrrr
* Pendeknye entry.. Lantakkkkkk! *

Friday, 12 July 2013
Besday Mak Kite
Ketandusan idea dah nak update blog. Nak nak lagi time time puasa mcm ni kan. Lesu, lemau dan senagkatan dengannya semua ada. Penyakit malas lagi berganda. Malas buat kerja malas update blog. Tapi ig dengan fb tak pernah pulak nak malas. Hahaha dasarrrr
Besday mak kita pada 5 Julai 2013 yang lepas.
Tak sambut pun. Just belikan mak kek yang super duper yummih!
Best sangat dapat suprisekan mak. Balik kerja aku ambik kek then balik rumah kebetulan mak tengah berbual dengan abang sulung aku yang datang ke rumah.
Lepas tu kebetulan pulak ayah aku ada dekat tempat aku parking kereta.
Laju laju pinjam lighter ayah hidupkan lilin. 3 batang je cukup takyah banyak banyak.
Then suruh ayah bawak ke mak yang tengah berbual tu.
Tadaaaaaaaaaaaa!
Suprise ok mak aku sampai tak tahu dia nak cakap apa.
Sweet sangat!
Tapi sori lah mmg takde gambar mak aku n gambar ayah beri kek ke emak sebab ntah aku rasa teruja sangat nak tengok reaksi mak bila ayah bawak kek ke dia tu. Langsung tak teringat nak amek gambar ke ape. Dah rugi dah kat situ. Tapi takpe. Gambar situasi tu takde, gambar kek tetap ada.
Sedap gile ok kek keladi ni. Dhia makan krim dia je dengan buah buah atas kek tu. Dhia mmg suke gile dengan buah anggur. Dah habis dia balun anggur atas kek tu, siap mintak lagi. Mana la ade lagi kakak kakak.
Adoi dah lah puasa, tengok gambar kek ni rasa nak tis tis tis je air liur kan.
Eh eh aku bercuti puasa sebenarnya sejak first puasa. Sayang gile ok dah petang pukul 5 time tu. Adehhhh... Tapi walaupun begitu aku mmg tak makan tak minum ok dekat opis. Aku menghormati orang yang berpuasa. Ekekekeke
Dah tu je nak cite. Bye!

Wednesday, 10 July 2013
Salam Ramadhan
Lamenya rasa tak menulis dekat blog kesayangan ni kan?
Alaaa bukan kite nak abaikan blog kesayangan ni. Tapi kita tak punya cerita sangat yang nak dikongsikan. Eh diam tak diam hari ni semua umat Islam dah start berpuasa kan. Alhamdulillah bertemu lagi di bulan mulia ni.
Tahun ni aku rasa lagi teruja nak berpuasa. Faktor umur barangkali. Sebab tu bila umur dah meningkat ni mmg rasa seronok je nak sambut Ramadhan.
Pagi tadi pukul 4.45 pagi dah bangun ketang ketung dekat dapur sorang sorang masak lauk sahur. Sempat lah aku masak ayam masak kicap, sayur sawi tumis belacan dengan telur dadar. Telur tu mmg hidangan wajib sahur aku. Hehe
Ayam kicap tu aku panaskan je, jangan percaya aku nak masak pagi pagi buta lauk berat mcm tu.. Kihkih
Air pulak untuk suami aku buatkan ali cafe.. Untuk aku cukup je soya organic melilea tu. Dap dap
Dah siap hidangkan smua baru kejutkan suami makan sahur sama sama dengan muka toya masing masing. Baru bangun tidur kan, pagi lagi mmg takde mood masing masing. Tapi lepas perut dah kenyang baru boleh main tampar tampar bahu bila main game sama sama. Kahkah
Berbuka hari pertama puasa hari ni suami dah request ayam masak sambal. Malam tadi gigih dia ke kedai beli ayam, sayur, bawang, cili semua. Ok lah suami, i tahu masakkan i mmg memenuhi citarasa anak tekak dan perut u kan. Anything for u sayang. Apa je u mintak i beri. *jiwang tak ingat.. buwekkk!*
Buat semua, di kesempatan ini ingin aku ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa. Kalau puasa tak kantoi, inshaAllah raya nanti mesti lain mcm dia punya feeling. Trust me!
Muuahhhh!

Friday, 5 July 2013
My Chenta Hati
Love him so much.
Selama hampir 7 tahun perkenalan kita, semakin lama semakin sayang pada kamu. Alhamdulillah aku bahagia bersama kamu... * maluuuuuu *
Menghampiri angka 4 tahun perkahwinan kita, tak pernah berkurang pun kasih sayang. Semoga akan kekal begini sehingga ke akhir hayat kita. Semoga kita akan sentiasa bahagia dan gembira selamanya. Love u so much suami..
* Entry pendek yang jiwang hari ni *
Subscribe to:
Posts (Atom)