8 Jun 2013 tarikh keramat untuk my pakcik, Cik Udin. Telah selamat bergelar suami kepada isteri tercinta Rozita (betul tak ni nama sebab aku panggil Cik Ogy). Fyi, my pakcik ni duda anak 3 (cerai mati). Mase nikah aku tak follow sama sebab nikahnya malam lepas isyak. Kalau aku follow, habislah nak melayan kerenah Danial tu. Dia tu kalau nak tidur mesti nak golek golek atas tilam. Nasib baik jugak aku tak ikut masa nikah sebab mak ayah n kakak aku ikut, dekat 12.30 tengah malam baru sampai rumah. Phewwww!
Mase makan besar esoknya 9 Jun 2013 haruslah aku ikut. Rugi ok tak ikut. Aku ni bab pergi rumah orang kahwin mmg aku suke sebab boleh makan sedap sedap.
Semua adik beradik aku pergi sama kecuali abang aku yang sulung sefamili. Seronok sangat bila semua adik beradik balik untuk join sama hantar pengantin. Meriah sangat rasa. Kami sekeluarga je dah 5 buah kereta. Belum lagi campur dengan saudara mara lain tu. Mmg ramai lah masa tu yang hantar pengantin.
Pengantin bersanding around 2.30 petang, so lepas zohor kami pun gerak dari rumah. Sampai ke chalet tempat penginapan saudara mara yang lain dalam pukul 2.15 begitu. Dekat je chalet ni dengan rumah pengantin tak sampai 10 minit pun jarak perjalanan. Gambar konvoi kereta dan gambar masa kat chalet nan hado..
Nampak tak? Tu yang ramai ramai tu rombongan pengantin lelaki. Ramai bukan? Yang ada dah jalan dekat depan sana tu, tak masuk dalam gambar. Ni aku yang ambik gambar dari jarak jauh. Belum lagi pass kamera ke abang ipar aku. Awal awal aku dah booking dia mintak tolong ambikkan gambar. Hehe tq so much to him atas jasa baik tolong ambikkan gambar. Kalau tak, mmg tak banyak gambar laaaa sebab nak harap my chenta hati, beliau tak suka nak bergambar apetah lagi tolong ambik gambar. T______T
Pengantin tak boleh masuk duduk bersanding dulu ye. Johor ada adat dia tersendiri....
Tu diaaaa kena bayar tol dulu ok. Ni tak ramai ni, kalau kena kat tempat aku, mmg penuh laa. Ni kira boleh bertolak ansur lagi sebab tak ramai yang tunggu depan pintu. Depan pelamin aku tak sure pulak ramai ke tidak. Aku masuk paling lambat. Hahaha
Tol dah siap bayar, boleh la masuk ke dalam rumah. Mase ni aku dekat belakang lagi kot sebab kamera pun dah bertukar tangan mase ni.
Nampak tak dua orang mak budak yang gojes di situ. Ye ye aku tahu ada yang menyampah, tapi kesah pulak aku? Kalau menyampah buat apa ko tengok lagi blog aku. Ni dah lah menyampah dekat kite, tapi bukak pulak blog kite ni. Tak malu betul orang mcm ni kan.
Dah sampai depan pintu tapi pun tak masuk masuk lagi. Sebok masih lagi nak bergambar. Aku sedang menyuruh Dhia melihat uncle dia dekat depan nak ambik gambar. Tapi itu budak mmg kepochian melihat orang ramai saje. Dia pedulik ape dengan gambar gambar ni semua. Bukan mcm mak dia dengan auntie ngah dia tuuuuu kan asek nak bergambar. Hehehe
Peace untuk kamera, mata masih pandang tempat lain.
Pasangan pengantin itu yang sangat manis di atas pelamin. Sama cantik sama padan. Bagaikan pinang dibelah dua. So sweet....
Danial yang geram dengan orang ramai. Dia kan mmg mcm tu kalau ada dekat tempat orang ramai. Menggeram sangat. Agaknya ni kalau dah dapat kaki ni kompem sekejap dah terlepas dari pegangan lepas tu sedar sedar dia dah ada dekat atas pelamin. Lepas tu dia ambik bunga telur semua dia baling baling. Haha imaginasi mak ko sangat mtak boleh blaa taw.. Suke sangat imagine bukan bukan. T_______T
My brother & his family. Adam putra yang tak duduk diam. Tengok kasut dia dah hilang sebelah. Perasan tak? Adam adam..
My family. Tapi tak cukup korum ni. Kalau semua family members aku masuk, tak muat pelamin tu rasanye. Sebelah aku tu pak njang aku, adik my mom.
Sepupu sepapat, makcik, pakcik. Gwiyomi sangat!
Ini pengapit terjun. Kehkeh, Adik aku ni, betul betul bawah aku. Nama dia Irwan Syah, family members panggil dia Pipin. Why Pipin? Tak sure sangat tapi my mom pernah cerita mana dapat nama Pipin tu cuma aku je yang dah lupa. Dia ni anggota tentera dalam bidang farmasi. Single but not available kot. Haha. Dia terpaksa jadi pengapit sebab my pakcik tak ada pengapit dan telah memujuk adik aku menjadi pengapitnya. Asek dia je yang jadi pengapit, ntah bila nak jadi pengantinnya pulak.
Budak baju kuning kesayanganku yang sangat cerewet skrg ni. Mmg manja sangat dengan Auntie dia ni. Kalau auntie dia nak keluar gi mana mana, dia dah duduk atas motor dulu dah. Bila tanya auntie budak apa, nanti Dhia jawab lah "auntie baik". Bodek kuat sangat taw!
Tengok gambar ni seolah olah menceritakan yang Danial menggeram dengan Wafia. Ikut pangkat, Wafia harus dipanggil kakak ok sebab dia adalah anak kakak aku. Danial mmg geram dengan Wafia ni maybe dia fikir Wafia ni anak patung ke apa. Nampak Wafia je dia punya tangan menggeram asek bukak katup bukak katup lepas tu melompat lompat jerit nak tangkap si Wafia. Kalau didekatkan, dia nak tarik tangan budak tu..
Mase kami dekat dalam menggedik bergambar, yang lain melepak dekat luar. Kalau semuanya pun masuk mmg sempit. Lagipun orang orang lelaki ni bukan kesah sangat nak bergambar ke apa. Lagi lagi lah my chenta hati tu. Payah sungguh diajak bergambar. T__________T
Semua yang bertanggah dekat sini adalah my family. Jumlah kami sefamily je termasuk si kecik adalah 17 orang. Ramai kan? Tu abang sulung aku tak follow sama tu. Kalau follow, total ada 20 orang. Bila semua berkumpul dekat rumah mak mmg best sangat. Tu untungnya adik beradik ramai. Aku sok pun nak 10 orang anak lah! * ade hati ade keinginan ade rezeki inshaAllah boleh... hahaha *
Ini pulak family kecilku. I love my family so damn much!
Makan beradab. Lauk dekat atas meja makan beradab ni mmg sedap sedap kan. Ye lah, nak jamu pengantin kan mesti kena sedap sedap. Tapi aku hanya mampu pandang je, tak muat nak duduk sama dengan pengantin sebab ramai rombongan jadi aku duduk saja makan dekat meja tetamu. Pun sedap jugak sebab ada kambing. Yummih!
Danial haus so bagi susu dulu bagi dia diam. Lepas tu pass bagi bapaknya sebab ibu dia nak makan dulu. Perlu beri laluan buat kaum ibu dulu ye. Perut lapar gila time tu. Around 3.30 pm kot dah. Tak lunch lagi, pagi tu pulak makan kuih je dengan ubi rebus. Mahu tak menggigil kepala lutut. Dapat pulak lauk kambing. Perrrghhh aku ambik 4 ketul ok. Licin habis pinggan aku siap jilat jari. Sedap kan main lagi. Ohhh aku mmg sangat suka lauk kambing.
Dah siap makan, ambik alih jaga anak anak semula. Para bapak sila makan pulak. Mase ni dekat anjung rumah je, sementara menunggu bapak budak budak ni siap makan. Kita duduk dekat sini ambik gambar sikit. Tapi kulihat dalam dekat pelamin takde orang, so apa lagi yang ditunggu wahai adik beradikku? Marilah kita menggedik di atas pelamin pulak.
Letak 2 keping je dulu. Lain semua dekat fb. Malas aku nak letak banyak banyak. Lebih kurang je posisi dan gaya bergambar. Takut pulak korang muak dan muntah darah tengok aksi aksi kami. Kehkehkeh
Si pengapit dah sedap makan lauk pengantin, melepak lah dia dekat sini.
Irwan Azman a.k.a. Boboy. Adik aku juga.
Wan Raihana a.k.a Ira. Auntie kesayangan Dhia n Danial. Apa yang istimewa pun tak tahu. Baju yang dipakai ditaja by me. Hikhik
Irwan Azhar a.k.a Zaha. Yang ni pulak uncle kesayangan Dhia n Danial. Pun sama aku tak tahu apa laaa istimewa sangat uncle mereka ni.
Irwan Hariz Ramadhan a.k.a Adik. Ucu yang tidak digemari oleh Dhia n Danial. Haha kesian ko ucu. Tapi anak buah aku Sarah dengan Adam suka dengan Ucu. Adillah tu kan cu kan..
My sweet lovely daughter. Kalau ada rambut panjang, mmg comel..
Close up rambut pelesu beliau.. Rambut pelesu tiga ringgit.. Hehehe
Wan Idayu a.k.a kakak Intan bersama family kecilnya.
Aku sebenarnya tak tahu pun siapa atok ni. Aku rase jiran pengantin perempuan kot. Sebab kami melepak ni dekat rumah dia lah ni. Luar rumah ye. Atok ni pun mmg duduk je dekat depan pintu. Dia menggeram dengan Danial. Tapi pegang tak sampai 5 minit sebab tak sanggup. Anak aku tu keje dia nak melompat je. Mana dia nak duduk diam diam kalau kita pegang dia. T__________T
Tibe tibe je ayah aku tengah menyanyi. Haha
Dah meragam sebab mengantuk. Waktu tidur dia dah over sangat dah ni. Mahu tak nya, dah almost 5 pm kot time ni. Mmglah dia meragam sebab mengantuk. Nampak tak gigi dia 2 batang yang comel itu?
Pengantin dah salin baju.
Oh ye lupa bagitahu pakcik aku ni merupakan pegawai atasan Jabatan Pengangkutan Jalan Batu Pahat. Tu uniform dia lah tu.
Salin baju uniform masa potong kek. Kek nampak sedap tapi aku dah kenyang, calit rase pun tak. Muak dah makan kambing banyak tadi.
Adik dan kakak. Sama kan muka pakcik aku dengan mak aku? Pergi mana mana pun mmg senang sangat cam ni adik beradik.
Nak balik dah time ni. Dah petang sangat. Badan pun dah melekit dah berlengas dah berpeluh. Anak anak dah mengaruk mengamuk sebab penat, panas, rimas, ngantuk. Tengok muka aku pun dah tahu dah mcm mana perasaan aku mase tu. Hahaha
Tibe tibe ada gambar pengantin lagi dekat atas pelamin. Haha lantak laaa.
Ini adalah pengantin bersama anak anak pakcik aku. Pengantin perempuan adalah anak dara. So kira ni anak instant. Baru kahwin dah dapat 3 orang anak. Dah besar besar pulak tu. Hehe
Semoga keluarga ini sentiasa dilimpahi rahmat-Nya. Amin.
Ape pun aku doakan semoga ikatan perkahwinan Cik Udin yang kedua ni akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga bahagia selamanya dalam ikatan perkahwinan ni. Its ok, sebab my pakcik dah ada pengalaman sebelum ni. Happy wedding day for both of u!
Phewww selesai 1 entry tertangguh..
No comments:
Post a Comment