Followers

Tuesday, 18 June 2013

Muhammad Afiq Danial 8 Bulan

Khamis lepas 13 Jun 2013 genap umur Danial 8 bulan. Besar dah hero ibu ni.


Dan semalam dia telah demam. Petang semalam baru demam, aku check suhu tinggi betul 39.2. Malam terus bawak pergi klinik. Alhamdulillah bangun pagi dia dah ok. Dah ketawa mcm biasa dah main mcm biasa. Tu yang aku terus pergi kerja. Kalau tak, aku pun on leave jaga dia je dekat rumah. Dah pesan dekat mak kalau panas lagi n dia merengek je, call aku nanti aku terus balik. But i hope dia sihat sihat saje.
Musim demam kan skrg. Aku pun baru baik demam tapi ni batuk selsema masih bersisa. Jerebu kan skrg mmg tu yang buat kita jadi demam. Lagi lagi laa untuk orang yang antibody tak kuat mcm aku ni kan..

Ok takmo melalut, kita nak cerita tentang perkembangan Danial je skrg ni.

Perkembangan Danial paling ketara adalah berat dia. Kehkeh biasalah kan, mmg berat je yang akan aku ingat. Ketinggian semua aku lupe pulak. Berat masa umur dia 6 bulan 7 kg genap. Semalam timbang berat dia dah 8.2 kg. Hoyehhhhh * claps hand *
Banyak jugaklah naik berat dia selama 2 bulan ni kan. Mase akak dhia dia dulu bercinta ok berat nak naik. Sampai graf dia masuk kawasan kuning dah. Danial ni mahu tak nya, kuat makan kuat menyusu. Sebab tu berat naik bukan main lagi.


Dah maju ke depan. Lajuuuu ok. Kang ko letak kat atas tilam, tak sampai 5 minit tengok balik dah ada dekat depan pintu. Mcm malam hari tu. Aku tersedar pukul 3 pagi, tengok Danial takde kat sebelah. Gile ko. Pastu dengar dia punya suara. Pppffftt dah dekat depan pintu. Nasib baik ku tepuk tepuk bontot dia tidur balik. Kalau tak, haruuu...

Belum pandai duduk lagi. Takpe Danial, i believe u can do it. Lambat atau cepat ibu tak kesah pun. Takde laa nanti terjadi cerita tak logik seperti anak baru pandai meniarap dah di cakap pandai merangkak.. Kelakar kan orang tu.. * oooppppsssss!! *

Masih lagi menyusu susu dutch lady langkah 1. Belum tukar langkah 2. Tunggu laaa sampai dia 1 tahun nanti baru tukar.


Air liur dia meleleh leleh tu sebab gigi dia nak tumbuh tu. Gigi atas dia dah tumbuh 2 batang dah. Besar ok gigi atas dia. Gigi kapak mak aku kata. Gatal gusi kot dia skrg ni, sebab tu air liur meleleh je sampai basah baju. Lepas tu keje asek nak gigit something. Aku bagi dia gigit teether je la.. Tu pun dia geram gigit siap gigil gigil tangan. Hahaha nak bagi putus tapi tak boleh kot, tu yang sampai gigil gigil geram. Lawak laa awak ni adik..

Budak kecik ni walau baru 8 bulan tapi dah pandai dah kita ajak naik motor. Suke sangat dia. Nampak motor je dia dah over dulu. Geram je tengoknya. Tak naikkan atas motor, mulalah nangis. Eh baru 8 bulan kot? Dah pandai dah ek awak ni...

Paling suka mandi. Sebab boleh main tepuk tepuk air. Bila kita tadah air mandi dia dalam besen mandi dia, suka laaa dia siap lompat lompat. Amboiiii dia tuuuuu

Siang dah kurang dah tidurnya. Malam tidur sangat nyenyak. Tapi aku bangun 2-3 kali jugak buat susu untuk dia. Beginilah kalau dah tak menyusu badan. Kena bangun bancuh susu. Sebelum tidur bubuh termos, air masak, susu dan botol dekat tepi tempat tidur. Takde laaa aku keje nak ke dapur bancuh susu kan. Mata berat ok nak celik. Hahahaaa dasarrr betul!


Mulut dia kan asek membebel. Bebel stock yang jerit jerit tu. Kakak Dhia dia pulak suka adik dia jerit jerit siap lawan jerit sape paling kuat. Dah mcm sekolah tadika dah rumah aku tu riuh rendah. Tu baru 2 orang tu. T________T

Pandai dah follow apa kita buat. Mcm skrg ni suka ajar dia lailaha illallah dan dia akan geleng geleng kepala sebab bila kita zikir kan kita akan geleng gelengkan kepala kita kiri ke kanan kan. So sweet.

Haaa ape lagi? Tu je kot yang aku nampak. Kita tengok perkembangan dia bulan depan.

Ok bye.

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers