Followers
Thursday, 20 June 2013
Jerebu Semakin Kritikal
Muar paling teruk terjejas.. T______T
Takut sangat tengok angka tu. Gile ko? Bacaan IPU 383 setakat jam 11 pagi. Patutlah pagi tadi pergi kerja jarak penglihatan mmg terhad. Siap bukak lampu tinggi.
Untuk penduduk Muar dan negeri yang mengalami jerebu, dinasihatkan supaya kurangkan atau hentikan sementara waktu aktiviti luar rumah. Kalau tak ada apa apa urusan luar, seeloknya duduk je rehat dalam rumah. Lepas tu, banyakkan minum air masak.
Patutlah sekarang ni ramai orang demam. Aku pun baru je baik dari demam selsema dan batuk. Semalam Danial demam lagi, tinggi suhu dia sampai aku referkan ke hospital dan ambik emergency leave. Masa dekat rumah semalam pun aku tak berani nak bukak tingkap. Ngerilah tengok asap jerebu dekat luar tu tebal sangat.
Ya Allah, lindungi kami ya Allah.
* Paling risaukan anak anak sebab masih kecik dan suami yang bekerja terdedah dengan jerebu ni *
Labels:
jerebu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment