Hari ni aku rasa tak sihat.. Perut memulas + tekak loya dan terasa nak muntah.. Dada pulak terasa mcm ni hempap benda berat.
Bila lepas lunch, perut tak dapat terima makanan yang ditelan, cepat aku berlari ke toilet. Muntah! Keluar segala yang aku makan masa lunch. Tekak masih loya, aku muntahkan lagi segala saki baki isi perut. Kosong perutku kini. Baru rasa lega.
Dari rase loya tu aku dah pikir pregnant ke aku? Saspen jugaklah sebab aku sebenarnya belum bersedia lagi. Ye lah, aku ada pengalaman yang mana jahitan aku terbukak dan dijahit semula tanpa bius. Mahu aku tak fobia? Sebab tu aku katakan aku masih belum bersedia. Mmg nak tambah anak tapi nanti dulu. Umur pun baru nak masuk 24, ada mase lagi kot nak buat anak ramai2... :p
Balik ni nak makan bubur nasi lah, perut dah melapar dah ni sebab apa yang aku makan lunch tadi semua dah keluarkan balik. Nampak bubur nasi ni pun dah buat aku lapar dah ni. |
1 comment:
ok lah tew... kot dhia pasni jadi kakak ker... hehehe
Post a Comment