Followers

Monday, 30 January 2012

Penggemar Aiskrim

Anak dara aku tu kalau bagi aiskrim kat dia, dia dah tak hiraukan lagi ibu dia ada kat sebelah ke tak sebab leka makan aiskrim. Tapi kalau dia perasan ibu takde, dia akan cari jugaklah tapi cuma cari pergi dapur, nampak ibu ada, sambung makan aiskrim. Cuba kalau dia tengah main n aku tinggal ke dapur, terus nangis cari ibu n mintak dukung taknak diletak dah. Geram.

Tidaklah aku amalkan bagi dia makan aiskrim ni. Aku ni dah lah suka makan aiskrim, kat dalam peti ais tu mmg ada stok aiskrim, so bila Dhia nampak aku makan, dia pun nak jugak. Bila aku bagi dia try rasa, dia suka n nak lagi sambil sebut "Nak3" lepas tu kepala angguk2, terpaksalah aku bagi. Kepala angguk2 tu maknanya sedap. Kalau makan something n dia angguk2kan kepala tu maknanya makanan tu sedaplah tu.

Tapi ayah Dhia selaku suami aku tu tak suka anak dara dia ni makan aiskrim atau benda2 sejuk. Dia mmg menjaga sangat pemakanan anak dia. Dia kata yang sejuk2 ni tak baik untuk paru2. Ye mmg tak elok tapi bukannya aku bagi selalu, sesekali je. Aku cakap nk ajar dia jugak makan makanan yang kita makan supaya nanti taklah dia terkejut kalau tiba2 dia makan bila besar sikit nanti. Lagipun ikut umur Dhia, ok dah kot nak bagi dia rasa makan aiskrim. 







Sampai comot2 muka anak ibu ni makan aiskrim. Tak pandang ibu dah bila aiskrim di tangan. Bila ibu mintak sikit, dia bagi punye lah sikit. 

Hari tu belikan kon aiskrim ni n letak aiskrim bagi dia pegang, dia suka gigit bawah kon tu. Dah meleleh2 aiskrim jatuh ke bawah. Sebab tu bagi dalam cawan je. Mudah dan tidak mencomotkan. Eh comot jugak tapi tukang makan yang comot, lantai tak berapa nak comot sangat dibandingkan bila makan dengan kon. 

Dah makan macam2 dah anak aku ni. Dah besar kan. Gigi pulak dah banyak, bagi makanan yang ala2 makanan baby dah tak mahu dah. Memilih. Konon dah besar sangat lah tu ye sayang? 

1 comment:

Deqna said...

akak pun kalau makan aiskrim ke jajan ke memang kena nyorok skt, klu tidak kang si marissa pun nak jgk.. tapi aiskrim selalu gak akak bagi tapi sikit2jelah...memang dia nak3 lah jugak.. sama cam dhia..hehe

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers