Muhammad Adam Putra, usianya baru 6 bulan, beza 10 bulan dengan Dhia, tapi tetap kena panggil abang sebab Adam ni anak kepada abang aku. Tak kiralah Dhia lahir dulu, tetap pangkatnya abang. :)
Budak Adam ni dah lah bambam, bulu mata lentik, geram ok. Tengok muka dia mcm gigirl, muka Dhia pulak mcm boboy. Haha.
Aksi2 mereka ini telah dirakam pada cuti tahun baru yang lepas. Adam balik kampung, Dhia pun balik jugak, maka ibu mengambil peluang keemasan ini dengan mengambil gambar mereka berdua bersama-sama.
Tak susah nak ambik gambar mereka sebab si Adam belum pandai nak berjalan atau merangkak lagi, budak kecik Dhia pulak kalau nampak baby sebelah baring, dia ok je dibaringkan sama2. Senang keje ibu nak ambik gambar awak berdua.
Dhia ajak abg Adam main angry bird |
Bulu mate Adam. Kalah bulu mate adik Dhia |
Budak yg bolat + botak |
Dua2 comey! |
Dhia nk ambik peluang nk kiss abg Adam |
Sudah besar dua budak ini. Kejap je mase berlalu. Adam pun makin membesar bagaikan juara. Kalau agah sikit je ketawanya bukan main lagi. Aku kalau cium da, suka cium tang mulut je sebab masih berbau baby. Kalau Dhia punya mulut dah hilang bau baby, sebab dah makan macam2.
Dhia suka kiss abg Adam sebab aku dapat lihat Dhia ni seorang kanak2 yang penyayang. Sepupu2 dia yang lahir selepas dia pun dia suka kiss2. Baguslah kalau penyayang, boleh jadi kakak yang menyayangi adik2nya.
Pppsssstttt, cuba bayangkan bila Dhia ada adik, bergambar beginikah? :p
2 comments:
memang comel abang adam tuh... mata dia yg mahal tuh..
lebatnya bulu mata adam... geram yana tengok...
yana tag kamu...
http://thelieyanadiary.blogspot.com/2012/01/mega-giveaway-2012-belog-nemomimosh.html
Post a Comment