Followers

Tuesday, 10 January 2012

Tengok Ayah Bertanding Memancing

Gambar nan hado lah ye, sekeping je pun yang ade. Jadilah kan. Waktu tu gerimis n hujan lah pulak, maka gambar pun tidak ada. Koser aku nak ambik gambar di waktu gerimis + hujan begitu. 

Ayah Dhia ni mmg kaki pancing, suka sangat memancing. Dah jadi hobi dia dah tu. Kadang2 malam2 pun boleh keluar memancing. Tapi sesekali takpe, kalau selalu, mahu isterinya merajuk seminggu. Hahaha


Tengok Dhia, dalam tu dah pakai topi dia, lepas tu letak tuala lepas tu topi ayah dia pulak sebab gerimis. Lepas tu berteduh bawah payung. 

Pertandingan memancing ni diadakan di tepi pantai, ramai betul orang yang datang. Nasib baik aku datang masa dah nak tamat, jadinya tunggu sekejap je lah. Memamncing dari pukul 8 pagi sampai aku datang tu dah pukul 11 pagi masih belum dapat apa2 ikan. Kasihan... Hehehehe

Walaupun sebelum suamiku pergi tu dah salam cium semua bagi semangat n doakan dia tapi kalau dah takde rezeki tu, mmg takde lah kan. Lagipun dia kata untuk suka2 je, kalau menang alhamdulillah, kalau tak menang pun takpe. 

Lokasi pertandingan pulak tak jauh mana, kalau jauh, aku rasa aku pun tak nak bagi dia masuk. Haha. Ye lah, ingat bertanding memancing ni mcm bertanding lari 100 meter ke, sekejap je habis.. Makan masa berjam-jam lamanya. Kalau sesekali tu takpe ye, kalau dah biasa sangat pergi mana2 pertandingan, mmg aku rasa aku merajuk.

Bukan nak menyekat hobi dia tu, tapi masa dengan anak bini nanti dah takde, hari lain dah sibuk bekerja, mana nak masa bersama anak bini. Waktu hujung minggu lah waktu terbaik. Mujur suami aku ni bukan jenis yang tiap minggu nak memancing. Eh dulu tiap minggu, tapi lepas aku merajuk, dia dah takde nak memancing tiap minggu, paling tak pun, sebulan sekali atau 2 kali. Kadang2 dia memancing waktu malam, aku tak kisah sangat sebab malam aku n Dhia tidur. Hehehehe

Eh dah lama tak update, rasa janggal pulak nak mengarang. Aku main hentam je ni menaip, lantak lah ayat lintang pukang ke ape. Janji hadooo.. Aci tak aci tak? :p

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers