Followers

Thursday 18 August 2011

11 Bulan Usianya

Alhamdulillah semalam 17/08/2011 genap umur anakku 11 bulan.. Bulan depan dah pun menginjak 1 tahun.. Sekejap je masa berlalu sampaikan tak sedar anak aku dah besar.. 

Sepanjang dia sudah 11 bulan ini, banyak yang dia dah belajar.. 



  • Dah pandai jalan.. Clap clap clap!! Dah tu pulak tak mo sesiapa pimpin dia masa berjalan, dia akan tarik tangan dia kalau kita pimpin tangan dia.. Bila pakaikan kasut lagi dia suka sbb dia tahu nak jalan2 kat luar rumah.. Tapi aku kena perhatikan dia sbb luar berbatu kan, kalau jatuh dah luka pulak.. 
  • Kalau kita ckp "Bye2 Dhia", dia akan lambaikan tangan.. Tapi makin lama lambainan dia dah serupa mcm nak mengkarate org je.. 
  • Sedang belajar flying kiss.. Tapi dia akan ambil tangan kita n letakkan di mulot dia.. Bkn dia letak tangan dia sendiri.. 
  • Pandai mengamuk n marah2.. Kalau dia nak sesuatu mcm nk senduk atau pinggan n kita tak bagi, dia akan duduk n hentak2 tangan atas lantai.. *Pitam*
  • Susah sgt nak makan.. Kena paksa n tipu2 sikit baru nak makan.. Kdg2 dah elok2 makanan masuk mulot, dia boleh ludahkan balik.. Adoii anak2..
  • Kalau kita tengah makan berbuka puasa, dia dah no 1 duduk depan pinggan nasi.. Lepas tu dia mula lah nak main nasi tu.. Kalau masuk mulot takpe jugak, ni dia dok buang2 atas lantai.. Bila tak bagi mulalah berdrama mengamuk bagai.. 
  • Kalau tengah jalan, ada mainan ke kucing ke bantal ke depan mata dia, dia akan pijak atau sepak.. Pernah sekalikat rumah tok mak die, kucing depan mata tengah tido, tanpa rasa bersalah dia gi pijak kucing tu.. *Pitam lagi*
  • Pantang nmpk ayah dia naik motor, akan mula jadi cacing kepanasan sambil terliuk lentok badan sbb nak naik motor jugak..
  • Takut pada cicak.. Kalau kita ckp "Cicak gigit dia ni", dia akan nangis n mencebik muka.. Tapi bila nmpk cicak kat dinding, dia teruja dulu sambil jerit2.. *Aku pon konpius dia takut ke tidak*
  • Gigi baru nak tumbuh sebatang sebelah atas, sebatang lagi belah bawah.. Lambat giginya tumbuh..
  • Masih makan appeton.. Tapi amat susah nk bagi dia makan appeton skrg sbb appeton tu akan berubah warna kehitaman n rasa pun dah lain sikit, tu yang dia susah nak telan..
  • Amat payah bagi makan ubat.. Dia nampak je aku pegang ubat, dah tutup mulut dulu.. 
Dhia dgn gaya gediknya

Tu sahaja yang aku ingat.. Berat dia aku tak tahu sebab belum timbang.. Ntah naik ke tidak sbb dia sgt susah nak makan.. Lagipun dia sama aku kot, kecik susah nak besar..

Eh rasanya mmg ye sbb mak aku pun ckp dulu kecik2 aku mcm Dhia la keciknya badan tak naik2 membawak ke besar tetap lah mcm ni.. Dah kahwin dah beranak pun berat cuma 40kg.. Cmne tu? Cer cita.. 

2 comments:

Deqna said...

selamat ulang bulan dhia comeil..wah lagi sebulan dah nak setahun... ni mommy dia mesti dah wat persiapan tuk next month nie..

intan azuzarina said...

ibu die maintain 40kg...uwaaaa jelesnye...bile la mama aina ni nk kurus..huhu

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers