Followers

Friday, 26 August 2011

Dhia Cirit Birit

Sejak selasa Dhia cirit birit.. Berak air je.. Dia berak sikit2 tapi kerap.. Sampai bontot die merah n melecet.. Jadinye sbb bontot dia melecet, tiap kali kencing atau berak mesti menangis.. Mungkin sebab pedih kot.. Kesian sgt..

Hari Rabu pukul 9 malam aku pergi melawat abah mertua aku sebenanrnya masuk hospital sbb gout.. Lepas tu dalam masa tak sampai 2 jam, Dhia berak 2 kali.. Berak air jugak.. Dah alang2 kat hospital, maka ajaklah asben check Dhia.. 

Kesian tangan berbalut.. Boleh dia dok ketuk2 tangan tu kat besi katil.. Lepas tu nak pergi cabut wayar yang menyambungkan air tu.. 

Lepas doc check n soal aku mcm2 soalan, maka doc amek keputusan untuk tahan Dhia dalam wad.. Sebab tok mak Dhia ckp ptg rabu tu najis Dhia ada mcm bercampur sikit darah.. 

Maka tanpa membawa sebarang keperluan, redha lah kena tahan dalam wad.. Admit wad 11.25 pm.. Yang aku tak tahan, Dhia kena cucuk ambik darah n masuk air.. Menangis sampai biru bibir.. Dgn aku2 sekali nangis.. Nurse tu boleh ckp "Eh ibu pun ikut sama nangis".. Uii sedih lah aku tengok anak aku kena cucuk mcm tu.. Sedangkan nyamuk gigit pun kadang aku terkilan.. Tapi takpelah sebab untuk kebaikan Dhia, relakan aje lah tangan dia yang kecik tu dicucuk.. 

Baby Pinky tetap di sisi.. Tido dia peluk baby Pinky.. Dia tengah bosan ibu tak bagi jalan2 tawaf 1 wad.. Ibu dah lah puasa, lagi nak ikut ke mana dia berjalan, nak pitam tahu tak nak.. 

Asben terpaksa balik ke rumah ambik keperluan Dhia n aku.. Susu n termos mmg aku bawak.. Asben dtg semula jam 2 am mase tu.. Lepas tu dia bermalam kat dalam kereta.. 5 am dia balik rumah.. 

Malam tu kat hospital, alhamdulillah Dhia tido nyenyak.. Sebab kalau kat rumah pun mmg dia tido nyenyak tak hingat.. Cume 1 am tu doc dtg check dia bangun n menangis.. Mujur dalam 10 minit je dia menangis.. Lepas tu tido nyenyak sampai ke pagi pukul 7.30 am.. Aku je lah tido2 ayam.. Mana nak selesa tido kat hospital berbanding rumah sendiri walaupun kat hospital tu beraircond bagai.. 

Pagi khamis tu doc pakar datang check n mcm biasa soal aku mcm2.. Ada bg makanan luar tak, ada tukar susu tak, ada didihkan botol sebelum buat susu tak, ada sape2 kat rumah kena cirit birit jugak ke.. Mcm2 lah yang ditanyakan.. So doc tanya ada berak lagi tak.. Sekali aje lah dia berak pagi tu.. Doc kata kalau adh tak berak n dia dah aktif semula, mungkin petang dah boleh keluar wad lah.. 

Bila ibu cak baa dgn dia, baru nak ketawa2.. Tak lama lepas tu datang lah nurse pelatih melayan dia, dapatlah ibu dia mandi n rehat kejap.. =)

So alhamdulillah lah sampai ke petang dia tak berak lagi.. Dia pun dah aktif sampaikan terlalu rajin melawat 1 katil ke 1 katil.. Mana yang baby dalam 4-5 bulan tu, dia sibuk nak usik.. Tak sedar yang dia pun baby.. 

Lagi dia suka sebab nurse2 pelatih dok melayan dia.. Ada lah dalam 7 org nurse2 pelatih dok melayan dia.. Lagilah dia suka sampai tak hirau kat ibu dia dah.. Jalan2 dalam wad tu nampak org lalu je sengih, nampak org lalu je bye2.. Eeee ramah lebih2 pulak budak kecik tu.. 

Sebabkan dia dah aktif mcm biasa, doc pun benarkan balik petang tu.. Alhamdulillah.. Keluar wad pukul 5.30 pm sbb tunggu asben ambik.. Lepas tu lawat mak saudara asben aku yang mana eksiden dari isnin lepas sampai skrg tak sedar lagi.. Masih koma.. Dalam wad ICU.. Sgt sedih tengok keadaannya.. Semoga cepat sedar n sembuh.. Dah lah nak raya.. Kesian kat anak2, suami n cucu2nya.. 

Lepas tu melawat abah mertua aku pulak n duduk borak sampai 7 pm.. Terus balik n berbuka di kfc.. Tapi mencabar kan kena beratur panjang kat kfc tu.. 

Dalam pada tu dapatlah rembat 1 set baju untuk Dhia n sepasang kasut.. Bertambah lagi koleksi baju n kasut raya dia.. =)

P/S : Kenapa penulisan aku mcm terabur + pelik je? Sebab puasa kot.. =p

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers