Followers

Saturday, 30 April 2011

Kalau Dah Jumpa Air

Anak dare aku ni kalau dah jumpa air, memang dia tak pandang lain dah.. Paling suka kalau mandi.. Sangat susah skrg nak mandikan dia.. Tapi kalau Tok Mak dia yang mandikan, dia behave je.. Acting sungguh! Sebab kalau dengan ibunya ni, kalau tak jerit mmg tak sah..

Ok, pic2 ni masa kat rumah mak aku, nampak auntie Ngah dia cuci tangan, cepat2 dia kejar naik walker g kat kaki auntie dia.. Selagi tak angkat, dia akan bebel2 ok.. Bebel! <----- Pangai ibu dia kot.. =p


Time kita nak bubuh syampu kat dia, time tu lah tangan dia dok nak gapai syampu tu.. Lepas tu siap jerit2 mintak syampu tu.. Fuhhh.. Mana lah mak dia ni tak jerit2..


Kalau nak mandikan pun sekarang kena laju2 tak boleh secara lemah lembut dan bersopan santun kerana si kecik ni sekarang sudah sangat2 aktif.. Walaupun dia berada dalam besen mandi dia..



Kalau ibu dia ni nak masak atau tengah cuci pinggan, dia cepat2 datang kat kaki kita mintak kita dukung dia sebab dia nak main air paip tu.. Boleh gitu? Kecik lagi dah pandai ni.. Esok dah besar, dah pandai jalan, camne? Jadi tarzan terus kot ibu dia ni.. =p

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers