Entry yang tertangguh2..
17/04/2011 yang lepas merupakan ulangbulan Dhia yang ke-7.. Sekejap je mase ebrlalu dah pun menginjak ke 7 bulan.. 5 bulan lagi dah 1 tahun.. Lepas 1 tahun dah kena fikir tambah anak ke 2.. Haha!! =p
Bila Dhia dah semakin membesar ni, macam2 telatah yang dah keluar.. Macam2 perangai dia skrg ni.. Yang paling best, semakin manjeeeeeeeeeeeeeeee.. Tak boleh kita beralih dari depan mata dia.. Nak kita perhatikan dia je..
Dah umur 7 bulan ni, perkembangan Dhia adalah :
- Dah banyak makan.. 1 hari makan 3 kali.. Pagi, tengahari n petang.. Menu adalah bubur nasi.. Letak carrot, kentang, sayur, ikan n ayam.. Biskot pun dia makan bila nampak org makan.. Jadi, bila aku nak makan, kena bagi dia pegang biskot, baru lah dia tak sibuk2 nak mintak kita punye makanan..
- Dah pisah dengan susu badan.. Yang ni aku sgt2 sedih yang mana hasrat aku nak BF dia sampai umur 2 tahun tak kesampaian.. Dhia pun refuse nk minum susu aku lagi.. =(
- 1 malam 3-4 kali menyusu.. Sekali minum 4-5 oz.. Aku lah yang kena banyak bangun bancuh susu dia.. Memang beza masa dia masih menyusu badan.. Singkap je baju kita tido sekali.. Skrg ni selagi susu dlm botol tak habis, jgn harap lah boleh tido!
- Bila masuk dlm walker dah mula menyelinap ke semua penjuru rumah.. Mana2 alas2 meja ke alas tv yang boleh dia capai, semua ditarik.. CD2 semua pun dia kemas jugak..
- Tido yang semakin lama semakin melasak dan ibu ayah terpaksa mengecikkan lagi ruang tido kami yang sedia kecik sejak lahirnya Dhia.. Kalau tak, mahu kena sepak dgn itu budak kecik.. =p
- Sgt kuat minum air masak.. 1 hari sampai 3-4 botol..
- Mulut dah mula bising.. Kadang2 kalau bernasib baik, dapat lah dgr dia menyanyi2 bahasa dia..
- Suka menggigit.. Gusi dah gatal ke nak tumbuh gigi?
- Suka kalau di bawak naik moto..
- Siang tido dah makin kurang.. Tapi waktu malam tido sgt nyenyak.. =)
Ok tu saje buat mase ni.. Kalau ada yang aku tertinggal, akan di update..
No comments:
Post a Comment