Followers

Saturday 16 April 2011

Kisah Dhia Admit Wad (Part 1)

Lama aku nak bercerita ttg Dhia yg admit wad pada 7/4/2011.. Tapi sebab aku bercuti selama seminggu iaitu dari 4/4/2011 - 9/4/2011, maka kerja2 berlambakkan.. Sebab tu lah tak dapat nk menceritakan ttg Dhia admit wad tu..

Hari Sabtu 2/4/2011, Dhia da diserang demam.. Tapi dia masih lagi aktif boleh bermain boleh gelak2 ketawa2, boleh lagi masuk walker.. Malamnye bawak pergi klinik dan doc ckp suhu dia tak tinggi cuma 37.1 darjah celcius.. Dan doc cume bagi ubat demam saja.. Malam tu pon Dhia tido dgn nyenyak langsung tak nangis tak bangun.. Bangun pon cuma nk menyusu je..


Hari Ahad 3/4/2011, demam Dhia masih lagi terkawal yang mana langsung tak selsema tak batuk, cuma demam je.. Siang masih lagi boleh main2, ketawa2 bila kita agah n usik dia.. Tapi bila masok malam je, dia dah start merengek.. Suhu dia masih lagi rendah.. Mungkin dia dah mula rasa tak selesa.. Malam tu sentiasa monitor suhu dia.. On off demam Dhia ni.. Hati risau sgt.. Tapi dia tido nyenyak.. Mase susukan dia, rasa mulut dia panas.. Cool fever tetap tampal di kepala.. Selain tu aku tuamkan tuala basah kat bawah ketiak n kepala dia..


Subuh 4/4/2011, Dhia bangun n merengek... Terus sms bos ckp nk EL.. Subuh2 sms bos.. Haha.. Dhia merengek2 tu badan dia panas sgt.. Susu tak nak, nak dukung je.. Pukul 7.30 am, dia tido lagi n masukkan dalam buai sampailah 9 am baru bangun.. Masa bangun tu demam dia dah kebah n dia pun dah tak merengek lagi.. Tapi tetap jugak bawak pergi klinik.. Doc cuma ckp monitor keadaan dia sehari dua, kalau demam masih berlarutan, bawak pergi hospital.. Tapi aku tak tunggu 1-2 hari, balik dari klinik tu terus pergi hospital..


Sampai hospital, tak tunggu lama.. Doc check suhu tapi rendah 37.4, bila rasa badan, sgt2 panas.. Doc tak puas hati, ambik darah sikit.. Hati ni meronta2 masa Dhia kena cucuk kt tangan masa nak ambik darah tu.. Selain tu, doc masukkan ubat bontot.. Lepas tu kami tunggu lagi bila keputusan ujian darah tu kuar....Rupanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

DHIA +VE JANGKITAN KUMAN KAT PARU2..

Tapi doc tak tahan dia.. Doc cuma bagi ubat antibiotik, ubat demam n ubat untuk kembangkan paru2 Dhia.. Doc suruh aku monitor dlm masa 5 hari... Kalau keadaan masih sama, baru masuk wad..

Selasa 5/4/2011, Aku ambik EL lagi... Dhia masih demam on off.. Malam mmg panas sgt badan dia.. Bila siang, suhu dia ok je.. Walaupon ok, tapi dia asek nk berdukung.. Dengan org lain tak mahu, tetaplah dengan ibunya ni.. Sampai aku rasa nak patah semua tulang aku.. Tapi demi anak, aku rela.... Petang pulak masa nk mandikan dia, aku nampak bintik2 merah kat belakang badan n kat perut dia.. Kat muka ada sikit2 tp aku fikir tu ruam biasa sbb Dhia mmg rajin ruam kalau berpeluh2 ni..  Aku kasi tunjuk kat mak mertua aku, mak ckp mcm nk demam campak.. Dgr je aku terus jadi lemah.. Ujian apa yang Tuhan nk bg ni.. Dalam pada tu sempat lagi aku berfikir mcm mana nk kerja kalau anak sakit mcm ni.. Keji sungguh masih mementingkan kerja dari anak.. Cissss!! * Dush dush kt diri sendiri *

.::Bersambung::.

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers