Ok, kali ni nak kongsikan tips bagi ibu yang bekerjaya nak handle rumahtangga.
Tip menyediakan sarapan
*Sediakan menu ringkas berasaskan roti seperti roti bakar, sandwic, telur hancur, telur separuh masak, bijirin bersama susu atau nasi goreng.
Tip menyediakan makan malam
*Rancang menu masakan untuk seminggu lebih awal. Ia dapat menjimatkan masa untuk berfikir dan membuat persediaan bahan-bahan.
*Bagi memendekkan waktu memasak, pastikan semua bahan masakan disediakan lebih awal. Buat stok cili kisar, segala bawang, daging, ayam, ikan siap disiang dan dinyahbeku.
*Sediakan hanya dua menu untuk makan malam hari bekerja iaitu berasaskan daging, ayam atau ikan bersama sayur.
*Masak hidangan lauk yang mudah dimasak seperti ikan stim, isi ayam masak masam manis, daging masak kicap atau ikan goreng. Untuk sayur pula, tumis, masakk sup atau salad sayuran.
Tip menggosok pakaian
*Gosok pakaian pada hujung minggu untuk kegunaan seminggu.
*Gantung pakaian yang sudah digosok berasingan bagi mengurangkan kedutan.
Tip mengemas rumah
*Sapu dan kemas barang-barang yang bersepah setiap hari.
*Kemas rumah setelah anak-anak kecil tidur bagi mengelakkan mereka membuat sepah lagi.
*Di hujung minggu, buat jadual mengemas yang berat seperti vakum, mop lantai, cuci bilik air dan mengelap habuk almari.
*Sediakan bakul atau tempat menyimpan barang mainan anak supaya lebih teratur dan mudah disimpan.
Tip mencuci pakaian
*Cuci pakaian kotor dan setiap hari untuk mengelakkan daripada mencuci terlalu banyak pada waktu cuti dan terus sidai sebelum masuk tidur.
* Lipat pakaian kering segera dengan bantuan suami dan anak-anak untuk mengelakkan ia bertimbun lebih banyak dan berkedut.
Yang menyediakan makan malam tu pun aku mmg dah pun pratikkan. Aku kalau hujung minggu tu dah kopek bawang banyak banyak masuk dalam peti ais. Ikan ayam pun aku mmg dah awal awal siang dan potong potongkan. Ikan bilis aku suka beli yang sedang tu dan aku dah siap kopek jugak buang taik dia. Segala galanya menjadi mudah kalau asas masakan seperti bawang dan ikan bilis dah siap dikupas dan dikopek. Kalau nak masak sambal ke asam pedas ke, aku dah awal awal blend lada kering. Ye, aku lebih suka guna lada kering berbanding lada kisar yang dah siap ada kat kedai tu. Pada aku, lagi sedap kalau pakai lada kering yang dikisar sendiri.
Gosok baju pun aku praktikkan jugak, gosok hari Ahad untuk seminggu punya baju kerja. Esok anak dah sekolah mcm mana agaknya. Berpeluh sakanlah aku menggosok baju. Nak bibik plisssss.......
Mengemas rumah tu pun selalu aku buat pada hujung minggu. Tapi kalau menyapu, aku mmg sapu setiap 2 hari sekali. Kalau nak seminggu jugak menyapu, alamatnya berhabuklah rumah aku.
Mencuci pakaian pun sama jugak mcm menyapu, aku mencuci setiap 2 hari sekali. Tak banyak mana pun baju kotor sebab tu 2 hari sekali. Kadang kadang 3 hari sekali. Tapi kalau baju tu basah, aku akan basuh serta merta takut bertahi lalat dan berbau hapak. Aku ni mmg pantang kalau baju berbau hapak. Teringat dulu masa sekolah aku ada sorang kawan yang bau baju sekolah dia hapak gile sampaikan rasa mcm nak pulaukan dia. Haha itu cerita lama.
So korang yang bekerja jugak, amacam dengan kerja rumahtangga korang? Sukses? Aku setakat ni dah punya 2 anak masih lagi sukses alhamdulillah terkawal lagi. Tu pun sebab mendapat kerjasama dari suami. Kalau tak, aku pun tak dapat nak imagine mcm mana, Seramnyeeee nak membayangkan handle semua sorang sorang. Oh god tak sanggup kak ton.
No comments:
Post a Comment