Majlis kahwin ni pada akhir tahun 2011, 31.12.2011. Majlis ni kat rumah jiran mak aku, harus aku menghadirkan diri kerana aku suka makan lauk kenduri. Hahaha
Malam sebelum majlis tu aku ada datang jugak konon berangan nak tolong apa2 yang patut. Kalau tak dapat tolong pun, aku dapat membusykan body pun sudah cukup. :p Tapi oleh kerana itu anak dara aku bawak sekali, maka tugasku hanya duduk n main kejar2 dengan si kecik itu. Tak reti diam okey. Pulak tu rumah tu pulak ada anak tangga 3 mata. Walau hanya 3 mata tapi kalau jatuh tu boleh benjol kepala.
Ye, Dhia pantang nampak tangga, suka main naik turun tangga. Mujur rumah kami tak ada tangga, kalau tak makin kurus n slim lah aku. Eh tapi rumah tok mak dia ada tangga, kena selalu perhatikan dia, kalau leka sikit nak naik turun tangga jugak. Tangga kat rumah tok mak lagi tinggi, lebih kurang 6-7 mata tangga. Fuuuhhhhh!
Entry ni bukan nak bercerita tentang tangga, tapi tentang majlis kahwin yang pertama kali oleh jiran mak aku ni. Meriah gile okeysssss. Lauk pauk semua sedap! Ade ulam, sambal belacan, ikan kering bulu ayam, sayur nangka masak lemak, ayam percik, pajeri nenas, ayam goreng. Ada lauk lain yang aku lupa ape ke benda namenya. Kenyang betul aku hari tu. Pagi pulak sarapan roti canai n roti telur dicicah dengan kari daging. Terangkat!!
Gambar makanan tidak ada sebab aku koser nak ambik gambar dikala perut sudah kelaparan + kerenah Dhia yang tak reti duduk diam. Selesai makan, bergambaran kejap dengan kakak n adik aku + Dhia.
|
Ibu dan Dhia |
|
Kami 3 beradik perempuan dalam keluarga |
|
Dari kiri : kakak aku, Dhia, aku dan adik aku |
|
Hohoho muke funny! |
|
Dhia dah bosan ibu asek ambik gambar |
|
Ini muka mintak kena cium |
Lepas dah puas menjamu mata lihat tetamu yang hadir, kami ke bilik pengantin untuk bertemu pengantin sebelum dia bersanding. Kalau dah sanding, mmg tak sempat ko nak ketemu dia ucap tahniah ape semua. Aku dah punya pengalaman, jadi aku tahu bagaimana bz nye seseorang raja sehari itu.
|
Bergambar dengan pengantin di bilik pengantin :p |
|
Dhia muke mengantuk |
Tema adalah pepel. Eh skrg musim pepel ke? Same sini majlis kahwin aku tengok pepel je banyak. Aku dulu pon pepel jugak. Tapi pepel itu mmg cantik pun. Aku sukeeee. Oleh itu aku pun memakai baju yang mengikut tema. Tu pun mujur baju raya tahun lepas mmg kaler pepel. Kalau tak, aku rase aku pakai baju kaler lari tema.
Bersanding sangat awal ok, Belum pukul 2.30 pm dah bersanding dah. Aku dulu lambat, dalam 3.30 baru bersanding, mekap pun dah cair. Mencikkkkk.
|
Pasangan pengantin |
Ha mase pengantin berarak tu ada pertunjukkan Barongan. Dhia boleh tak takut, aku nak duduk depan pelamin, dia boleh buat badan mcm ulat tak bagi duduk n jari tunjuk ke arah barongan itu. Maka aku berdiri semula tak jadi duduk sampai persembahan barongan tu habis. Leka dia tengok barongan tu sampai dia boleh tertidur sambil bersandar kat badan aku! Lagipun dia mmg dah mengantuk sangat dah pun.
|
Barongan Pt Bugis |
Mase bersanding pengantin ada baling gula2 n duit syiling lepas tu semua yang menyaksikan persandingan berebut lah kutip gula2 n syiling tu. Punyelah best sebab duduk depan pelamin, maka dapatlah kami menutip syiling sebanyak RM4.85 n gula2 4-5 biji. Gula2 sikit sebab tak kuasa nak rebut gula2, baik aku rebut syiling. :p Tak tahu lah tempat lain ada buat mcm ni tak?
Sampai pengantin siap bersanding n makan beradab baru si kecik tu bangun. Tidur di atas pangkuan aku saje ok. Hinggakan kaki aku kebas memangku dia. Lame kot aku pangku dia. Tu pun tak berapa nak selesa, maklumlah ibu dia ni tulang je banyak takde isi! :p
Bangun2 je dia dengar kugiran terus nari2. Kelakar ok. Lepas tu terus nak sibuk2 main atas pelamin. Ibu memantau saje takut dia dok tarik bunga telur yang ada atas pelamin tu.
|
Budak kecik yang tak boleh nampak pelamin cantik |
Duduk2 kejap sampai pukul 4 pm, perut rase lapo, makan lagi. Tapi ulam2 n sambal belacan tu semua dah habis, makan ayam goreng je lah. Tu pun dah super sedap mcm kfc rase dia. Lauk pauk tu semua hasil rewangan orang kampung takde guna katering, begitu sedap sekali orang kampung masak. Syabas! Eh tapi ayam percik tu beli dengan orang lain, dia bakar dekat situ jugak.
Lepas makan, balik rumah. Rumah mak aku depan rumah orang yang kenduri kahwin ni, maka jalan kaki je. Eleh jalan kaki pun 1 minit dah sampai halaman rumah mak aku dah pun. Malamnya ada kuda kepang tapi aku tak tengok, tak berapa nak minat. Aku tengok cerita Aduh Sayang je kat TV3 lakonan RITZ (Remy Ishak + Tiz Zaqyah).