Followers

Monday, 18 July 2011

Dhia Dah 10 Bulan

Syukur alhamdulillah anakku sudah berusia 10 bulan.. 17/07/2011 genaplah usianya yang ke-10 bulan.. 2bulan je lagi dah 1 tahun.. Sekejapnye! 

Ok aku nak list kan apa perkembangan dia bila dah 10 bulan ni.. 

  • Dah pandai tatih 2-3 langkah.. Suke sgt!!
  • Dah stabil bile berdiri tp jaga2 sbb kdg2 nak tersembam jugak.
  • Nak start merangkak jugak. Dapat 2-3 langkah lepas tu terus tak kuat dah. 
  • Kalau nangis mesti sebut "Eeeeemaaakkkk"
  • Kalau naik kereta tak nak duduk tak nak baring.. Nak berdiri sambil ibu pegang dia.. Kalau duduk dalam carseat, mesti bagi dia leka dgn permainan atau makanan.. Fuh!
  • Dah pandai salam.. Kita hulur tangan, dia akan sambut n cium tangan kita.. 
  • Masih kuat minum air masak. Sgt suke air masak.
  • Dah tak berapa suka masuk dalam walker. Konon mcm dah pandai jalan sgt. Asyik nak bertatih. Ibu yg penat kot.
  • Garang pon ye jugak. Kalo dia pegang something atau makanan, jgn lah kita amek. Kompom mengamuk. Kalo dia tengah menggeram, dia akan lempang muka kita laju2 sambil mulot membebel. Ganas woo.
  • Malas pegang botol sendiri. Tapi aku pakse je. Boleh aje pegang cuma MALAS. 
  • Kalo kita nyanyi "Tepok2 Dhia comel", dia akan tepuk2 tangan dia sambil gelak riang.
  • Kalau kita ckp "Syg ibu" atau "Syg ayah" atau syg sape2 lah, dia akan kiss pipi kita.
  • Kalau kita dekatkan muka kat dia n ckp "Duk" (laga kepala slow2), dia akan buat. Bile kita ckp "Aduh!", dia akan gelak2 ketawa. 
  • Sgt suke pada permainan baby boy.. Aduh! Gara2 uncle dia semua boy la ni.. Lebih suka patung otomen dari bear.. Cmne?
  • Pantang dgr bunyi kereta atau motor. Dia akan "Huhh? Huhh?". Mungkin nak tye "Sape tu bu?" =p
  • Kalau ayah dia balik keje, kita nyanyi "Yeye ayah balik", dia akan tepuk2 tangan n terus nak menuju ke pintu.
  • Pergi jalan2 dah tak nak duduk dalam stroller. Duduk sekejap terus menggelupur nak keluar. Pitam.
  • Paling suke nampak baby kecik. Nanti dia nak dekat2 tarik tangan n kaki baby tu. Kena selalu jaga2 kalau dia nak usik sepupu2 dia yang baby. Tak sedar yang dia pun masih baby.
  • Tido melasak sgt3. Ibu n ayah dah makin tak ada ruang taw. 

Buat mase ni, tu je yang aku ingat. 

Sekejap je kan? Cpt je mase berjalan. Pejam celik dah 10 bulan. Syukur alhamdulillah.

Sebelum aku undur diri, nak tunjuk pic latest Dhia. Sabtu punye pic. 

Nak bulat2kan mata. Dah cukup bulat dah tu syg.. =p

3 comments:

Nita said...

muke cam ayah dia laaa.... :)

zuzuezazazuzee' said...

ahahaha alalalalalal sayang2 dHia ! verry Nice syg ! muahhh :) syg aunty zue ngee (kiss aunty taw !) :) he2

Noyy said...

huhuhuh.......caya lar...anak umie nOy niew....

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers