Followers

Friday, 30 May 2014

Monopod

Hehehe ramai dah kot orang ada monopod ni. Aku dah lama nak beli tapi dok survey harga je kot kot jumpe yang lagi murah.

So masa pergi JB tu ke bazar karat tu kan, terjumpa laaa monopod ni. Harga mmg murah sbb tu aku terus beli tanpa berfikir panjang. Orang lain jual range harga still RM35-45 kan.. Aku beli RM23 je uolls. Mihmih sukeee sangat jumpe yang murah.

Suami aku berbulu je aku beli monopod ni. Haha sayang, awak kena faham yang bini awak ni kan suke bergambar. Ate, suruh awak ambikkan gambar pun awak malas, ada baiknya saya beli monopod ni, senang saya nak bergedik amek gambar banyak banyak sampai memori full. Hehehe

Bawah ni gambar gambar yang aku snap menggunakan monopod. Hihi



















Haha dahsyat baru beli dah banyak gini gambar.
Kejap lagi full memori phone aku ni. Tapi payah gak la pakai monopod ni bila Danial ada. Dia fikir tongkat sakti barangkali, asek nak rampas je dari aku. Aku dah posing senyum baikkk punya, kang dia datang terus rampas.. Dah bergegar gambar. Ni gambar kat atas ni kat dalam kete tu dia leka main n kat rumah makcik aku tu dia tengah tidur so dapatlah ambik gambar dengan aman.

Lepas ni kalau blog update sebulan sekali aku pun tak tahu nak cakap. Haha

Wednesday, 28 May 2014

Wedding Day Mimie

Sabtu lepas aku ke JB yoo attend wedding cousin aku. Alhamdulillah sudah ditemukan jodoh. Di kalangan family mmg dia dipanggil Mimie, kawan kawan panggil Yana kot sebab nama dia Siti Ailmiyana.

Waktu kecik kecik dulu mmg rapat la dengan budak Mimie ni. Selalu dia balik kampung tidur rumah aku, so dari situ rapat la sebab sebaya pun kan, main sama sama bagai. Masa kecik kecik ramai cousins yang aku rapat sampai tidur pun kadang sebelah menyebelah. Bila dah besar semua duduk jauh, so bila sesekali jumpe jadi segan n tak tahu nak cakap ape.

Ok actually pagi Sabtu tu aku keje mcm biasa. Balik 1 pm terus laju laju balik rumah dulu mandi n siapkan bakul susu anak anak. Baju dah awal awal aku packing.
Dah lah Khamis sebelum tu rumah aku kenduri yassin, mmg penat berganda la dibuatnya. Bayangkan Khamis malam dah siap semua kenduri, sental periuk bagai, sapu depan n dapur tapi tak mop sebab tak larat. Tidur around 1am camtu tak sure waktu sebenar sbb lepas kemas semua tu masuk bilik letak kepala atas bantal terus tidur. Penatnya, kaki mcm nak tercabut.
3 kali dah rumah aku buat kenduri mcm ni, tapi yang latest ni yang terpaling penat kot. Tak tahu kenapa.
Siang mmg nak berak pun tak sempat, nasib baik aku period so tak terkejar nak solat. Tu pun aku dah rasa mcm nak terjun masuk dalam air je siang tu sbb melekit badan aku ni haa lagi lagi la bile datang bulan, semacam je perasaan aku ni..

Jumaat pulak keje mcm biasa, hampir terbabas aku tidur, jam loceng bunyi pun aku tak sedar tapi loceng dah mati. Aku la yang matikan tapi tak perasan pun samaada aku bangun ke tak. Punya penat sampai mcm tu sekali ok. Tapi masih tak lewat sangat nak hantar anak anak ke rumah mak aku n masuk keje.
Balik keje petang tu pulak sambung mengemas pinggan mangkuk periuk belanga semua, dah kering kita susun bertingkat tingkat so takde la makan ruang sangat. Aku ni rimas kalau tengok sana sini sepah dengan barang ni. Sebab tu husband nak beli meja jepun untuk makan bersila pun aku bantah. Eeee kang Danial panjat atas tu joget joget dah aku yang heart attack terjerit jerit.

Dah kemas itu ini, dengan basuh baju kotor 2 mesin, kain lap / gombal / kain buruk / alas kaki 1 mesin. Adoiii mcm nak pengsan aku rase. Tak siap lagi bilas n sidai, bersiap kejap pergi rumah sepupu suami, rumah dia ada buat makan makan sikit malam tu sbb Sabtu tu rumah dia pulak kenduri. Ye lah, Sabtu aku dah takde, takkan tak pergi pulak, masa rumah aku kenduri dia ada datang, rumah dia tak datang pulak? Itu mmg konghajo. Balik makan makan sambung balik bersilat membasuh lagi, sambil tu sental bilik air. Phewwww puas hati aku bila bilik air bersinar sinar. Hahaha sinar laaa sangattttttt.

Mcm dah lari dari situasi kan? Haha nak jugak cerita pasal kejadian hari Khamis tu. Penat ok. So nak kasi korang sama sama bayangkan la situasi aku hari tu. Haha
So Sabtu tu around 3:30 pm gerak ke rumah mak untuk ambik anak anak pulak. Mmg dah pesan mak awal awal siapkan dak dua tu dulu so senang aku tinggal angkut je nanti. Owh mak aku pergi pagi Ahad tu sebab mak aku malas nak tidur sana. Biase lah orang tua ni mmg payah kalau diajak tidur tempat orang.
Sepanjang perjalanan cuaca sangat redup, mendung. Tiba dekat simpang renggam hujan sampai ke Kempas sana. 7pm jugak baru tiba.

Owh aku tidur hotel je, senang. Malas nak susahkan orang kalau tumpang tidur rumah orang. Padahal adik beradik mak aku ramai dok JB nun. Ni rumah yang wedding aku pergi ni pun adik beradik mak aku jugak la. Aku pergi awal sebab nak berjalan jalan la kononnya dengan akak aku. Akak aku kan duduk sana. Tapi sebab dah sampai pun lambat, takde makna nak berjalan sangat. Akak aku n hubby n anak dia melepak kat bilik aku je n tunggu magrib. Aku pun mandikan anak anak aku bagi segar sikit, Danial tu bukan boleh kalau merimas sikit melekit sikit badan dia nanti start la gatal sana gatal sini. Sebab dah sedia maklum kan dia ada ekzema.
Lepas magrib keluar cari makan kejap, aku dah la 1 hari tak makan pape, sebelum pergi tu je singgah beli pisang goreng makan dalam kereta, lapar bukan main lagi. Tapi order nasi goreng pattaya pun tak habis, kongsi dengan suami. Lepas makan cari hadiah kejap sebab aku mmg tak sempat nak cari hadiah untuk cousin aku ni, so cari kat sana je senang, pastu pandai tak beli pelekat, pass ke akak aku je suruh dia tolong balutkan kat rumah dia. Haha

Lepas makan suami kitorang hantar kitorang ke hotel semula sbb malam tu kan ada game bola JDT vs Selangor. Dorang lepak mamak layan bola, kitorang kat bilik layan ABPBH. Tapi tak best kan ABP kali ni, tak minat aku nak tengok, layan sosial media je. Around 11pm suami dah balik, kita rehat jap then terus keluar lagi pergi ke bazar karat. Waktu tu Danial dah tidur dah pun so angkat je, tiba kat sana je meragam sebab tak puas tidur, tapi kejap je tak sampai 10 minit mood dia kembali normal sebab teruja tengok orang ramai. Hehehe

Sepupu berdua ni elok je kalau jumpe, main sama sama. Maybe sebab sama sama perempuan kot. Esok besar sikit main masak masak sama sama ye.

Hala je kamera, pandai la dia buat aksi.

Kakakku dan budak debob opot opot Wafia gendut. Tu nampak tak Danial dah tewas dah. 

Semua melepak tengok ABP kejap sebelum keluar semula.

Balik hotel 1:30am terus tidurkan anak anak. Aku ni kalau kat tempat orang mmg payah nak tidur, terkebil kebil sampai 2:45 baru rasa mengantuk. Tu pun pejam je mata tapi tidurnya pukul berapa pun tak tahu. Suami aku lagi dahsyat, dia cakap 4:30am baru tidur sebab tak lelap lelap biji mata. Mmg peel kami camnie la kalau kat tempat orang. Haha
Kalau kat rumah sendiri, baru letak kepala dah hanyut dibuai mimpi.

Eh apa panjang sangat ni aku bercerita. Details ok aku cerita A-Z. Hahaha takpe sementara jari jemari rajin nak menaip panjang berjela mcm ni, kita layan je. Ok now baru la masuk ke cerita wedding cousin aku ni. :p

Esoknya tu anak anak aku 9:30am baru bangun tidur, tidur atas tilam empuk best la dorang nyenyak tidur sampai tak sedar, aku pun tak sampai hati nak kejut. Elok dorang bangun je bagi susu siap siap n iron baju terus mandikan dorang. Aku last sekali bersiap, aku mmg mcm tu, siapkan anak anak dulu baru aku boleh aman nak bersiap. Tu pun kejap kejap kang Dhia sibuk panggil tanya dah siap ke belum. Aku nak lilit shawl pun terus jadi lain sebab dia asek panggil. Haha

Budak ni mmg, baru bangun pun muka mcm nak tidur lagi, kuat tidur betul taw!

Golek golek sementara ibu bersiap

Kakak dia ni pantang hala kamera

Lepas dah snap cepat cepat datang ke kita nak tengok gambar dia T___T

Aku sampai je terus makan. Lapar tak sarapan. Lauk sedap boleh tahan nak nak ayam masak merah dia, pedas terangkat. Ada jugak bubur pulut hitam tapi perut dah sengkak so tak amek. Lepas makan duduk lepak kejap then gedik kat pelamin. Makan pun betul betul dekat meja depan pelamin kan. Sementara orang takde, pengantin belum sanding, so meh la kite rasmikan dulu. Tapi tak berani nak duduk atas kerusi dia, sebab plastik tak bukak lagi. Ok lah duduk dekat bawah pun ok. Tengok gambar je lah malas letak caption..










Amboi Dhia bukan main lentik

Payah betul nak kasi Danial ni diam

Danial aim bunga telur kat bawah tu

Dah start nak menjelajah kawasan, tak betah dia duduk diam diam sekejap. Duduk sesaat cepat cepat angkat bontot.. Gggrrrr

My cheeky boy. Geram aih dengan dia ni. Tu dia tengah gelak sebab orang gelakkan dia. Dia ni pantang orang gelak, dia pun nak join gelak walaupun tak faham apa yang digelakkan. So ni orang gelakkan dia pun dia follow gelak sama. Hihi 

Tengok tu T____T

Hahaha Ucu pun tak kuat nak bagi Danial diam

Payah betul nak snap gambar sama sama taw. Danial ni spoil la.. Tak boleh duduk diam nak berjalan je keje dia. Lepas tu tangan asek mencapai bunga telur tepi pelamin tu. Mmg suara aku je laa terjerit jerit. Haizz

Lepas keadaan tak terkawal, aku ajak anak anak aku masuk dalam rumah, berpeluh ok kejar dia asek nak panjat pelamin, nak cabut bunga telur pengantin. Pitam mak kau nak.. So daripada aku terkena sawan asek menjerit jerit, elok la kita lepak dalam rumah je. Masuk dalam rumah amek port yang penjuru depan TV, bagi dia tengok video kartun dalam HP, settle. Baru la diam. Tak lama tu dah ngantuk sangat, buatkan susu, habis susu je pangku tepuk tepuk kejap dah berlayar da.. Lagi aman bahagia mak kau ni nak bergambar. Haha

Mak kesayangan aku

Adik beradik. Mak aku adalah si kakak.. 



Sssyyyhhh putera sedang beradu, jangan dikacau. Kalau dia bangun habis laa mak dia ni berpeluh ketiak kejar dia je.

Anak tidur apa lagi, jom serbu bilik pengantin. Kalau Danial ada sekali, mesti habis dah hantaran kat atas katil tu dia campak campak. 



 
Gituuuu. Laki aku belek belek semula gambar gambar ni nampak ni terus stop n tunjuk aku pastu "eeeee berangannnn". Haha biar laaa.. Wekkkkk






Ni lagi sorang tak duduk diam, keje dia nak matikan kipas stand kat bilik tu je. Patut laa tetibe rasa panas, rupanya dia dah off kipas tu. Kita on kan, dia datang off kan balik. Kalau Danial ada sekali, jahanam kipas tu aku rasa di kejekan budak dua ni.

1 ayat je = POYO. Miahahaha

2 orang cousin ku. Tak lama lagi mungkin makan nasi minyak si pengapit ni pulak. Hehe

Ngadeee

Double ngade.. Konon candid. Poyo semua ni. Haha




Hahaha lunyai budak ni aku kejekan

Holoh holoh holoh

Anak sape ntah ni, aku snap gambar dia je terus senyum je, so snap lagi untuk tidak menghampakan beliau.


Tembam semangkuk pipi ko dik oii
 

Dah puas menggedik kat bilik pengantin, turun bawah semula duduk duduk kejap, tak lame tu pengantin lelaki pun sampai. Tapi aku tak keluar tengok lah sebab kang putera aku tu bangun dah mcm mana kan. So duduk je diam diam teman dia beradu.



Dah puas dorang engok pengantin, masuk dalam semula. Panas kot luar tu, dalam rumah sejukkkk, aku duduk atas mozek je, takde derrr nak duduk atas karpet bagai, mozek lagi best, sejukkk mcm nak baring join Danial tidur. Ko tengok tu Wafia, keje nak menekan button tv lah hape lah. Kalau Danial ada sekali kompem join same tu. 

Amboih minum air pun amek gambar jugak ke T___T
Ni kalau Syukri terlajak laris nampak gambar aku ni mesti kang "eee tangan hitam muke putih" hahaha

Tak lama tu sepupu aku Farah si pengapit tu panggil amek gambar. Eh aku jangan di pelawa, laju je kalau bab amek gambar ni. Danial aku soh mak aku jaga kejap. Mihmih

 
Amboi seni sangat ni amek gambar senget mcm ni. Minta tolong OP dia amekkan gambar. Nanti muka kitorang mesti ada dalam album pengantin jugak. Hihi
Lepas pengantin bersanding n makan beradab, tak lama pun tunggu sebab laki aku dah pening kepala. Mahu tak pening, malam tu 4:30am kot dia tidur kan, tak sampai 5 jam dia dapat tidur, mahu tak bengal kepala tu. Aku kalau tak cukup tidur pun pening mcm nak hantuk kepala kat dinding. Tapi tak boleh, kang retak tengkorak aku dah lain cite plak.

Uncle kesayangan Dhia


Tengok la suamiku itu. Ggrrrr payah sangat kalau nak amek gambar dia taw. Alasan dia dah meningkat usia dah malas nak ambik gambar. Eeeeeee gigit kang. Tapi ni sebab dia dah pening pun ye jugak, orang suruh lepak dalam rumah tak nak, segan katenye ramai sedare mara.

4:30pm minta diri untuk pulang. Nak menempuh perjalanan dekat 3 jam lagi. Dah la suami aku tu pening kan, balik tu singgah R&R beli panadol activfast. Risau aku dia drive dalam keadaan pening.
Perjalanan balik pun hujan sepanjang highway. Suami aku pun bawak slow je.
Sampai rumah lebih kurang 8pm sbb menyinggah R&R n kedai beli pempes Danial. Dhia sepanjang perjalanan tu mentidur dalam kereta, balik tu mandikan anak anak n aku marathon basuh baju kotor, kalau dikepam lagi mau bertahi lalat, so biarlah penat tu penatkan sekali arung. Nanti baru boleh rileks dengan aman.
Suami aku lepas mandi terus tidur qada' waktu yang dia tak cukup tidur tu. Danial pun join dia tidur. Dhia sebab dah tidur dalam kereta, mmg takde laaa dia tidur sama. Tengok tv je. Aku dah siap sidai baju semua nak masuk bilik pun dia taknak. Dia ajak teman tengok tv. Rabakkk mataku.

Dah, aku tak reti nk penutup camne. Penat hoh menaip panjang gini.

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers