Followers

Monday, 26 December 2011

Bergaya Dengan Kasut Ibu

Biasalah, anak perempuan kan. Memang kuat berangan jugaklah. Tapi ikut gen sape lah pulak kan. Takkan aku kot? Aku rase aku bukanlah seorang perempuan yang kuat berangan. Sesekali itu mungkin. Hehehe

Semalam aku tengah sibuk nak kemas rumah, budak kecik ni ambik kasut aku n berangan pakai dalam rumah. Berbunyi bising keletak keletuk keletak keletuk sebab kasut bertumit. Mujur jugak tapak kasut tu bersih ok dah cuci. Kalau tak, dah jadi kerja aku nak kena mop bagai. Eh, nampak sangat aku jarang2 mop lantai rumah. :p

Disebabkan dia leka dengan kasut tu, maka aku senang hati jugak nak mengemas rumah. Mengemas saje ok bukan memasak bukan membasuh bukan mentidur. Sebab kalau aku angkat kaki ke dapur ke ke bilik air ke, kompem melalak itu feremfuan cilik. Dia nak aku duduk depan dia tengok dia bermain2. Bagus jugak anak, ada alasan ibu ko ni bagi kat ayah ko kalau ibu tak masak. Hahaha

Ok kita check dulu kasut ni ok tak

Ok dah check, try pakai

Ewah begitu teruja memakai kasut dan diiringi bunyi keletak keletuk 

Ni gaya memakai kasut sambil hentak2 kaki namanya
Beginilah anak daraku. Pantang nampak kasut, pasti nak mencuba pakai. Kasut ucu dia ke, ayah dia ke, mmg dia suka je pakai. Ini anak dara selalu buat ibu tersenyum sendiri melihat aksi n gelagatnya. 

Makin hari makin sayang pada kamu wahai Dhia Fitriah!

* Pppsssttt nampak tak Dhia pakai sepit rambut? *

2 comments:

PUAN THALHA : said...

aboish! pakai heels lagik. hee. biasalah baby girl. dah fitrahnya mahu cantik :)

Unknown said...

tomelnya.....

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers