Followers

Thursday, 8 December 2011

Anak Daraku Tak Sihat

Semalam ada aku up 1 entry wordless wednesday kan? Ok hari ni aku akan ceritakan kenapa boleh jadi begitu ye.

Sebenarnya sejak hari ahad malam anak dara aku demam. Aku terjaga lebih kurang pukul 2 pagi, aku buatkan susu dia mcm biasa n masa tu lah aku rasa badan dia panas. Petang tu lepas mandikan dia aku rasa mcm dedar2, tapi aku fikir tu biasa je sebab dia sihat je main dengan aktif. Mana tahu malam tu boleh panas pulak.

Aku pulak terus nak gabra2 pulak bila anak demam. Ye lah, dah lama pun masa last dia demam . Masa last dia demam tu umur dia dalam 7 bulan ++ tak silap aku. Jadinya bila umur dia dah 1 tahun 2 bulan ni demam lagi, aku jadi gabra lah sebab takut demam dia melarat.

Walaupun demam, tidurnya sangat nyenyak 

Cepat2 aku ambik ubat demam n terus bagi dia walaupun mata dia pejam. Mujur dia tak bangun, cuma marah je aku menganggu dia tengah tidur. Bukak almari cari stok cool fever, nasib baik ada lagi 1 peket, terus lekatkan di dahi Dhia. Ambik tuala basahkan n lap di celah ketiak, kepala, leher, tangan, kaki semua. Stokin aku terus bukak. Ye lah, budak2 demam ni better jangan selimutkan, jangan pakaikan stokin. Jadi, malam tu aku tak selimutkan dia, tak pakaikan stokin dia.

Alhamdulillah, esok paginya (Isnin) badan dia sejuk dah. Cuma dia manja lah, mungkin badan dia masih tak sedap. Agaknya dia baru nak demam, tapi sebab aku bagi ubat, demam tu terbantut kot? Kot je lah, andaian aku saje.

Tidurnya mcm biasa 

Tapi malamnya tu aku buatkan susu dia, aku rasa badan dia dedar lagi. Demam dia tu datang waktu malam je. So aku bagi ubat n tampal cool fever. Esok pagi sejuk semula mcm biasa. 

Hari selasa pulak, mak aku kate tengahari tu badan dia panas, mak aku mandikan n terus bagi ubat n tidurkan. Petang tu aku balik keje dia baru bangun, alhamdulillah ok je. Cumanya merengek je la nak berdukung je. 

Tu yang masa ondaway dalam kereta nak balik ke rumah dia mengamuk sampai jadi bersepah dalam kereta tu. Aku tengah drive, dia lagi menangis n nak keluar dari seat belt tu. Segala benda aku bagi kat dia. CD, Beg duit, botol ubat, semua yang aku boleh capai, aku bagi. Tapi takde makna dia nak stop menangis. Selagi aku tak dukung mmg dia takkan diam. 

Budak yang super duper manja 

Sampailah rumah dia menangis. Dah sampai rumah je cepat2 aku dukung n pujuk, pakaikan kasut, eh terus boleh ye ko nak berjalan2 kat halaman rumah tu. Super duper manja betul. 

Macam ni punya manja, mcm mana aku nak bagi dia adik? Cer citer.. 

1 comment:

Deqna said...

siannya dhia.,,, cpt baik yer baby.. marissa hari tu pun tak sihat jugak.. mulut dia penuh ulser sian dia kalau nak makan jer nangis..sbb pedih

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers