Followers

Saturday, 17 December 2011

15 Bulan = 1 Tahun 3 Bulan

17/12/2011, genap sudah 15 bulan usia Dhia. 

Alhamdulillah, semakin lama semakin bijak, semakin banyak peelnya. Walaupun penat melayan kerenahnya tapi seronok. Kadang2 bermonolog sendiri "Besar dah anak aku, kejap je masa berlalu". 

Tapi biasalah bila anak dah besar bi, soalan yang selalu akan diajukan ialah "Bila nak tambah anak?" atau "Bila nak bagi adik dekat Dhia?" ataupun "Dhia dah pandai mintak adik ke belum?". Kebanyakkan soalan itu aku abaikan saje n aku hanya jawab "InshaAllah dia mmg akan jadi kakak cuma tak tahu bila". Jenuh dah kot nak jawab soalan mcm tu, bukan tak nak bagi dia adik, tapi aku nak bagi dia kasih sayang sepenuhnya dulu. Lagipun aku muda lagi, inshaAllah masih mampu kalau nak mengandung lagi.

Skrg ni, dah pandai menjeling org dah anak dara aku tu. Bila kita marahkan dia ke atau kita ambik barang dia ke, terus dia nak jeling kita. Tu dia tengok paksu dia menjeling lah tu terus dia follow sama. Pantang kalau diajar sekali, dia akan ingat je n akan pratikkan. 

Makan, dah ok dah cuma dia m,asih tak sukakan nasi. Dia lebih suka bubur. Tapi kuantiti dia makan sangat sikit, walaupun sikit tak apa lah janji nak jugak dia makan. Kalau mood dia tak baik, jangan ko nak mengharapkan dia makan.

Garang. Bila kita cuba untuk mengambil barang atau makanan yang dia pegang, sila rasakan tamparan yang bisa buat telinga berdengung. Ish sapa ajar garang2 ni??????

Gosok gigi belum pandai, tapi dah mula belajar cara2 nak memberus gigi. Aku je yang beruskan gigi dia, nanti dia akan nganga mulut. Bila aku siap beruskan gigi dia, dia akan ambik Ha, gigi dia dah ada 9 batang, 4 gigi atas, 3 gigi bawah, 2 gigi gerahan belah atas. Aku rasa masa dia demam tu sebab pecah gusi nak tumbuh gigi geraham kot. Aku baru je perasan 2 hari lepas. Eksen bukan main sekarang kalau makan something bunyi2 krukkk krukkk. 

Pantang dipuji comel atau cantik, dia akan letak 1 tangan di pipi lepas tu sengetkan kepala n badan konon2 ayu. Sampai 1 ketika tu, dia boleh tergolek sebab over sengetkan kepala n badan. Huhuuuu

Tangan dia sangat2 tak reti diam. Nak garu tangan lah, korek telinga sampai luka lah. Geram aku tengok. Dah telinga luka sana sini, tangan belah kiri dia pulak berbekas hasil garuan dia. Tangan belah kanan cantik, sebab dia menggaru pakai tangan kanan, tak reti menggaru pakai tangan kiri, sebab tu tangan kanan dia cantik Tapi aku dah belikan Bio-Oil untuk dia, biar parut hasil garuan dia tu hilang. Pelik aku, tak makan apa2 pun boleh berbekas tangan dia tu. Bikin pening tengok tangan dia berbekas n berparut. 

Kalau kat rumah berdua ke bertiga dengan ibu ayah dia, dia bosan. Dia nak berkawan. Bila dengar suara sepupu dia atau paksu dia, dia akan menjerit happy n cepat2 nk bukak pintu. Dia tak boleh main sorang2, bosan, kesian pun kadang2 tengok, tapi nak bagi dia adik, aku belum bersedia lagi. Hehe

Panjat turun sofa di luar sudah terer. Panjat katil belum terer tapi turun katil sangat terer. Skrg cuba2 memanjat grill pintu rumah, aku jadi tarzan terjerit2 kalau nampak dia panjat2 grill tu. 

Rambut belum melebat, tapi sudah memanjang. Pernah ikat n toncitkan secoet tapi dia tarik pulak ikatan tu. Kalau pakaikan topi n headband pun cepat merimas. Mcm mana nak bagi kamu cantik begini sayangku....

Semakin kuat minum susu. 1 bulan kadang belikan 2 pek 1 kg di rumah aku, 2 pek 1 kg di rumah tok mak. Mujur susu tak mahal. Hehehe

Berat masih di tahap tak normal. 1 tahun 3 bulan beratnya cuma 7.5 kg. Tapi tinggi semakin tinggi, sebab tu makin nampak kurus. Janji sihat sudah, bukan tak bagi dia makan makanan berkhasiat. Appeton, scotts, nutrigen, madu, sayur, kismis, semua aku bagi. Tapi dah mmg badan dia kecik kan, nak buat mcm mana lagi. Asalkan sihat n aktif. Tak kisah dah aku kalau org nak cakap anak aku kecik sangat, aku tulikan je telinga skrg ni. 

Pantang jumpa baby, semua dia nak kiss. Bila dah kiss siap bunyi "muuuahhhh". Kalau tengok majalah ke suratkhabar yang ada gambar baby pun dia nak kiss jugak. 

Skrg ni semua binatang atau cartoon yang dia tengok, dia akan panggil gajah. Sebab kat botol syampu dia n bedak dia ada gambar gajah (Dhia use brand carrie junior), jadinya sekarang semua cartoon yang dia nampak dia panggil gajah. Funnylah Dhia. Kalau kita pakai baju yang ada gambar cartoon pun dia akan panggil gajah then dia akan kiss baju kita. 

Pandai sebut beberapa perkataan dah skrg. Gajah, cicak, nak, nah, kokok (ayam), acuk (atok), abu atau bu (ibu), iyah (ayah), kakak, bo (bola). Ada beberapa perkataan lain yang aku lupa. Bola tu dia sebut bo sebab dia tak reti sebut ball. Aku selalu ajar dia ball, mungkin dia sebut ball tak reti, sebut aje bo. So kalau dia sebut bo tu dah paham lah, dia nak main ball! 

Ape lagi ye? Banyak sebenarnya perkembangan dia, cuma aku je yang lupa. Kalo ku ingat, aku tambah lagi atau akan aku letakkan di entry lain. 

Sebelum menamatkan entry ini, nah lihat budak yang makin lama makin memeningkan ibunya nak melayan kerenahnya. :)

Buah hati kesayangan saye :)

1 comment:

Deqna said...

selamat hari lahir yg ke 15 bulan dhia:) semoga membesar dengan sihat dan jayanya

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers