Followers

Thursday 31 March 2011

Petua Tambahkan Susu

1- DAUN SIRIH
- sapukan sedikit minyak kelapa pada dauh sirih. Kemudian layurkan pada api hingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara.
Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

2- NASI PANAS, HALIA MUDA,AIR ASAM
- makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam jawa.

3- LONGAN KERING
- rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air hingga kembang. Minumlah airnya.


4- LOBAK PUTIH
- ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil2. Kisar hingga halus dicampur dengan segelas
air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.



5- BUNGA MELUR dan DAUN PUCUK MANIS
- giling daun bunga melur atau daun pucuk manis hingga halus dan tampal di sekeliling payudara pada waktu pagi
sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payudara sebelum menyusukan bayi.



6- SUSU
- banyakkan minum susu. Seelok-eloknya ambillah hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari.


7- KACANG TANAH
- digalakkan ambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.

8- HALBA dan JINTAN HITAM
- cuci halba atau jitan hitam bersih2. Selepas itu, keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya,
rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis @ jintan hitam dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum
airnya.



9- DAUN BETIK MUDA
- ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan 2-3
kali sehari.


Tadi suami sms ckp dia dah belikan lobak putih dan sengkuang.. Kata mak dan mak mertuaku, lobak putih n sengkuang boleh menambahkan susu.. Aku akan cuba mana yang boleh.. Selain tawakal, doa dan makan vitamin, aku akan cuba makan apa2 makanan yang boleh menambahkan susu.. Tak kiralah pahit ke hanyir ke.. Semua hanya untuk anak aku..

Semoga ikhtiar dan segala usahaku membuahkan hasil.. Permudahkanlah segalanya ya Allah.. Amin..

4 comments:

Softtouch [Hanim] said...

thanx 4 sharing lieya...hepy breast feed

Deqna said...

semalam petang kan saya pam lah kat ofis.. mula2 cam susu takmo kuar jer.. lambat jer nak let down... pastu saya pun berdoalah mcm doa yg awak post kat bawah ni, pastu fikir kan jer pasal anak, tetiba rasa mcm nak let down.. terus susu kuar mencurah-curah.. ya Allah perasaan time tu rasa mcm terharu sgt.. meleleh air mata tgk kekuasaanNya.. inilah dia nikmatnya menyusukan anak...

tips2 di atas memang bagus... kita berusaha dan seterusnya bertawakal pada Allah... InsyaAllah..

Ibu Dhia Danial said...

softtouch hanim, same2 kak.. happr breastfeeding too!!

Ibu Dhia Danial said...

deqna, ye ke?? alhamdulillah ade lagi rezeki untuk Marissa kan.. kita mmg kena byk2 berdoa dan berusaha..

tips kat atas ni mmg antara yg penah kite dgr gak lah.. kite kena cube mane yg berkesan.. semuanye demi anak tersayang.. sebab saye mmg nk bf anak sampai umo die 2 tahun..

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers