Followers

Friday, 18 March 2011

Mandi Manda Di Kolam Air Panas Part II

Lepas je mandi kat kolam air panas tu, si kecik ni mengaruk tak nak naik dari air pulak.. Mungkin dia tak puas lagi main air.. Tapi dah lama juga berendam.. Dekat setengah jam.. Budak kecik ni kalau dah masuk dalam air, mmg tak kire lame mane.. Janji air tu hangat.. Cer kalau air sejuk, mahu meraung.. Dia tak suka mandi air sejuk.. Nanti nangis sambil jerit2.. Fuhhh..

Ok meh tengok aksi Dhia lepas mandi.. Bukan main lagi tak nak naik dari air.. Bebel2 je mulut dia... Nanti ibu kiss banyak2 mulot tu taw!! =)

Mulot bebel2 sbb tak puas hati

Nk marah la tu

Dia dok pandang je bebudak lain main air

Sampai senget2 mulot tu

Takpe syg, nanti kita pegi lagi ek.. Nanti kita ajak ayah pulak.. Asek mancing je ayah tu kan.. Nasib baiklah ibu ko ni tak kisah sgt.. Tapi kadang2 boring jugak asek kena tinggal 2 beranak.. Mujur duduk sebelah rumah mertua, bosan2 boleh gosip2 dengan mak mertuaku.. Hehe..

Mase mule2 bawak Dhia mandi kolam ni, dia nangis.. Tapi kalau dudukkan dia kat tangga dalam kolam tu dia suka siap main2 air pakai kaki.. Kalau kaki dia tak memijak simen kolam tu, dia akan nangis.. Mungkin takut tenggelam.. Tapi ahad lepas tak pulak dia menangis.. Siap ketawa2 lagi.. Atau mungkin sebab Ucu n Uncle Zaha dia ade sekali yang buat dia happy mandi..?

P / S : Semalam genap usia Dhia 6 Bulan..

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers