Followers

Monday, 11 November 2013

Selamat Pengantin Baru Suraya

Basi dah cerita ni. Malas sangat nak menaip ok kebelakangan ini. Eh ke mmg sifat malas dah begitu sebati dalam diri ini dan semakin menjadi jadi pulak kebelakangan ni.. Hahaha

Basi tak basi sangat la.. Tapi kalau kek, mmg dah tengik la.. Haha. Last week punye ni.. 3 November punye wedding. Kawan sekolah sejak sekolah rendah dan skrg bekeje sama 1 company. Dalam 1 department but lain lain office. Dapat jodoh pun dengan kawan sebaya. Eh aku pernah entrykan majlis bertunang dorang dulu. Korang cari la sendiri aku malas nak cari. Haha. Skrg just nak cerita masa majlis dorang je k?

Plan asal nak saing kawan kawan office lain tapi mereka adalah bujang dan aku mempunyai suami n anak anak, maka aku decide untuk pergi dulu dengan suami dan anak. Dari rumah 1.15 sebab kalau lambat lambat takut Danial meragam nak tidur sebab dia biasa 2 - 2.30 pm tu adalah waktu tidur dia.
So sampai ke rumah pengantin dalam 15 minit camtu la, dekat je pun kan tak jauh. Sampai sampai je makan dulu la kan, sebab dari pagi tak sarapan pun, mmg sengaja tak sarapan sebab aku kalau hujung minggu dekat rumah n sarapan, kenyangnye membawak sampai tengahari. Pelik kan? Kalau kat office tu manjang lapo.



Mesti ada yang nyampah tengok gambar aku ni, tapi ade aku kesah? Dah nyampah gi lagi bukak blog kite. Sebok je. Nyampah i taw!
Ngade siap bukak cermin mata. Biase la kalau dalam kereta mmg camni, selfie je. Eh mmg selfie selalu, mana ada orang sudi nak amekkan gambo kite. Dhia skrg pun boleh tahan tahap kemalasan dia nak melayan ibu dia ni. Kesian i kan..

Lauk semua sedap sedap. Aku kongsi makan dengan Dhia. Nak suap tak nak, sibuk nak suap sendiri, penyudahnya habis baju dia kena kuah ayam masak merah. Bila dah kena tu boleh pulak dia cakap "Oppsss terkena la bu, sori".. Bila aku kate makan elok elok sikit, dia cakap "baik cikgu".. Dia mmg kalau aku cakap apa apa mesti akan balas semula "baik cikgu / faham cikgu". Cikgu pun cikgu laaa kakak...

Dah kenyang makan moh le kite naik atas. Danial time tu dah start dah merengek sebab panas membahang. Walhal aku dah pakaikan seluar pendek dengan singlet je. So husband pegang Danial dan masuk dalam kereta dulu sebelum dia amukan dan bertukar suara menjerit high pitch. Aku terus naik ke atas rumah mencari bilik pengantin. Salam pengantin then borak kejap tak lama kawan aku si Nazima yang pernah aku ceritakan jugak majlis pertunangan dia pun sampai. So dapat la suruh dia snap gambar. Tapi aku mmg geram la jugak kan, gambar gambar dia amek semua tak clear. Hoiii mek ko ni kan saje nak sabotaj aku kan? Hahaahaha




Bukti gambar gegar dan tak clear. Gambar aku sorang sorang lagi la mmg gegar habis sampai tak tahu mana mata mata hidung mana mulut. Ppppffftttt taw penat i posing. Hahaha

Oh nampak itu budak kecik? Mana bagi can ibu dia je nak bergambar, aku dah suruh dia duduk tepi jap, bila aku dah diri tepi pengantin, tiba tiba je dia menyelita kat tengah tengah. Siap simbol peace lagi dia bagi. Eh eh nampak pulak balutan kaki aku tu. Hahaha kaki sakit pun still nak datang kenduri kahwin kan. Sokay, demimu lauk pauk yang super sedap, i rela. Hahahaha!!


Hantaran dari pihak lelaki. Aku tak tengok sangat pun apakah barang barang hantarannya tapi aku mmg nampak sangat handbag tu. Hewhewhew
Fresh flower ye semua bunga atas dulang hantaran tu.


Pelamin nikah dekat atas rumah.





Masa rombongan pengantin lelaki sampai aku dah balik, ni semua Nazima yang sent bagi aku, nasib baik dia ada snap, boleh aku letak kat entry ni, kasi banyak sikit gambar.



Pelamin sangat cantik, aku suke sangat. Dhia suka yang bentuk angsa tu. Dia cakap "bulat bulat". Ape yang bulat pun aku tak tahu. Haha!! Siap ada basikal ok. Kelas kau jah. Eh tapi nama dia bukan jah, nama dia sue. So, kelas kau sue...

Lepas tu aku balik rumah tidurkan budak budak dan aku pun sama sekali ketiduran. Petang tu pulak hujan lebat, masing masing liat nak bangun. Suami aku pulak bukan lekat kat rumah, pergi menjala ikan talapia. Banyak gak dia dapat, tapi ambik yang besar besar telapak tangan 5 ekor, yang lain bagi mak mertua. Esoknya aku masak 3 rasa, licin koooo. Sedap, manis isi ikannya. Ada orang tak makan ikan sungai kan? Aku ni ko bagi je ikan laut ke ikan sungai ke, smua aku telan. Aku takde pantang punye. Tapi aku mmg stress sikit kalau bab menyiang ikan. So laki aku la yang kena menyiangnya pun. Aku kalau ada orang tolong siangkan, aku masakkan takde hal. Lagi kan ikan yang aku tak suka siang adalah ikan mayong, pari, belukang. Hahaha

Eh tercerita pasal ikan pulak. Ok bye!

1 comment:

Pupel Liyana2 said...

wajah ko mak orang sangat hehe

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers