Followers

Tuesday, 26 November 2013

Dhia Danial Mandi Kolam Panas


4 tahun kahwin, 4 tahun duduk kampung Sg Gersik tapi boleh dibilang dengan jari berapa kali je aku pergi bawa anak mandi dekat kolam air panas. Selalunya begitu la kan, kalau jauh kita pergi, kalau dah dekat ni mmg malas nak jejak. Hahaha

Kolam air panas ni tak jauh pun dari rumah aku. Selang 3 buah rumah je ok, nak jalan kaki pun boleh tak sempat pun peluh nak keluar ko dah sampai dah pun. Selalu pergi situ sebab bawa Dhia n Danial main taman permainan dia je. Mmg tak bawak mandi kolam pun sebab mmg hari hari ramai orang pun tu pasal aku malas tu sebab nanti air dia kotor n ruang redup n port yang best dah ada orang duduk.

Ahad lepas aku bawak Dhia n Danial pusing kolam panas jap dengan adik aku sebab suami aku takde mase tu jumpa kawan kawan motor dia. Lepas tu tengok tak berapa ramai orang, Dhia pun teruja tengok air, so aku rendamkan kejap la dorang berdua. Amboi Danial siap nangis kuat kuat ok bila aku angkat dari air. Biaseeee dia tu. Dhia pun tak nak naik n asek kata "kejap bu kejap kakak nak berenang". Berenang la sangat kan.

So lepas tu 2-3 hari tu asek la berzikir dekat telinga aku ni "kakak nak mandi kolam, nk mandi kolam", kesian la pulak kan, dekat je kolam tu padahal. So repeat lagi petang rabu lepas. Balik keje je terus ambik budak budak kat rumah mak n zassss ke kolam terus, suami aku balik keje je terus tunggu kat sana. Oh aku bawak sekali adik adik aku. Dhia ape lagi, gembira la dia kan tercapai jugak hasrat dia nak mandi kolam lagi. Kebetulan jugak tak ramai orang n kolam baru lepas dicuci, so air mmg cetek lagi belum penuh n bersih la keadaan kolam tu. Senang keje aku dudukkan aje Danial kat dalam tu. Suke la dia main tepuk tepuk air. Bila air kena muka je ketawa gembira.






Kakak Dhia pulak mmg happy je sepanjang mandi kat kolam tu. Macam macam gaya yang dia buat. Siap selamkan 1 badan dalam air tu ko tahu. Hey aku yang takut tengok. Dia tengok uncle ucu dia buat mcm tu tahan nafas dalam air, dia pun nak ikut ikut jugak. Berangan je kakak ni. Lama jugak bagi dia berendam, ada la setengah jam. Tu pun belum puas lagi Dhia tu.





Baju renang Dhia pakai tu hadiah hari jadi dia masa umur 2 tahun, tapi sampai sekarang masih besar dia pakai. Halus sangat anak aku ni. Tapi ok jugak, boleh pakai lama. Adik Danial belum beli baju renang. Nanti ibu belikan awak ye sayang. Kena belikan saiz besar jugak sebab adik cepat membesar, adik kan kuat makan kuat susu tak mcm kakak.

Jumaat lepas seluruh Johor cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Adik adik aku semua melepak rumah aku lagi. Dhia asyik la pujuk auntie dia nak mandi kolam lagi. Dah petang tu adik aku bawak Dhia pergi tengok kolam jap ramai orang tak, kalau tak ramai boleh la mandi, kalau ramai tak payah la sebab kompem air kotor gile, aku tak suka. Dhia balik je inform kata "ramai orang bu.. mcm ni haa" siap buat 1 pemeluk. Hahaha hari cuti umum mmg ramai la orang kan. Nasib baik dia memahami, lepas tu ajak dia pergi beli ABC. Sampai kat kedai tu dia order "nak ABCD, air batu campur durian" T____T
Dia tiru cerita upin ipin la tu. Suke hati die je kan..

* Cmnie je penutupnya? Pun boleh la labuuuuu *

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers