Hahaha siap ada part part pulak. Ingatkan mmg dah habis dah cerita tu.. Tapi rupa rupanya ada cerita tambahan, tu yang buat part 2 tu. Hehehehe
Ceritanya begini, entry semalam ni aku karang pada hari Sabtu tapi aku masuk dalam draft dulu dan publish semalam. Sabtu balik keje tu badan aku rase seram sejuk, rase tak sedap badan la kan. Mcm nak demam tu, mandi pun menggigil gigil keluar dari bathroom. Siap bersweater bertoto bagai. Anak anak mmg suami yang handle lah. Suami tengok aku menggigil gigil tu terus bawak pergi klinik. Demam sikit dan check sekali kaki aku yang membengkak gila. Sakitnya Tuhan je yang tahu. Nak menapak pun rasa terseksa. So doc suruh aku pergi x-ray sebab mase hari aku jatuh tu doc tak x-ray sebab aku pun cakap tak sakit pun, just sakit kat luka je la kan. Klinik aku pergi tu pun takde buat x-ray so kena pergi buat kat tempat lain.
Lepas tu balik terus ngap ubat n tidur terus. Danial aku jugak dodoikan sebab dia mmg tak nak ayah dia dodoikan. Nasib baik tepuk tepuk terus tidur, dapat aku berlayar sama. Pagi Ahad bangun tidur lagi menggila dia punya bengkak, Nak berjalan pun tak larat mcm nak merangkak je. Hubby dah bising sebab aku cakap still ok tak payah x-ray, sakit kat luka je tu. Hihihi perempuan yang takutkan kebenaran begini la. Aku takut sekali x-ray tu mmg betul betul patah ke ape ke kan, pastu siap pk kena operation semua. Ah ini semua pemikiran dan imaginasi perempuan penakut sahaja. Kuikui
So hubby mmg membebel je la ajak pergi x-ray tapi aku kan bijak membantah dan membangkang, so aku menang tapi dengan ucapan "jangan nak ngadu2 ngadu sakit ke ape, suruh pergi x-ray pun takut". Hikhikhik awak ni comel la taw tak? Lepas tu aku kata "ok la ok la esok pagi kalau sakit kita pergi k?". Ko tengok? Nak tunggu esok esok jugak kan. :p
Esok paginya bangun tidur seolah olah tak sakit, dah boleh menapak sikit. Eh eh ini mcm tak boleh jadi, kena cancel pergi x-ray ni. Hahahaha. So aku mandi lepas tu pakai baju semua nak siap siap pegi keje. Suami aku tengok aku mcm nk telan je. Lepas tu aku pun berjalan depan dia dengan gagahnya dan kata "tengok tengok, dah boleh jalan dah mcm biasa, dah tak sakit dah sayang". So suami pun bagi aku pegi keje. Baru sampai opis buat keje 10 minit, suami aku sms tanya mcm mana kaki ok tak. Aku kata la ok je lagipun kat opis ni duduk je tak berjalan sangat pun. Dua jam lepas tu dia tanya lagi mcm mana ok tak. Tapi kuakui la kan kaki aku makin bengkak sebenarnye tapi kurang dah sakit. Lepas aku sent je mesej tu, tak lama dia terus call. Hahahaha membebel lagi dan lagi lepas tu bagi amaran keras suruh aku balik half day, tak kira dia nak bawak pergi x-ray jugak. Lepas tu dia cakap "kalau tak nak pergi jugak, tunggu la kang ada yang sampai dekat opis tu tarik dia pergi x-ray". Uiii kite takut, jadi kite pun terus inform manager.
Aku ingat dia nak bawak klinik je untuk x-ray, sekali dia bawak aku pergi hospital. Dia cakap kot kot teruk ke boleh minta admit wad terus. Eeeeee kita tak nak lah tido hospital.... Dah sampai hospital pung pang pung pang dah x-ray bagai then doc tengok sah ada sikit crack. OMG OMG tak tahu mase tu nak senyum depan suami ke nak gelak besar terus. Suami aku mmg dok gerammmmm je kan. Nasib baik tak teruk sangat, doc just bandage je dan bagi date appointment jumpa doctor pakar tulang next Monday (4.11.2013).
Kat dalam kereta siap kena tarik telinga taw dengan suami. Dia cakap awal awal x-ray kan tak mcm ni. Tu la kan nak buat mcm mana, aku kan penakut nak jumpa doctor. Hahahaha. So Isnin depan ni kena la menyerah diri lagi ke hospital untuk check-up. Harap cepat sembuh. Amin!
No comments:
Post a Comment